Setiap kali anda minum air, pernah tak anda terfikir adakah air yang anda minum bebas daripada bakteria? Jika dilihat pada keadaanya, sudah semestinya ia kelihatan bersih.

Namun hakikatnya terdapat "raksasa halimunan" di dalam air minuman apatah lagi air paip di rumah anda, berenang-renang dan berganda dengan berbilion-bilion melalui setiap titisan air segar memasuki tekak anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun kebanyakannya adalah tidak berbahaya, tetapi apabila anda melihat dengan mata sendiri apa yang ada dalam air minuman anda, pastinya anda berasa sangat geli. iluminasi.com kongsikan 7 mikroorganisma yang mungkin hidup di dalam air yang anda minum setiap hari.

7. Copepods

copepod ini 7 organisma dalam air minuman anda setiap hari

Lihat pada rupa bentuknya sahaja sudah menakutkan. Terdapat dua jenis inverterbrata, rotifer dan copepod, yang berenang-renang dalam air minuman anda. Daripada kedua-dua pepijat ini, copepod adalah lebih besar dan lebih umum.

Ia mampu membesar sehingga 2 milimeter dan merupakan sejenis krustacea, seperti udang kecil, dan spesis ini berada di merata-rata tempat. Kita minum dan basuh baju dengan kehadiran pepijat ini.

Walaupun agak menjijikkan, namun copepod mempunyai manfaat kerana ia kerap memakan tokson. Namun, hakikat bahawa pepijat ini boleh melepasi sistem penapisan bermaksud banyak lagi bakteria yang lebih kecil juga melakukan perkara yang sama.

6. E. Coli 

e coli ini 7 organisma dalam air minuman anda setiap hari

Kebanyakan daripada kita tahu baway E.Coli atau Escherichia coli, bakteria yang hidup di dalam, pada dan sekitar najis tahi. Ia merupakan bakteria yang paling banyak dipublikasikan dan dianggap sebagai lagenda dalam dunia bakteria.

Dari makanan kepada air dan kembali kepada makanan, amat sukar untuk menjauhkan diri daripadanya. Sebab itu amat meresahkan apabila mengetahui bahawa semua air minuman mengandungi E.Coli di dalamnya.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), E. Coli masih boleh diterima selagi ia tidak hadir sebanyak 5% daripada sampel air yang diambil setiap bulan. Jadi jika majlis bandaraya menguji air sebanyak 100 kali sebulaan, 5 daripada sampel-sampel itu boleh dijangkiti E.Coli tetapi air masih dibenarkan untuk kegunaaan peduduk setempat.

5. Rhizopus stolonifer

rhizopus stolonifer ini 7 organisma dalam air minuman anda setiap hari

Rhizopus stolonifer biasanya dikenali sebagai kulat hitam roti yang mana anda biasa lihat pada sekeping roti yang dibiarkan selama beberapa hari dalam keadaan terbuka. Dianggap sebagai kulat paling biasa di dunia, jadi tak hairanlah jika ia juga hadir dalam air minuman.

Kulat membiak dengan spora yang mana seperti debunga bunga, terapung-apung di udara sehingga ia menjumpai tempat yang sesuai untuk mendarat dan tumbuh.

Pada tahun 2006, kajian melihat pada kepekatan spora kulat ini dalam air paip dan mendapati bahawa Rhizopus stolonifer muncul 2.9%, yang dikatakan agak rendah dalam bahan tercemar.

Kulat ini dipercayai mengeluarkan toksin yang boleh membahayakan manusia.

4 . Naegleria fowleri 

naegleria fowleri ini 7 organisma dalam air minuman anda setiap hari

Organisma ini tidak kelihatan mengerikan seperti yang lain-lain dalam senarai ini kerana kelihatan seperti percikan warna. Ia sebenarnya adalah amoeba, dan ia memakan otak. 

