cristina suzanne selamat bernikah

Kredit foto: Instagram @cristinastockstill

Aktres jelita, Cristina Suzanne Stockstill difahamkan telah selamat bernikah berdasarkan sebuah foto yang dimuatnaiknya di Instagram, Sabtu lepas.

Menerusi foto itu, lelaki tersebut mencium dahi Cristina, 33, sambil mereka masing-masing lengkap berpakaian baju melayu dan kurung serta memegang sejambak bunga.

Setakat ini, pelakon berdarah kacukan Jerman dan Melayu itu masih belum memberi apa-apa pengumuman rasmi tentang foto berkenaan.

Namun, dia didapati berterima kasih buat para peminat dan teman selebriti yang mengucapkan tahniah di ruangan komen.

Untuk makluman, Cristina sebelum ini pernah memutuskan pertunangannya dengan seorang jejaka lain.

Sumber berita: Instagram Cristina Suzanne & Wikipedia Cristina Suzanne


tags : , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)