Oleh pada 12 May 2017 kategori

Kredit foto: rentakartis.com

Sejak kebelakangan ini, pelakon Fasha Sandha dikaitkan menjalin hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan selepas gambar mereka berdua di majlis hari jadi Fasha Sandha tersebar di internet.

Semalam, Fasha memuatnaik foto dengan lelaki itu buat kali kedua sekaligus menguatkan lagi dakwaan tersebut.

fasha sandha jelas hubungan dengan ahli perniagaan 1

Kredit foto: Instagram @fashasandha

Peminat Fasha rata-rata bersetuju jika mereka benar-benar pasangan kekasih selain mendoakan supaya Fasha kekal dengan imej bertudung.

Bagaimanapun, Fasha memberitahu ahli perniagaan tersebut merupakan ustaz yang mengajarnya mengaji selain menyifatkan hubungan mereka seperti adik dan abang.

Menyentuh isu bertudung, Fasha tampil membalas komen peminatnya dengan memberitahu yang dia masih belum bersedia untuk bertudung kerana tidak mahu melakukannya atas sebab trend atau paksaan semata-mata.

Sumber: ohbulan.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)