Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Aktor Fattah Amin meluahkan perasaannya terhadap aktres Fazura menerusi kiriman Instagram terbaru.
Menerusi entri itu, Fattah menyifatkan Fazura sebagai seorang wanita yang paling menakjubkan pernah dikenalinya.
Malah Fattah turut merakamkan ucapan terima kasih kerana aktres itu sentiasa menjadi sahabat yang menemaninya di waktu susah.
Ucapan itu dibuat bersempena dengan ulang tahun kelahiran Fazura yang ke-34 semalam.
Kredit foto: Instagram Fattah Amin
Selamat hari jadi kepada seorang yang paling positif dan menakjubkan yang saya kenal. Terima kasih kerana menjadi sabahat ketika saya melalui waktu sukar dan menyokong hebat dalam kerjaya saya.
Kapsyen itu turut disertakan dengan foto Fazura bersama tanda cinta yang terkandung tiga huruf di dalamnya iaitu YPM yang mewakili ‘yang paling manis’.
Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memberikan reaksi positif dan menganggap ucapan Fattah begitu 'sweet' sekali!
Terdahulu, Fazura mengejutkan Fattah dengan pemberian 50 kuntum bunga ros dan kad ucapan berbentuk hati sempena hari kelahiran aktor itu yang ke-27.
Malah, pelakon filem Pisau Cukur itu turut memberikan ucapan dengan mendoakan kesejahteraan Fattah dalam sebuah kiriman Instagram ketika dia menghadiri Minggu Fesyen New York di Amerika Syarikat.
Susulan itu, ramai yang tertanya apa pula pemberian balas Fattah untuk ulang tahun kelahiran Fazura kali ini.
Sama-sama kita nantikan.