Oleh pada 04 Sep 2017 kategori

Ustaz Azrul membuka helaian kertas berisi soalan di depannya. Matanya buntang sebentar membaca lalu tersenyum.

"Ada hamba Allah ni bertanya, kalau orang Islam lelaki, tak tahan nafsu tengok wanita, macam mana nak buat? Kita bukan boleh onani, kita bukan boleh berzina kalau belum kahwin," terang Ustaz Azrul.

"Ramai yang terfikir benda tu kan?" tanya Ustaz Azrul pada pelajar-pelajar di depannya. Majoritinya mengangguk.

"Dalam Islam, hukum zina, hukum onani, haram," kata Ustaz Azrul. "Itu semua dah jelas."

Ustaz Azrul merenung pelajar-pelajar di depannya. "Jadi, kalau ada rasa keinginan syahwat itu, ambillah wuduk. Jika tak mampu juga puasa."

"Tapi Ustaz, bagaimana pulak kalau dia onani untuk mengelakkan zina? Bukankah itu lebih baik berbanding dia berzina?" tanya seorang pelajar.

"Betul tu tu Ustaz. Jika wuduk tak boleh, puasa pun tak boleh, untuk elakkan maksiat jalan pada dia mungkin onani lah kan?" tanya seorang pelajar lagi.

Ustaz Azrul senyum memandang mereka yang bertanya. Soalan itu memang dah diagak akan dibalas dengan hujah tersebut.

"Macam mana seseorang itu boleh berada dalam keadaan nak berzina?" tanya Ustaz Azrul.

Seorang pelajar lain mencelah, "mungkin dia keluar dengan teman wanita lalu tak tahan terangsang, jadi eloklah dia lepaskan dulu syahwat dia sebelum terjadi apa-apa yang lebih buruk."

Ustaz Azrul berdiri sambil tangannya memegang mikrofon.

"Masalah masyarakat kita sekarang, dalam konteks ini adalah kita suka melihat perkara nafsu syahwat ini sebagai sesuatu yang logik," kata Ustaz Azrul.

onani untuk mengelakkan zina

"Awak rasa terangsang, awak rasa awak semua kena cari jalan nak lepaskan. Awak letakkan diri awak macam cerek. Bila air menggelegak, kena ada lubang untuk lepaskan wap panas tu." Penerangan Ustaz Azrul membuatkan beberapa orang pelajar tertawa.

"Kenapa air menggelegak?" soal Ustaz Azrul.

"Air tu dimasak Ustaz," jawab pelajarnya.

"Kenapa syahwat boleh naik?" tanya Ustaz Azrul.

"Sebab kami terangsang dengan sesuatu," jawab pelajarnya. Tersenyum mendengar jawapan pelajarnya, Ustaz Azrul kembali duduk.

"Kenapa tak elakkan perkara yang boleh buatkan awak menggelegak?" tanya Ustaz Azrul.

Diam saja pelajar-pelajarnya.

"Orang selalu menganggap syahwat itu adalah sesuatu yang normal untuk dipenuhi, kerana itu ramai menjadikan elakkan zina sebagai alasan, sedangkan sepatutnya yang patut dielakkan adalah perkara-perkara yang menaikkan syahwat," terang Ustaz Azrul.

"Tetapi sekarang ni bagaimana Ustaz. Buka tv saja ada paparan separa telanjang, baca buku pun ada wanita terdedah sana-sini, jalan-jalan saja pun dah nampak bermacam perkara yang tak patut dilihat," hujah salah seorang pelajarnya.

"Adakah wuduk dengan berpuasa tidak cukup untuk anda mengelakkan onani?" tanya Ustaz Azrul.

Semuanya diam tak berani menjawab takut bocor rahsia.

"Itulah masalahnya. Terlalu ramai yang menganggap onani atau lebih teruk lagi, berzina adalah jawapan kepada permasalahan tuntutan syahwat ni sedangkan jawapannya adalah mengambil wuduk atau berpuasa," kata Ustaz Azrul.

bahaya onani dikalangan remaja

"Ustaz, bagaimana kalau dua perkara itu tak memadai?" barulah berani seorang pelajar berani membuka mulut.

"Awak puasa pada bulan Ramadhan?" tanya Ustaz Azrul. Mereka mengangguk. "Awak ambil wuduk setiap kali sebelum solat?" tanya Ustaz Azrul lagi. Semuanya mengangguk setuju.

Ustaz Azrul kembali berdiri lalu bertanya, "kenapa?"

"Sebab kami tahu puasa dan wuduk itu wajib dilakukan, Ustaz," kata mereka.

"Jadi kenapa tak diwajibkan ke atas diri sendiri untuk berpuasa atau berwuduk, serta menahan diri dari memenuhi tuntutan syahwat jika diperlukan?" tanya Ustaz Azrul.

"Mungkin ada di antara kami yang benar-benar tidak tahan," kata salah seorang pelajarnya.

"Kena tahan. Tuntutan nafsu syahwat tidak ada jalan keluar kecuali melalui perkahwinan. Jangan diikut sangat logik manusia yang kata jika ada rasa syahwat, perlu dilepaskan. Itu semua pemikiran yang hanya nak memenuhi tuntutan nafsu kita," kata Ustaz Azrul.

"Apa maksud Ustaz?" tanya pelajar-pelajarnya.

"Kita sekarang dibesarkan dengan beranggapan tak mengapa onani jika ada rasa syahwat, kerana perkara itu normal. Sesuatu yang perlu dilakukan," kata Ustaz Azrul. "Bagaimanapun, menurut Islam, onani itu tidak normal."

Diam saja pelajar-pelajarnya.

"Jika awak rasakan wuduk tidak memadai, puasa tidak memadai dan awak masih ada rasa syahwat yang tak hilang-hilang, jawapannya bukannya dengan melampiaskan nafsu anda itu, tetapi untuk terus menahan diri dari melakukan perbuatan yang ditegah," kata Ustaz Azrul.

gambar palsu onani uitm 2014

nota : gambar di atas adalah palsu (tular pada 2014)

"Sibukkan diri kita dengan perkara-perkara yang berfaedah. Berhentilah gunakan alasan elakkan zina tu," kata Ustaz Azrul. "Ini kerana selalunya kita sendiri yang mendekati zina. Kalau tak zina dengan perempuan lain, mungkin zina tangan, zina mata."

"Kesimpulannya, jangan cipta masalah pada diri sendiri yang awak perlu selesaikan dengan cara haram kerana hanya orang yang benar-benar kuat dapat melawan syahwat dia," sambung Ustaz Azrul.

"Janganlah sampai halalkan sesuatu yang haram hanya kerana kita yang meletakkan diri kita pada situasi itu. Berpeganglah pada anjuran Islam dan janganlah sewenang-wenangnya meletakkan logik akal fikiran sendiri untuk membolehkann apa yang tak boleh, yang dah jelas haram."

Ustaz Azrul tersenyum dan dia perasan seorang pelajarnya dari tadi tunduk mendengar saja perbincangan mereka semua.

"Lagipun, awak semua lelaki duduk asrama, dekat mana datangnya rangsangan syahwat awak tu?" tanya Ustaz Azrul membuatkan kebanyakan pelajarnya tunduk takut direnung wajahnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)