Oleh pada 09 Jan 2019 kategori

hotel bawah laut

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana rasanya tinggal di bawah laut, dikelilingi oleh pelbagai hidupan laut?

Jika ya, maka anda bukanlah satu-satunya yang mengimpikan pengalaman yang sangat menakjubkan ini.

Hotel bawah laut adalah antara salah satu ciptaan terbaru yang mendapat sambutan hangat, daripada Florida hinggalah ke Maldives.

Terdapat pelbagai pilihan hotel bawah laut ketika ini namun anda mestilah mempunyai poket yang tebal untuk merasai pengalaman yang tak dapat dibayangkan ini.

iluminasi.com kongsikan 5 hotel bawah laut yang paling mewah dan menakjubkan di dunia.

5. Lovers Deep - St. Lucia

lovers deep

Kapal selam mewah ini membawa anda mengalami pengalaman bawah laut yang tersangat baru dan unik.

Sebuah syarikat perjalanan British menawarkan kapal selam ini kepada pasangan yang ingin menghabiskan malam di bawah derusan ombak.

Lengkap dengan chef dan pembantu peribadi, anda akan dilayan sepenuhnya sepanjang bermalam di sini.

Sebelum anda bermalam di sini, pihak kapal selam Lovers Deep akan membuat rundingan terlebih dahulu bagaimana cara anda ingin menghabiskan masa di sini.

bilik tidur lovers deep

ruang tamu lovers deep

Bahagian dalam kapal selam ini dibina dan digayakan mengikut citarasa pelanggan bersama-sama dengan pengalaman istimewa.

Menu afrodisiak yang istimewa telah direka bentuk untuk pakej ini termasuk tiram, kaviar dan fondue coklat yang memastikan para tetamu mendapatkan apa yang mereka berhak, dengan harga mencecah RM530,000 seorang.

4. Hotel Equarius, Sentosa Resorts World - Singapura

hotel equarius resort world sentosa

Alami pengalaman di salah satu akuarium terbesar di dunia apabila anda tinggal di salah satu suite lautan eksklusif yang terletak di Hotel Equarius Hotel, Singapura.

Direka sebagai rumah dua tingkat, suite ini memberikan tetamu pengalaman terbaik di kedua-dua dunia air dan daratan.

Di atas air adalah ruang tamu terbuka, patio luaran dan tab jakuzi manakala ruangan di bawah air memberikan tetamu akses melihat 50,000 haiwan laut melalui suite peribadi mereka sendiri.

hotel equarius resort world sentosa 2

Katil premium, perabot mewah dan reka bentuk yang terbaik adalah apa boleh dijangkakan oleh para tetamu ketika mereka tinggal di sini, bersama dengan pelayan peribadi.

Waktu memberi makan mungkin salah satu waktu paling menggembirakan kerana tetamu boleh menonton penyelam menyelam ke bawah permukaan untuk berinteraksi dengan hidupan marin.

Dengan pelbagai pengalaman dan tarikan makanan, anda pasti akan menghabiskan masa lebih daripada satu malam di hotel yang menakjubkan di Sentosa Resorts World ini.

3. Utter Inn Hotel - Sweden

utter inn hotel

Projek seni terapung ini dibuka pada tahun 2000 dan menjadi tumpuan orang ramai dengan begitu pantas.

Para pengunjung tidak akan mendapatkan penginapan lima bintang atau pembantu peribadi, namun mereka akan mendapat pengalaman yang unik yang tak akan dapat dialami di mana-mana tempat di seluruh dunia.

Rumah ini terdiri daripada satu bilik di atas air dan bilik tidur yang terletak di bawah air, yang boleh diakses melalui tangga.

utter inn hotel 2

Bilik tidur bawah air ini terdiri daripada dua katil kecil dan satu meja serta mempunyai empat tingkap yang membolehkan anda melihat kehidupan laut tasik dengan lebih dekat.

Bot akan membawa anda ke hotel dan bagaimana anda ingin menghabiskan masa adalah terpulang kepada diri sendiri. Antara pilihan yang paling popular termasuklah mengayuh sampan ke pulau berhampiran dan melihat ikan melompat dari dalam air.

Menurut para pengunjung, ia adalah satu pengalaman yang harus dilalui sekali seumur hidup.

2. Atlantis, The Palm - Dubai 

atlantis the palm 3

Anda hanya akan menemui ketulan sabun yang mempunyai serpihan emas di dalamnya hanya di Dubai.

Ia juga menjadi lokasi kepada dari dua suite bawah laut yang tersangat luar biasa ini. Suite 3 tingkat ini berkeluasan 1,776 kaki persegi.

atlantis the palm 2

Terletak di Atlantis, suite-suite mewah ini memberikan pengalaman tidur di bawah air ke tahap yang berbeza.

Suite ini menawarkan pemandangan lantai-ke-siling dari bilik tidur, ruang istirahat dan bilik mandi ke dalam akuarium Ambassador Lagoon, yang terdiri daripada 65,000 hidupan laut.

Pembantu peribadi 24 jam, akses tanpa had ke taman air dan bertemu dengan ikan lumba-lumba secara peribadi adalah aktiviti yang termasuk dalam pakej berharga RM33,700 ini. 

Jika anda teringin untuk dilayan seperti seorang VIP sambil menikmati pemandangan 65,000 haiwan laut wajib datang ke The Palm, Atlantis. 

1. The Manta Resort - Pulau Pemba, Zanzibar

the manta resort

Ini mungkin bilik hotel bawah air yang terhebat dan terbaik dalam senarai ini melibatkan perkhidmatan yang disediakan dan juga yang benar-benar berada di bawah laut.

Hotel 3 tingkat ini terapung di Lautan Hindi dan menawarkan peluang kepada tetamu untuk meneroka perairan yang hangat, menikmati keindahan hidupan laut yang pelbagai dan menjamu selera pada makanan yang enak.

Perjalanan menarik ini bermula dengan menaiki bot ke hotel di mana pemandu pelancong akan menunjukkan kasawan sekitar kepada anda dan menjelaskan bagaimana semuanya berfungsi.

Tingkat utama mempunyai ruang tamu dan kemudahan bilik mandi manakala bahagian atas bumbung menyediakan tempat untuk mendapatkan cahaya matahari serta melihat bintang.

the manta resort 2

the manta resort 3

Bilik tidur adalah lokasi di mana tetamu dapat merasai pengalaman pemandangan laut yang tiada tandingannya. Anda boleh melihat ikan dan terumbu karang pada siang hari.

Pada waktu malam pula, lampu sorot akan menyinari kawasan air membolehkan anda melihat sotong kurita serta hidupan yang sangat jarang dilihat melalui tingkap bilik.

Perkhidmatan berkelas dunia, privasi sepenuhnya dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan akan menanti pengunjung di sini.


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)