bulan di sistem suria

Kita sedia maklum bahawa Bumi yang kita diami mempunyai hanya 1 sahaja bulan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bulan yang mengelilingi Bumi mempunyai nama rasmi iaitu Luna.

Bulan adalah satu-satunya satelit semula jadi Bumi dan bulan kelima terbesar dalam sistem suria daripada lebih 200 bulan yang terdapat dalam sistem suria kita. Kehadiran Bulan membantu menstabilkan goyangan planet kita dan menyederhanakan iklim Bumi.

Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan pula senarai 7 bulan paling besar di dalam sistem suria.

7. Triton - Diameter: 2704 km

bulan triton

Triton ialah bulan terbesar yang mengorbit planet Neptun. Ahli astronomi percaya bahawa bulan ini pada asalnya adalah jasad yang terapung di Kuiper Belt. Kuiper Belt ialah kawasan bebola debu, asteroid dan planet kerdil seperti Pluto. Neptun menangkap Triton dengan tarikan gravitinya.

Orbit Triton memaksanya menghadap planet yang diorbitnya sepanjang masa. Triton ditemui pada tahun 1846 oleh William Lassell. Triton adalah salah satu daripada empat badan dalam sistem suria yang mempnyai gunung berapi aktif. Permukaannya dilitupi oleh lava dan mempunyai kurang kawah berbanding bulan lain.

6. Europa - Diameter: 3122 km

bulan io 591

Europa telah menarik perhatian paling banyak daripada saintis dan ahli astronomi kerana ia berkemungkinan mempunyai lautan air masin di bawah permukaan bekunya, ia adalah salah satu tempat yang paling berkemungkinan untuk melihat kehidupan seperti yang kita tahu ia wujud di badan angkasa yang lain.

NASA menghantar robot Galileo untuk mengkaji bulan Zuhal dan ia mengembalikan sejumlah besar maklumat yang menggembirakan pemerhati. Bulan Europa ditemui pada tahun  1610 oleh Galileo Galilei. 

5. Luna - Diameter: 3475 km

bulan penuh

Bulan kita memungkinkan kehidupan di Bumi kerana ia menstabilkan orbit kita. Kehidupan tidak mungkin wujud di bulan. Lapisan atmosfera di sana terlalu nipis dan suhu di sana terlalu sejuk antara -127 dan -173 darjah selsius 

Graviti Bulan menyebabkan pasang surut di lautan kita, memainkan peranan penting dalam pembangunan manusia dan haiwan dalam beberapa cara. Lebih daripada 105 kapal angkasa robotik telah dilancarkan untuk meneroka Bulan. Ia adalah satu-satunya badan angkasa di luar Bumi setakat ini yang dikunjungi oleh manusia.

4. Io - Diameter: 3644 km

bulan io

Io ialah salah satu bulan yang paling jelas secara visual kerana ia merupakan badan astronomi yang mempunyai gunung berapi paling aktif dalam sistem suria. Gunung berapi besar yang sentiasa memancutkan lava ke angkasa sejauh beberapa batu, dan Sulfur dioksida yang tertinggal menjadikan bulan ini kelihatan kuning dari angkasa.

Terperangkap di antara tarikan graviti Musytari dan dua bulan lain, permukaan Io sentiasa berubah-ubah. Permukaannya juga dipengaruhi oleh lava yang mencurah dari gunung berapi dan tenaga berlebihan yang dihasilkan oleh bulan yang melalui medan magnet Musytari yang kuat.

3. Callisto - Diameter: 4820 km

bulan callisto 141

Para saintis menganggap Callisto sebagai bebola ais dan batu di Musytari yang membosankan sehinggalah penemuan Galileo memberikan bukti bahawa mungkin terdapat lautan air masin di bawah permukaan bulan ini. Itu menunjukkan bahawa terdapat peluang untuk kehidupan berkembang seperti yang dibayangkan oleh sesetengah saintis mungkin berlaku di Europa.

Walau bagaimanapun, tidak ada cara untuk membuktikan teori ini. Dari segi saiz Callisto 2.5 kali lebih kecil daripada Bumi. Callisto ditemui oleh Galileo pada tahu 1610.

2. Titan - Diameter: 5150 km

bulan titan 117

Titan merupakan bulan planet terbesar Zuhal yang atmosfera seperti planet. Ini bermakna ia mempunyai badan cecair di permukaan. Walau bagaimanapun, cecair itu bukan air, ia adalah metana dan etana. Oleh itu, atmosfera Titan diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak mesra kehidupan di Bumi.

Namun, itu menjadikan Titan satu-satunya badan angkasa di luar Bumi dengan cecair yang stabil di permukaan. TItan ditemui pada tahu 1655 oleh Christiaan Huygens. Sesetengah saintis berteori bahawa bentuk hidupan berasaskan metana mungkin kini telah wujud dan berkembang di Titan.

1. Ganymede - Diameter: 5269 km

ganymede

Ganymede adalah bulan terbesar dalam sistem suria. Ia cukup besar untuk dianggap sebagai planet kerana ia lebih besar daripada Mercury dan Pluto. Sama seperti planet, Ganymede mempunyai tiga lapisan; teras logam, batu dan permukaan berais. Teras logam menyebabkan bulan memancarkan medan magnet.

Ia adalah satu-satunya bulan dalam sistem suria yang menjana medannya sendiri.  Seorang ahli astronomi Jerman, Simon Marius, menemui Ganymede pada masa yang sama dengan Galileo namun penemuan Galileo diterbitkan dahulu menyebabkan nama Galileo dikreditkan sebagai penemu pertama bulan ini pada tahun 1610.

Kredit:

  1. Space
  2. NASA
  3. The Planets
  4. Popular Science


Hakcipta iluminasi.com (2017)