Di sesetengah tempat, air pancut biasanya dijadikan sebagai perhiasan sampingan terutamanya di hadapan bangunan-bangunan besar ataupun taman-taman awam. Ianya menjadi tempat untuk menenangkan fikiran sambil bersantai. Walau bagaimanapun, ada juga sesetengah tempat dimana air pancut dibina sebagai tarikan untuk menarik pelancong luar, contohnya air pancut berirama di Masjid Jamek yang baru disiapkan beberapa minggu lepas.

Air pancut yang dibina untuk pertunjukan seperti di Masjid Jamek bukan sahaja cantik, malah ianya diiringi irama bunyi yang pastinya menarik perhatian pelancong. Kali ini kami ingin berkongsi senarai 5 binaan air pancut termahal di dunia. Air pancut yang kami senaraikan ini bukan sahaja mahal, tapi juga cantik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Buckingham Fountain - RM3.2 juta

Air pancut Buckingham ini merupakan antara tarikan utama pelancong di Chicago, Amerika Syarikat. Ianya siap dibina pada tahun 1927 dimana kos pembinaanya pada waktu tersebut dianggarkan RM3.2 juta.

Ianya juga merupakan antara air pancut terbesar dunia dimana corak air pancut ini diinspirasikan daripada bentuk kek kahwin bertingkat. Persembahan air pancut disini boleh dilihat sepanjang bulan April hingga Oktober dan pada musim salji, ianya akan dihiasi dengan pertunjukan lampu.

4. Multimedia Fountain Roshen - RM6.34 juta

multimedia fountain roshen

Air pancut ini terletak di Ukraine dan merupakan air pancut terbesar di Eropah. Projek pembinaan air pancut ini menelan belanja kira-kira RM6.34 juta dan siap dibina pada tahun 2011. 

Air pancut ini terkenal dengan persembahan air pancut yang unik diiringi lampu laser, unjuran 3D dan alunan muzik. Walau bagaimanapun, persembahan air pancut disini hanya boleh dilihat sepanjang awal April hingga penghujung Oktober.

3. The Fountain of Wealth - RM25 Juta

the fountain of wealth

Berada dalam tangga ketiga dalam senarai air pancut paling mahal ini adalah The Fountain of Wealth yang terletak di negar jiran negara, Singapura. Ianya siap dibina pada tahun 1995 dan pada 1998, telah diisytiharkan oleh Guinness Record sebagai air pancut terbesar di dunia.

Air pancut ini terletak di Suntec City, iaitu pusat membeli-belah terbesar di Singapura. Kawasan air pancut ini meliputi kawasan seluas 1700 meter persegi dan mempunyai ketinggian 14 meter. Pada waktu pagi, air pancut ini ditutup tetapi pengunjung boleh melihat air pancut kecil yang terdapat di tengah-tengah air pancut ini. Pada waktu malam pula, pengunjung boleh melihat pertunjukan air pancut pada pukul 8 hingga 9 malam setiap hari.

2. Bellagio Fountain -  RM211 Juta

bellagio fountain

Kota Las Vegas sememangnya terkenal sebagai pusat hiburan dan kasino. Maka tidak hairanlah disana terdapat juga binaan air pancut termahal di dunia yang dikenali sebagai Bellagio Fountain. Dibina pada tahun 1998, ianya menjadi lokasi popular di Las Vegas untuk melangsungkan perkahwinan.

Air pancut ini dibina di kawasan seluas 9 ekar tasik buatan manusia di Las Vegas. Kira-kira 4400 buah lampu dan 1200 saluran air digunakan untuk menghasilkan corak air pancut yang menarik. Setiap persembahan air pancut juga diiringi dengan irama lagu popular mengikut corak air pancut.

1. The Dubai Fountain - RM921 Juta

the dubai fountain

Dubai sememangnya terkenal sebagai negara yang kaya dengan hasil minyak yang banyak. Maka, tidak hairanlah mereka mampu menghabiskan wang sebanyak ini semata-mata untuk pembinaan air pancut.

Air pancut ini boleh mengeluarkan air setinggi 900 kaki, membolehkannya mendapat status sebagai air pancut tertinggi di dunia. Ianya terletak di Tasik Burj Khalifa, iaitu sebuah tasik buatan manusia yang terletak di tengah-tengah bandar Dubai.

Kredit:

  1. WikiPedia - Fountain of Wealth
  2. WikiPedia - Multimedia Fountain Roshen
  3. WikiPedia - Buckingham Fountain



Hakcipta iluminasi.com (2017)