Secara saintifik, amoeba menyerang sistem saraf seseorang dengan memasuki melalui rongga hidung, membunuh 98% daripada mangsanya. Jangkitan ini dikenali sebagai N. fowleri dan jarang berlaku, terutamanya kerana ia kurang berkesan jika air diminum secara oral.

Namun pada tahun 2011, 2 penduduk Lousiana mati disebabkan oleh meningoencephalitis (penyakit yang berpunca dari Naegleria - spesis amoeba) selepas memasukkan air paip dan garam ke dalam hidung dalam proses mengepam hidung.

Apabila kematian ini disiasat, amoeba yang memakan otak ini dijumpai di dalam tab mandi, topi kepala mandian dan pancur air. Walaubagaimanapun, kebanyakan jangkitan ini bukanlah disebabkan oleh air yang tercemar.

Kebanyakan kes berlaku disebabkan oleh berenang di dalam tasik atau sungai.

3. Legionella Pneumophila

legionella pneumophila ini 7 organisma dalam air minuman anda setiap hari

Dengan nama seperti Legionella, bakteria ini sudah kedengaran berbahaya. Dan sejak ia dinamakan bersempena dengan Legion Amerika pada tahun 1976, ia telah bertanggungjawab menjadi penyebab kepada 34 kematian dan 221 jangkitan.

Keadaan yang disebabkan oleh L.pneumophila kini dikenali sebagai penyakit Legionnaires dan telah membuatkan 18,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun. Dan seperti yang anda jangka, bakteria ini hadir dalam air tercemar.

Simptom penyakit Legionnaires termasuklah kekeliruan, demam sehingga 41.5 darjah Celcius, hilang koordinasi, muntah, cirit-birit dan sakit otot. Ia menyerang pada waktu yang tidak menentu, dan pada tahun 2001, 700 orang di Sepanyol dijangkiti dalam satu kawasan berpusat.

Tak cukup dengan bahaya yang disebabkan bakteria ini, Tentera Amerika Syarikat memutuskan untuk menjadikannya sebagai senjata yang membawa kepada versi diubahsuai secara genetik dengan kadar membunuh setinggi 100%.

2. Chaetomium sp. 

chaetomium ini 7 organisma dalam air minuman anda setiap hari

Ini adalah salah satu contoh lagi bagi kulat yang kelihatan lebih menakutkan daripada kulat di nombor 5. Seperti kulat yang tumbuh pada roti, spesis Chaetomium adalah kulat biasa dalam kehidupan seharian yang terapung-apung di udara di kawasan yang lembap yang boleh hadir di mana-mana saja dari kawasan paya sehinggalah ke dalam bilik mandi anda.

Ia jarang hadir dalam air paip namun jika ia berlaku, air tersebut akan berasa dan berbau sedikit pelik menandakan air itu tidak patut diminum. Chaetomium ini tidak berbahayaa namun dalam beberapa kes ia boleh menyebabkan jangkitan yang dikenali sebagai phaeohyphomycosis yang sangat berbahaya. 

Ia juga boleh membahayakan mereka yang alah terhadap spora.

1. Salmonella Enterica 

salmonella enterica ini 7 organisma dalam air minuman anda setiap hari

Salmonella biasanya hadir dalam makanan seperti daging lembu, bayam dan sudah tentunya ayam. Walaupun kurang namun ia juga hadir dalam air minuman. Pada tahun 2008, air paip di Colodaro bertanggungjawab ke atas 79 kes keracunan salmonella yang menyebabkan demam dan muntah-muntah. 

Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti warga emas sangat terdedah terhadap salmonella. Satu lagi kajian terhadap bekalan air di Togo, Afrika mendapat 26 kes pencemaran salmonella yang menunjukkan bahawa negara membangun mempunyai risiko yang tinggi terhadap jangkitan bakteria melalui air minuman.

Rujukan:

1. Water Research

2. Microorganism

3.  Water Tech Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)