Korea Utara merupakan sebuah negara yang didominasi oleh kaum lelaki. Walau bagaimanapun, kaum wanita masih tidak terkecuali dan dikerah tenaga untuk bekerja di sana.
Jika anda fikir kaum wanita di sana bekerja seperti anda dan juga wanita-wanita lain di seluruh dunia, anda mungkin silap. Kami kongsikan 7 pekerjaan pelik dan teruk yang perlu dibuat oleh wanita Korea Utara.
1. Polis trafik
Walaupun hanya 2% daripada jalan raya di Korea Utara adalah berturap, namun jalan di sekitar bandar raya tetap mempunyai lampu jalan bagi mereka yang mampu mempunyai kenderaan. Lampu jalan itu semuanya berfungsi dengan baik, namun ia masih belum cukup bagi Kim Jong-un. Pihak kerajaan kini mengambil pengawal lalu lintas wanita untuk menjaga trafik di sana. Setiap polis trafik ini dipilih oleh Kim Jong-un sendiri berdasarkan rupa paras mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Wanita yang layak untuk bekerja sebagai polis trafik mestilah berpewatakan paling menarik dalam Korea Utara, berusia 16 tahun ke atas, sihat, belum berkahwin dan berketinggian sekurang-kurangnya 5'6". Jawatan berprestij ini dibuka untuk mengisi 300 tempat kekosongan sahaja.
Selain menjaga trafik, polis trafik di Korea Utara menjadi ikon fesyen bagi wanita di sana. Semasa musim panas, mereka memakai skirt pendek dengan jaket putih manakala uniform ketika musim sejuk dipadankan dengan earmuffs berbulu tebal.
Namun, para polis trafik wanita ini bukanlah dibenarkan memegang jawatan itu sehingga pencen. Apabila mencecah usia 26 tahun atau apabila mereka ingin mendirikan rumah tangga, mereka perlu melepaskan jawatan itu kepada anak dara jelita yang lain.
2. Petani
Salah satu silap faham tentang wanita di Korea Utara ialah mereka dipaksa duduk diam di rumah sahaja. Sebenarnya, tenaga mereka dikerah sebagaimana kaum lelaki di sana. Wanita di Korea Utara menghabiskan 8 jam untuk bekerja, 8 jam untuk mentelaah tentang sejarah pemimpin dan 8 jam untuk rehat dan tidur.
Disebabkan kekurangan buruh kasar di negara itu, kaum wanita diperlukan untuk membantu kerja-kerja dalam bidang pertanian untuk meningkatkan hasil tanaman. Mereka dikehendaki bekerja setiap hari selama 70 hari tanpa cuti atau hari rehat. Seperti yang pernah kami tulis dalam artikel lain sebelum ini, wanita daripada golongan kelas bawah yang bekerja sebagai petani kebanyakannya adalah pencari nafkah utama dalam keluarga dengan pendapatan sekitar $1-$2 sebulan. Jika mereka ingin mengambil cuti, mereka perlu membayar kerajaan 50ยข untuk sehari.
3. Guru dengan kemahiran istimewa
Di majoriti negara lain, seseorang perlu mempunyai sijil dan kelulusan tertentu sebelum berkhidmat sebagai seorang guru. Namun, guru di Korea Utara agak istimewa kerena mereka hanya perlu mahir bermain akordion. Pemimpin terdahulu Korea Utara telah meletakkan syarat ini dan dilaporkan ia masih berkuat kuasa hingga kini. Seorang guru perlu lulus ujian bermain akordion sebelum boleh mengajar.
Antara aktiviti harian di sekolah adalah seperti berikut. Pada jam 8 pagi, pelajar akan masuk ke kelas sambil disapa guru dengan ramah. Kemudian, setelah pelajar duduk di tempat masing-masing, guru akan mengeluarkan akordion dan bermain beberapa buah lagu. Antara muzik popular yang wajib dipelajari oleh para guru adalah lagu berjudul "Kita Tidak Perlu Cemburu di Dunia ini" yang dikhabarkan mempunyai alunan rentak sama seperti lagu Twinkle, Twinkle Little Star.
