Setiap era atau zaman biasanya akan menyaksikan beberapa orang kanak-kanak yang memiliki kebijaksanaan luar biasa yang dikenali sebagai "prodigi." Kebijaksanaan ini dengan bakat luar biasa mereka, berjaya menarik perhatian beberapa pihak wartawan kerana kisah mereka ini boleh disensasikan untuk menarik minat pembaca.

Dalam kebanyakan kes, seseorang prodigi dihormati umpama seorang bintang filem/sukan oleh peminat mereka. Walaupun sesetengah prodigi berjaya dalam kerjaya pilihan mereka, ada juga prodigi yang mengambil keputusan mengelakkan populariti dan melakukan sesuatu yang sama sekali berbeza daripada minat dan kepintaran mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, mari lihat beberapa orang kanak-kanak prodigi yang kurang dikenali tetapi dengan kepintaran mereka, telah meninggalkan kesan yang luar biasa di peringkat dunia. 

1. Judit Polgar

judit polg r

Dilahirkan daripada sebuah keluarga dimana bapanya adalah seorang ahli psikologi kanak-kanak, Laszlo Polgar, Judit dan dua kakaknya adalah seperti projek pendidikan untuk bapa mereka. Dilahirkan pada 23 Julai 1976, beliau adalah anak bongsu daripada tiga beradik perempuan.

Bapa Judit, Laszlo, percaya bahawa adalah mungkin untuk membesarkan anak dengan kepintaran ajaib dengan latihan awal dan keupayaan mental tidak semestinya dibentuk secara semula jadi. Kepercayaannya menjadi kenyataan apabila adik-beradik Polgár menguasai dunia catur yang didominasi lelaki.

Judit terbukti memberikan keputusan yang lebih baik apabila dia mengatasi adik-adiknya pada usia 15 tahun pada Disember 1991. Beliau menjadi pemain termuda yang pernah memenangi gelaran Grandmaster, memecahkan rekod sebelumnya yang dipegang oleh Grandmaster Amerika, Bobby Fischer.

2. Michael Kevin Kearney

michael kevin kearney

Kanak-kanak prodigi ini adalah indivdu yang paling muda menamatkan pengajian di kolej pada usia enam tahun. Dilahirkan pada 18 Januari 1984, beliau didiagnosis dengan ADHD. Beliau hanya belajar di rumah dan mengucapkan kata-kata pertamanya ketika berumur empat bulan.

Menjelang umur 14 tahun, beliau mempunyai ijazah sarjana dalam bidang biokimia dan ijazah sarjana dalam sains komputer pada usia 17 tahun. Pada usia 22 tahun, beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang kimia dan menjadi pembantu pengajar di Middle Tennessee State University.

Pada Oktober 2006, beliau menjadi finalis dalam permainan trivia-dan-teka-teki Gold Rush, memenangi $100,000. Pada November 2006, beliau memenangi hadiah utama bernilai $1 juta. Selain itu, beliau telah memenangi banyak lagi hadiah daripada pertandingan realiti yang disertainya. 

3. Colin Carlson 

colin carlson

Dilahirkan pada 1996, Colin Carlson memenangi Biasiswa Harry S. Truman pada usia 14 tahun. Kemenangannya itu telah menarik perhatian seluruh negara ketika itu. Beliau sewaktu kecilnya juga terkenal kerana menyaman Universiti Connecticut pada usia 13 tahun untuk diskriminasi umur kerana tidak dibenarkannya mengikuti lawatan sambil belajar ke Afrika.

Akhbar The New York Times ketika itu melaporkan bahawa kesnya "menekankan perkara yang lebih besar, perjuangan ramai anak muda berbakat di negara ini yang cuba bergerak dalam sistem yang sebahagian besarnya mengabaikan mereka dan paling teruk, mengakibatkan situasi negatif apabila ramai kanak-kanak yang berpotensi besar terabai".

Beliau kini merupakan Fellow Postdoctoral di SESYNC dan telah melakukan kajian mengenai implikasi kejuruteraan iklim dan penyebaran penyakit oleh nyamuk akibat pemanasan global.

4. Felix Mendelssohn

felix mendelssohn

Jakob Ludwig Felix Mendelssohn Bartholdy ialah seorang komposer Jerman dan ahli muzik yang hebat. Beliau terkenal kerana mengarang simfoni, opera, sonata piano utama, pelbagai persembahan dan muzik sampingan. Beliau mula melakukan semua ini walaupun sebelum mencapai usia 18 tahun.

Beliau adalah seorang terkenal pada zaman Romantik awal dan diketahui telah membangkitkan minat dalam muzik Johann Sebastian Bach. Beliau mengembara ke seluruh Eropah dan mengadakan konsert. Sepanjang 50 tahun yang lalu, karyanya semakin popular, walaupun kadangkala dibayangi oleh karya Beethoven dan Schumann.

5. Paul Erdös

paul erd s 692

Dikenali sebagai salah seorang ahli matematik yang paling inventif, Paul Erdös dilahirkan pada 26 Mac 1913 di Budapest, Hungary. Kedua-dua ibu bapanya adalah guru matematik dan di situlah latihan awalnya bermula.

Beliau mendaftar di Universiti Budapest pada usia 17 tahun dan menemui bukti untuk Teorem Chebyshev pada usia 20 tahun. Pada masa beliau hanyalah berusia 21 tahun tetapi sudah mempunyai ijazah kedoktoran dalam matematik.

Beliau terkenal dengan kerjanya dalam teori nombor dan kombinatorik dan juga telah memecahkan banyak masalah matematik yang tidak dapat diselesaikan sebelumnya. Beliau telah dipilih untuk menyertai banyak kumpulan saintis yang paling berprestij di dunia, termasuk Akademi Sains Hungary (1956), Akademi Sains Kebangsaan A.S. (1979) dan Persatuan Diraja British (1989).

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Classic FM
  3. Britannica Encyclopaedia




Hakcipta iluminasi.com (2017)