Apabila seorang pesakit berusia 44 tahun mengadu kaki kirinya berasa lemah, seorang ahli neurologi di Universiti Marseille melakukan apa yang sepatutnya dilakukannya iaitu menghantarnya pesakit tersebut untuk melakukan imbasan otak.

Selepas imbasan dibuat, doktor tersebut melihat imej resonans magnetik otak pesakit itu yang membuatkan beliau tersangat terkejut. menyaksikan imej resonans magnetik otak lelaki, dia terkejut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang berlaku adalah, lelaki tersebut tidak mempunyai otak!

Sebahagian besar rongga tengkorak dipenuhi dengan cecair, dengan sedikit tisu otak yang melapisi bahagian dalam tengkorak.

Lelaki itu sepatutnya mengalami masalah yang teruk dan tidak normal, namun dia tidak cacat mental malah bekerja sebagai seorang penjawat awam. 

Ujian berikutnya menunjukkan IQ nya berada di bawah tahap normal yang tidak merosakkan keupayaannya untuk menjalankan tugas di pejabat cukai tempatan di mana dia bekerja.

Seperti yang dijangkakan, kisah ini mendapat banyak liputan akhbar dengan penulis-penulis akhbar bersaing untuk menjadikan ia sebagai topik yang hangat. 

otak manusia

Sebagai contoh, muka hadapan akhbar terpapar tajuk "Otak yang kecil tidak menjadi masalah kepada pegawai cukai Perancis" dan "Seorang lelaki menjalani hidup normal dengan otak yang tak normal".

Kepala lelaki itu dipenuhi dengan cecair serebrospinal yang biasanya "membasahi" otak dan saraf tunjang serta terkumpul di rongga dalam otak yang dikenali sebagai ventrikel.

Keadaan ini dikenali sebagai hydrocephalus, di mana terlalu banyak cecair berkumpul sehinggakan ventrikel berkembang dan menghimpit otak.

Lazimnya dikenali sebagai "otak berair", hydrocephalus adalah kecacatan kelahiran yang biasanya menyebabkan kerosakan mental dan mengakibatkan tengkorak bersaiz luar biasa disebabkan oleh tekanan dalaman tambahan yang dikenakan kepada tengkorak itu.

hydrocephalus

Pesakit dari Perancis itu dilahirkan dengan hydrocephalus dan menjalani pembedahan ketika bayi dengan menanamkan lubang kecil yang boleh bergerak ke dalam otak untuk mengalirkan cairan yang berlebihan ke dalam darah.

Dia tidak menyedari bahawa kepalanya dipenuhi dengan cecair sehinggalah masalah pada kakinya timbul. 

Seorang ahli bedah saraf kini memasukkan satu lagi lubang bergerak ke dalam otaknya dan dalam beberapa minggu masalah neurologi lelaki itu hilang dan dia kembali bekerja di pejabat cukai seperti biasa.

Kisah ini sangat luar biasa tetapi tidak begitu unik.

Pada tahun 1980, sebuah artikel muncul dalam salah satu jurnal teratas dunia, Science, yang menggambarkan kerja John Lorber, seorang profesor pediatrik di University of Sheffield di England yang telah menjalankan beberapa kajian mengenai individu yang mengalami hydrocephalus dan membuat pelbagai penemuan luar biasa. 

kanak kanak yang mengalami hydrocephalus

John Lorber mengarahkan pesakitnya untuk melakukan imbasan CAT dan mendapati bahawa kebanyakan dari mereka mengalami masalah mental.

Malah, ada di antara mereka yang mana walaupun otak mereka tidak mengisi ruang tengkorak lebih daripada 5%, namun masih mampu menjalani kehidupan normal.

Dalam satu kes yang didokumentasikan, rakan sekerja John merujuk seorang pemuda kepadanya kerana saiz kepala pemuda tersebut yang sangat luar biasa besar seolah-olah tidak memberikan sebarang kesulitan kepadanya.

Satu imbasan CAT mendedahkan tengkorak pemuda itu dipenuhi dengan kira-kira lapisan tisu otak setebal 1 milimeter dan dipenuhi dengan cecair serebrospinal.

Dan sudah tentu "pucuk" otak yang terletak di bahagian bawah otak dan bersambung dengan tulang belakang adalah normal.

kaylisha barrett salah seorang pesakit yang dilahirkan tanpa otak

(Kaylisha Barrett, 6 tahun, salah seorang bayi yang dilahirkan tanpa otak)

Oleh kerana ia mengawal fungsi-fungsi penting seperti pernafasan, menelan, pencernaan, pergerakan mata dan degupan jantung, seseorang itu tidak akan boleh hidup tanpanya. ada kehidupan tanpa itu.

Tetapi otak-otak lain yang terlibat dalam kajian ini mampu melakukan beberapa perkara luar biasa, termasuklah satu bahagian otak dapat mengimbangi kekurangan yang lain.

Dalam kes pemuda yang disiasat oleh John, lapisan nipis sel-sel otak tersebut sememangnya mampu melakukan tugas yang diperlukan.

Pemuda tersebut mempunyai IQ iaitu 126 dan mempunyai ijazah kepujian kelas pertama dalam jurusan matematik.

Jadi, ini bermaksud anda sebenarnya tidak memerlukan otak untuk pandai dalam matematik!

Rujukan:

1. Science

2. McGill

3. Mysterious Universe




Hakcipta iluminasi.com (2017)