Oleh pada 26 May 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Katy Perry

Penyanyi antarabangsa, Katy Perry didedahkan telah menerima tawaran USD 25 juta (RM107,325,000) untuk bergelar juri program realiti televisyen, American Idol tahun ini.

Berita tersebut dicanangkan ketika penyanyi lagu 'Bon Appetit' itu muncul menerusi siaran radio 103.5 KTU pada 23 Mei lalu.

Ini sekaligus menjadikan Katy sebagai juri dengan bayaran paling tinggi dalam program berkenaan.

"Saya bangga sekali menjadi seorang wanita. Tahu tak kenapa? Kerana bayaran saya sebagai juri dalam program itu melebihi juri-juri lelaki lain," ucap Katy dalam siaran radio tersebut.

Bagaimanapun, Katy tidak mahu kehadirannya dalam program berkenaan dilihat hanya kerana jumlah bayaran kerana dia sememangnya sudah lama ingin membuat kemunculan dalam American Idol.

"Program ini adalah pencarian bakat sebenar yang memakbulkan impian dan mendengar kisah cita-cita seseorang. Saya melihat anda. Saya juga mahu mendengarkan anda. Saya mahu menjadi saksi mata untuk anda juga," katanya lagi. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)