Oleh pada 30 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram As’ad Motawh

Susulan kegagalannya menyanyi dengan baik dalam sebuah program di Indonesia baru-baru ini, penyanyi baru As’ad Motawh memuat naik satu keratan artikel Indonesia yang menerangkan punca sebenar terhadap masalahnya itu.

As’ad atau nama sebenarnya, As'ad Ahmad Muhammad Motawh, 16, berkongsi artikel berkenaan menerusi Insta Story miliknya pada Khamis.

Dalam artikel tersebut, As'ad menjelaskan ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sihat hingga menjejaskan mutu vokal.

punca sebenar as ad motawh tak dapat menyanyi dengan baik 2

Kredit foto: Astro Gempak

Keratan artikel itu antara lain turut mendedahkan kecaman 'haters' terhadap pendirian As’ad yang enggan menyentuh wanita bukan muhrim.

Ini kerana mereka menganggap penyanyi muda itu hanya bersikap hipokrit.

punca sebenar as ad motawh tak dapat menyanyi dengan baik 3

Kredit foto: Astro Gempak

Terdahulu, As'ad dikutuk teruk kerana gagal menyempurnakan lagu Asal Kau Bahagia bersama Armada Band sehingga persembahannya dikatakan telah memalukan Malaysia.

Tak kurang As'ad dianggap sebagai penyanyi yang hanya mempertaruhkan paras rupa semata-mata.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)