Oleh pada 03 Mar 2018 kategori

isteri kim jong un pemimpin korea utara

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan pemimpin no 1 Korea Utara iaitu Kim Jong Un. Berdasarkan fakta itu jugalah first lady negara Korea Utara ini turut menjadi misteri yang tak ramai tahu. Beliau jarang sekali dapat dilihat berkeliaran di kawasan awam. Nama isteri kepada Kim Jong Un ini ialah Ri Sol-ju.

Tidak didedahkan dalam berita seperti Buletin Utama dan RTM, tidak seperti isteri pemimpin-pemimpin politik mana-mana negara yang lain. Tambahan lagi, tiada maklumat tepat mengenai umur beliau. Namun, masih terdapat beberapa fakta boleh diketahui tentang wanita misteri ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ri Sol-ju adalah dikalangan keluarga intelek

ri sol ju anak kepada guru dan doktor

Beliau dilahirkan di bandar pelabuhan, Chongjin dan ibu bapanya bekerja sebagai guru dan doktor. Kemungkinan tahun kelahiran bagi isteri Kim Jong-un ini adalah sekitar 1985 hingga 1989, bermakna umurnya adalah antara 28 dan 33 tahun.

2. Beliau adalah seorang 'Cheerleader' ketika remaja.

beliau pernah menganggotai kumpulan sorak

Sebelum berkahwin dengan pemimpin Korea tersebut, gadis ini belajar di universiti terbesar di Korea Utara — Universiti Kim Il Sung di Pyongyang. Pada tahun 2005, beliau melawat Korea Selatan sebagai seorang ahli kumpulan sorak untuk delegasi Korea Utara di Asian Athletic Championships.

3. Beliau seorang penyanyi.

beliau juga pernah menjadi penyanyi

Ri Sol-ju sangat gemar menyanyi dan beliau belajar vokal di China buat seketika sebelum bakal suaminya menonton beliau menyanyi di dalam siaran persembahan oleh State Unhasu Orchestra.

4. Ri Sol-ju mempunyai 3 orang anak.

ri sol ju memiliki tiga orang anak

Pihak media antarabangsa percaya wanita ini telah melahirkan dua orang anak perempuan (sekitar tahun 2010 hingga 2013) dan seorang anak lelaki (Februari 2017). Merujuk kepada pakar-pakar di Korea Utara, kelahiran bayi ketiga bukan sesuatu yang diinginkan oleh wanita ini tetapi adalah disebabkan arahan kerana negara tersebut memerlukan pewaris takhta. 

5. Seorang yang sangat memberontak.

first lady korea yang memberontak

Ri Sol-ju menjadi satu-satunya first lady di Korea Utara yang berani mengubah fesyen rambut dan memotong rambutnya pendek. Kesemua bekas isteri pemimpin-pemimpin sebelumnya menyimpan rambut panjang.

Tambahan lagi, gadis ini mempunyai minat terhadap fesyen jenama barat yang asalnya terlarang di Korea Utara. Diantara barang-barang aksesori miliknya, terdapat beg jenama Chanel dan Dior. Dan disebalik kewajipan rakyat Korea Utara untuk memakai lencana dengan gambar Kim Jong Un, wanita ini hanya memakai kerongsang yang berjenama barat.

6. Beliau memujuk suaminya untuk memberi lebih kebebasan kepada wanita Korea.

ri sol ju berjaya melembutkan hati kim jong un

Disebalik kuasa dan kelebihan yang ada pada suaminya, Ri sol-ju berjaya meredakan sikap panas barannya. Kim Jong-un membenarkan wanita-wanita Korea memakai seluar, seluar jeans, dan seluar ketat hitam, termasuk kasut tumit tinggi. Beliau juga membenarkan mereka mengayuh basikal.

Berdasarkan kisah-kisah di atas, apa pendapat anda tentang isteri muda kepada diktator Korea ini? 

rujukan :

Wikipedia

BusinessInsider




Hakcipta iluminasi.com (2017)