Blockchain, kadang-kadang disebut sebagai Teknologi Ledger Terdistribusi (DLT)Distributed Ledger Technology (DLT), menjadikan sejarah aset digital tidak berubah dan telus melalui penggunaan sisyem tidak berpusat (decentralised) dan hash kriptografi.
Analogi mudah untuk memahami teknologi blockchain adalah aplikasi Google Docs. Apabila kita membuat dokumen dan berkongsikannya dengan sekumpulan orang, dokumen itu diedarkan dan bukannya disalin atau dipindahkan. Ini mewujudkan rangkaian pengedaran yang memberi semua orang akses ke dokumen pada masa yang sama. Tidak ada yang individu yang perlu menunggu perubahan dari pihak lain. Semua pengubahsuaian pada dokumen direkodkan dalam waktu nyata, membolehkan sebarang perubahan dilihat oleh setiap individu yang mempunyai akses ke dokumen tersebut.
BESARKAN TEKS A- A+
Reputasinya yang sangat telus dan selamat dari penipuan menjadikannya satu kemajuan yang wajar dalam teknologi transaksi wang. Asalnya dikenali sebagai "block chain", ia dirancang khusus untuk Bitcoin. Namun, komuniti blockchain telah menggunakan blockchain untuk membangunkan pelbagai lagi platform atau aplikasi berdasarkannya.
Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 teknologi atau aplikasi popular yang dibina berdasarkan konsep blockchain yang boleh anda boleh cuba hari ini.
1. Hello-Bit
Ditubuhkan pada tahun 2013, Hello-Bit adalah sebuah syarikat yang berpusat di San Francisco, California dengan hanya sepuluh orang pekerja. Hello-Bit memudahkan pemindahan wang yang dibina di rangkaian Bitcoin. Hello-Bit menyediakan platform yang membolehkan pengguna menghantar Bitcoin dari mana saja di dunia.
Dengan Hello-Bit, seseoran individu boleh menukar Bitcoin dengan wang tunai. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan seperti pemindahan wang dari individu ke individu, perkhidmatan kewangan dan mata wang maya. Hello-Bit meningkatkan kecekapan dan mengurangkan bayaran yang berkaitan dengan perniagaan pengiriman wang tradisional dengan menggunakan mata wang digital.
2. Chain Inc.
Dilancarkan pada tahun 2014, Chain Inc. adalah syarikat berasaskan blockchain yang khusus dalam membangun sistem lejar kriptografi untuk syarikat perkhidmatan kewangan. Dengan menggunakan teknologi berasaskan blockchain, syarikat ini membantu bank, bursa saham dan syarikat kad kredit melindungi, memperdagangkan dan menguruskan aset kewangan.
Syarikat kewangan besar seperti Citigroup, Visa, Capital One, NASDAQ, Orange dan lain-lain telah bekerjasama dengan Chain Inc. Anda boleh menggunakan teknologi ini untuk dompet mudah alih, aplikasi perkongsian perjalanan dan platform pertukaran wata wang kripto.
3. Coinbase
Dilancarkan pada tahun 2012, Coinbase adalah sistem pertukaran cryptocurrency berlesen sepenuhnya dan berlesen di 40 negeri di Amerika Syarikat. Pada mulanya, Coinbase hanya membenarkan pengguna memperdagangkan Bitcoin tetapi syarikat itu kemudiannya memperluas ke mata wang kriptografi lain yang sesuai dengan kriteria decentralized.
Coinbase menawarkan pelbagai produk di luar pelaburan cryptocurrency, termasuk platform perdagangan, dompet untuk pelabur runcit dan banyak lagi. Platform Coinbase yang asas adalah platform yang bagus untuk membantu orang ramai memahami betapa mudahnya membeli, menyimpan dan memindahkan cryptocurrency.
4. Consensus Systems
Consensus Systems (ConsenSys) adalah syarikat teknologi perisian blockchain yang ditubuhkan untuk mengembangkan perkhidmatan dan aplikasi perisian decentralized yang beroperasi dengan menggunakan blockchain Ethereum.
Dilancarkan pada tahun 2015 oleh Joseph Lubin, ia mempunyai ibu pejabat di Brooklyn, New York dan pejabat tambahan di Washington, D.C., dan San Francisco.
5. Bitfury
Ditubuhkan sebagai pengeluar perkakasan perlombongan bitcoin pada tahun 2011, Bitfury menawarkan rangkaian perkhidmatan blockchain. Ini termasuk sistem blockchain perusahaan Exonum, sistem pembayaran dua lapisan yang dikenali sebagai Lightning Peach, platform analisis Crystal, dan platform muzik Surround.
Pada tahun 2017 firma ini merupakan syarikat perlombongan bitcoin ketiga terbesar di belakang Bitmain dan F2Pool. Untuk mengembangkan penyelesaian blockchain untuk pelbagai sektor, Bitfury menandatangani memorandum persefahaman dengan firma perunding multinasional Ernst & Young (E.Y.) pada tahun 2016.
6. Romit
Romit adalah platform pengiriman wang global baru yang memanfaatkan teknologi blockchain. Namun, ia tidak menggunakan Bitcoin. Platform pengiriman wangnya automatik sepenuhnya untuk menjadikan perniagaan pemindahan wang menjadi mudah dengan bayaran yang rendah dan telus.
Syarikat ini menawarkan urus niaga lebih murah, cepat dan tanpa kertas yang memungkinkan pengalaman pelanggan yang lebih baik di seluruh dunia. Di negara-negara dunia ketiga, Romit mempromosikan keusahawanan dan perkembangan perniagaan lain.
7. BTC Jam
BTC Jam adalah komuniti pelabur dan peminjam dalam talian. Pengguna atau individu boleh membina profil peribadi yang boleh dipercayai, meminjam wang dan melabur dalam idea / konsep orang lain. BTC Jam memberikan kadar faedah kepada peminjam berdasarkan kelayakan kredit profil mereka, seperti pinjaman bank tradisional.
Sesiapa yang ingin melabur atau meminjam dari komuniti BTC Jam mesti menjadi setelus mungkin dengan sejarah kredit dan pinjaman mereka. Ditubuhkan pada akhir tahun 2012, pinjaman yang diberikan pada masa itu secara purata adalah $400- $600. Menjelang 2016, syarikat itu mengeluarkan lebih daripada 16,000 pinjaman di 121 negara.
Kredit: