Dunia Internet hari ini ternyata boleh mengelirukan. Selain daripada berita-berita palsu, banyak juga tersebar gambar-gambar palsu yang kadangkala mampu menimbulkan fitnah dan kecaman kepada sesuatu pihak.

Malah, lebih memeranjatkan ada juga gambar palsu yang diedit berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh jenama kamera terkemuka Nikon. (Sumber:Peta Pixel)

BESARKAN TEKS     A-  A+

pemenang gambar nikon

Adakah ini bermakna jurugambar profesional yang berpengalaman juga tidak begitu mahir menilai sama ada sesuatu gambar itu asli ataupun telah diedit dan ditokok tambah?

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Warwick mendapati kebarangkalian manusia mampu mengesan gambar palsu hanyalah 60% sahaja pada satu-satu masa. Namun, mereka yang boleh mengenal pasti gambar fake itu belum tentu boleh menunjukkan apakah perkara yang diedit di dalam gambar tersebut.

Kajian yang melibatkan 700 peserta itu menggunakan 10 keping gambar asal yang telah diedit menjadi 30 gambar palsu. Peserta kemudian diminta untuk melabelkan kesemua 40 gambar itu sama ada asli atau palsu serta mengenal pasti bahagian manakah yang telah ditokok tambah dengan khusus.

Berikut antara gambar yang digunakan dalam kajian tersebut:

gambar asli gambar palsu

Adakah anda nampak di mana proses editing dibuat?

Bagaimana pula dengan gambar ini?

gambar palsu

Nampak real dan seperti tak ada apa-apa yang pelik kan? Tapi sebenarnya bot di belakang itu telah ditambah secara digital. Ini merupakan gambar asal:

gambar asli

Gambar berikut ini pula menunjukkan kepala model telah diterbalikkan. Tapi jika anda perhatikan sepintas lalu, tak nampak pelik pun.

gambar asli gambar palsu 2

Kami pasti akan ada antara pembaca yang akan berkata "So, what? Dia edit gambar tu tak menyusahkan hidup saya pun."

Perangai seperti itulah menunjukkan betapa kita gemar menutup sebelah mata dalam membaca atau menyebarkan berita-berita palsu. Ada banyak kewujudan gambar dalam Internet yang sengaja diedit menggunakan Photoshop dengan tujuan menyebarkan fitnah, membakar sentimen perkauman atau merosakkan reputasi seseorang.

ronaldo pun jadi mangsa gambar palsu

Tambahan pula, melalui media sosial, anda akan sentiasa terdedah dengan gambar-gambar palsu ini. Jadi, jangan sesekali berkata bahawa gambar-gambar edit ini cuma perkara kecil. Selain ditipu, anda juga berisiko menjadi penyebar fitnah jika anda menghantar gambar tersebut kepada rakan-rakan yang lain.

Jangan mudah terus percaya bulat-bulat apa jua yang anda lihat. Jika anda ada menerima gambar yang bermain dengan emosi (seperti menimbulkan kemarahan membuak atau gosip panas), selidik dahulu sumber berita tersebut.

selfie edit

Anggap sahaja gambar dan berita palsu ini seperti gambar selfie anda ataupun rakan-rakan anda. Lebih banyak gambar yang palsu daripada yang asli, kan? Bila tengok depan-depan dengan mata sendiri baru nampak wajah yang sebenar.

Jadi, jangan mudah percaya!

Sumber dan rujukan:

Cognitive Research Journal

Live Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)