aidil aziz terkesan dakwaan kes dadah 1

Kredit foto: Astro Gempak

Kita sedia maklum, sebelum ini pelakon Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz telah ditahan bersama dua lagi rakannya atas dakwaan mengedar dadah jenis ganja dan memiliki senjata berbahaya. 

Bagaimanapun beliau akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4000. 
Dalam satu kenyataan terbarunya, Aidil mendedahkan bagaimana isu tersebut memberi kesan yang besar kepada kariernya. 
Menurut Aidil, nama baiknya juga tercemar hingga memaksanya untuk mengambil cuti sementara daripada dunia hiburan. Masa yang ada kini ditumpukan kepada perniagaan yang dijalankan. 
Saya telah menerima pelbagai tomahan daripada orang ramai selepas keluar daripada penjara. Perkara yang terjadi ini telah memberi kesan terbesar kepada kerjaya seni saya sebagai seorang selebriti. Jadi buat masa sekarang saya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada industri dan memberikan fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Saya juga perlu bercampur dengan orang-orang yang positif supaya dapat terus maju pada masa yang akan datang. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana.
Sumber: Astro Gempak 
Kenyataan tersebut dibuat pelakon tersebut ketika ditemui di majlis pengenalan jersi bola sepak MASC di The Garage, Kuala Lumpur, baru-baru ini. 
aidil aziz terkesan dakwaan kes dadah 2
Kredit foto: Utusan Online

tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)