Oleh pada 05 Mar 2017 kategori

awek pun boleh main gitar dengan mudah kalau ada fret zeppelin

Dulu sebelum ada youtube, orang kena belajar main gitar secara manual. Bila dah ada youtube, banyak dah video tutorial cara nak belajar main gitar. Tapi mesti masih ada ramai orang di luar sana yang tak reti-reti jugak kan. Sama ada susah nak hafal notes dan chords, tak ada masa nak berlatih ataupun tak tahu teknik yang betul nak main.

Bak kata Andrés Segovia, "Gitar merupakan instrumen yang paling mudah dimainkan, tapi ia juga adalah yang paling sukar dimainkan dengan baik"

meriahkan alunan gitar anda dengan lampu led berkelip fret zeppelin macam awek ni

Sekarang, teknologi dah semakin canggih. Nak belajar main gitar dah tak perlu pergi kelas mahal-mahal ataupun tengok youtube. Ada satu tool ni kita boleh pasang je pada bahagian atas neck gitar dan dengan serta-merta gitar kita menjadi meriah dengan lampu lip-lap seperti pokok krismas.

fret zeppelin membantu anda bermain gitar seperti seorang professional dalam masa yang singkat

5 tahun lamanya tim produksi dan programmer Fret Zeppelin ambil masa untuk siapkan alat yang cool ini. Selepas mengeluarkan prototaip pertama mereka pada 2013, baru sekarang mereka berjaya menyiapkan hasil yang boleh dibanggakan dengan 96 lampu LED yang nipis bak sutera. Itu pun setelah mereka berjaya mengumpulkan dana crowdfunding pada awal tahun ini.

Fret Zeppelin boleh dipasang pada mana-mana gitar saiz biasa yang kemudiannya akan disambung kepada aplikasi dalam telefon. Alat ini dapat mengajar jari anda memetik gitar dengan menyalakan lampu-lampu berlainan warna tanpa perlu melihat helaian tab atau nak semak chord. Selain itu, ia juga dapat mengajar anda memainkan keseluruhan lagu terus walaupun pada percubaan pertama. Pilih saja apa-apa lagu yang anda suka dan boleh terus main gitar seperti seorang pro!

Kini produk genius ini masih dalam fasa pilot. Produk yang bakal membantu ramai pemain gitar muda ini dijangka bakal dilancarkan sepenuhnya di pasaran pada bulan Oktober tahun ini. Harga pasaran ialah sekitar $199 (RM890).


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)