4. Buruh paksa
Tidak cukup dengan gaji yang begitu rendah, ramai warga Korea Utara yang dipaksa untuk bekerja secara percuma. Mereka yang pernah disabitkan dengan jenayah atau telah ditangkap kerana cuba meninggalkan negara akan dibawa ke kem buruh paksa. Adakalanya keseluruhan ahli keluarga juga turut dibawa sebagai hukuman dan pengajaran kepada pesalah.
Kem-kem buruh paksa ini adalah lebih teruk daripada penjara dengan persekitaran yang menggerunkan. Mereka yang tinggal di kem-kem ini kebiasaannya dinafikan hak asasi seorang manusia. Misalnya, dalam satu sel yang amat sempit, seramai 20 orang tahanan wanita disumbat untuk tidur berhimpit-himpit.
Setiap pagi, tahanan yang berusia 17 tahun ke atas perlu bangun seawal 6:30 pagi, menjamah sarapan, bersembahyang dan terus bekerja sehingga jam 8:00 malam. Ada yang perlu bekerja hingga 6 hari seminggu manakala ada tahanan wanita yang dikerah tenaga untuk mengorek batu arang dan memikul batu-batuan. Selepas seharian bekerja, mereka hanya diberikan segenggam jagung untuk dimakan. Disebabkan tiada rawatan perubatan diberikan, kebanyakan wanita ini dipaksa bekerja sehingga tubuh mereka tidak mampu bertahan lagi atau meninggal dunia.
5. Pengunjung gereja
Memandangkan kerajaan Korea Utara menyekat kebebasan beragama, maka rumah-rumah agama dan gereja di sana tidak mengadakan sebarang upacara keagamaan. Ramai orang percaya bahawa mereka hanya mengadakan kuliah agama dan upacara olok-olok sahaja di gereja di mana kesemua kerusi dipenuhi oleh wanita yang dipilih dari kawasan bandar berhampiran untuk berlakon seperti penganut agama yang alim.
Daripada upacara olok-olok seperti ini, kerajaan dapat mempamerkan imej seolah-olah mereka bertoleransi terhadap agama dan kepercayaan semua orang. Dilaporkan gereja yang berada di tengah-tengah bandar pula hanya dibina untuk mendapatkan derma daripada warga asing dan pelancong yang berkunjung ke situ.
6. Bintang pop
Sejak tahun 1960-an lagi, semua muzik yang dimainkan di Korea Utara diluluskan dan dihasilkan oleh pihak kerajaan sendiri. Sebarang muzik dan hiburan dari luar diharamkan dan dianggap melanggar undang-undang.
Terdapat beberapa kumpulan pop wanita ditubuhkan untuk menghiburkan warga Korea Utara di mana setiap ahlinya dipilih sendiri oleh Kim Jong-un pada tahun 2012. Ia merupakan satu penghormatan untuk menjadi ahli kumpulan pop ini. Mereka akan menaiki pentas dengan memakai baju satin ala ketenteraan, menyanyi sambil bermain pelbagai alat muzik. Lagu dendangan pilihan pula adalah seperti lagu tema filem lakonan Sylvester Stalone iaitu "Rocky".
7. Pemeriksa beras
Sebelum Kim Jong-un memerintah negara itu, kerajaan Korea Utara dipimpin oleh bapanya, Kim Jong-il yang dilaporkan lebih gila kuasa dan suka mengawal. Daripada jenis baju yang dipakai rakyat sehinggalah makanan yang disediakan untuknya, kesemuanya ingin dikawal rapi.
Menurut bekas tukang masak mendiang, setiap orang yang berada di rumahnya mempunyai tugasan masing-masing. Namun ada satu tugasan pelik yang perlu dilakukan salah seorang pekerja di situ iaitu memeriksa setiap butir beras sebelum dimasak.
Pemeriksa beras wanita itu akan memeriksa beras dengan mata kasar terlebih dahulu. Kemudian, dia perlu membuang butiran beras yang rosak atau tidak sempurna kerana Kim Jong-il hanya mahu makan nasi dengan butiran sempurna.