Oleh pada 28 Sep 2017 kategori

gadis korea utara

Tak perlu susah nak terangkan bagaimana ketatnya undang-undang dan peraturan di Korea Utara. Segala keputusan dan undang-undang di negara rejim itu dibuat oleh Supreme Leader, Kim Jong-un. 

Jika di Malaysia, hampir kesemua perkara bebas dilakukan, namun tidak di Korea Utara. iluminasi.com ingin berkongsi 10 aktiviti harian yang diharamkan di Korea Utara.

1. Menonton televisyen

tv korea utara

Ramai yang merungut mengenai TV Malaysia yang sering menayangkan drama-drama tak masuk akal seperti "Suamiku Perdana Menteri" atau "I love you Mr. Kerang". Namun di Korea Utara, rakyatnya dilarang menonton apa-apa selain propaganda oleh kerajaan negara itu.

Seramai 130 individu telah dibunuh di khalayak ramai dalam masa 2 tahun lalu akibat kesalahan menonton rancangan TV Korea Selatan.

2. Kebebasan beragama

sembah patung kim jong un

Menurut kerajaan Korea Utara, mereka mengamalkan kebebasan beragama. Namun mereka telah menyeksa beribu-ribu rakyatnya kerana berlainan kepercayaan. 

Seramai 80 penganut agama Kristian telah dihukum bunuh di khalayak ramai kerana kesalahan memiliki kitab Injil pada 2013. Rasa syukur dilahirkan di Malaysia.

3. Pengambilan alkohol

kim jong un melawat kilang di korea utara

Pengambilan alkohol di Korea Selatan hanya dibenarkan jika ada majlis atau cuti istimewa. Sesiapa yang ditangkap minum alkohol akan disoal siasat. Seorang pegawai tentera telah dibunuh pada tahun 2012 menggunakan bom mortar kerana minum alkohol dalam tempoh 100 berkabung kematian Kim Jong-Il. Kalau nak buat pesta arak? Tak tahulah apa jadi.

4. Memandu

jalan raya di korea utara

Di Korea Utara, rakyat tidak dibenarkan bergerak di seluruh negara sesuka hati membuatkan jalan raya di negara ini adalah jalan raya paling lengang di dunia. Disebabkan itu, hanya 1 buah kereta dimiliki dalam 1,000 orang.

Hanya pegawai kerajaan dibenarkan memiliki kereta dan pegawai senior pula dibawa dengan kereta mewah untuk mempamerkan komitmen politik mereka.

Syukurlah kalau dekat Malaysia ni walaupun kita naik kereta buruk atau motor sahaja. Yang penting boleh bergerak.

5. Memainkan muzik

kanak kanak korea utara bermain gitar

Seperti televisyen, muzik juga sangat dikawal di Korea Utara oleh kerajaan Kim Jong-Un. Lagu-lagu yang dibenarkan adalah lagu menaikkan semangan rejim itu, dan juga lagu memuji-muji kehebatan Supreme Leader-nya.

Jika sesiapa memainkan lagu-lagu barat, akan dikenakan hukuman bunuh. Jadi kalau nak mandi atau karaoke tu memang kena nyanyi lagu negaraku sahaja.

6. Panggilan antarabangsa

panggilan antarabangsa

Panggilan antarabangsa diharamkan dan akan dikenakan hukuman bunuh jika dilakukan. Seorang lelaki telah dihukum bunuh dengan ditembak kerana menghubungi rakannya yang tinggal di Korea Selatan pada tahun 2013.

7. Kritik kerajaan

hukum bunuh

Bagi sesiapa yang didapati mengkritik atau membincangkan mengenai kerajaan Korea Utara, akan dihantar ke "Kem Pembelajaran Semula". Di situ "banduan-banduan" ini akan melalui kehidupan yang sukar, dan dipaksa mempelajari ideologi bagi mengembalikan nilai rejim dalam diri mereka.

Kalau kat Malaysia, DS Najib relaks je hari-hari kena troll kat Fb.

8. Keluar negara

muka comel kim jong un

Anda suka melancong? Tapi tak dapat nak melancong kerana tak mampu? Mungkin anda akan berfikiran berbeza jika dilahirkan di Korea Utara. Ia merupakan satu kesalahan paling besar untuk rakyat Korea Utara meninggalkan negara itu.

Namun masih terdapat mereka yang menyeludup keluar, ke China. Dan jika ditangkap, mereka akan dipaksa pulang untuk dibunuh.

9. Fesyen

gaya rambut power kim jong un

Memang tak sah kalau anda tak jumpa brader-brader seluar jeans melelong seluar jeans pada malam raya. Harga yang ditawarkan amatlah murah serendah RM50 sehelai. Tapi itupun tak ramai yang nak beli.

Tapi kita patut syukur, kerana masih dibenarkan memakai seluar jeans. Korea Utara mengharamkan seluar dari barat itu, termasuklah memantau panjang skirt yang dipakai, bentuk kasut, T-shirt, dan gaya rambut.

Rambut gaya "mohawk" diharamkan, manakala golongan lelaki diarahkan untuk meniru gaya rambutnya, dengan had ukuran panjang rambut 2 sentimeter. Memang trendsetter betul Kim Jong-Un ni.

10. Melayari internet

kim jong un berfacebook

Penggunaan internet di Korea Utara adalah sangat terhad. Menurut artikel sebelum ini, hanya terdapat 28 laman web di Korea Utara yang mana 10 daripadanya adalah secara offline. Baca sini untuk maklumat lebih lanjut.


Walaupun agak ketat dan tak masuk akal, tapi beberapa undang-undang yang dibuat oleh Kim Jong-un sebenarnya adalah bagus, demi menjaga rakyatnya daripada terpedaya dengan pengaruh yang hendak disebarkan oleh barat.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)