Oleh pada 24 Jul 2018 kategori

Dalam al-Quran kita boleh menjumpai satu terma yang digunakan sebanyak 13 kali iaitu 'fahisyah.' Perkataan itu digunakan secara jelas dalam beberapa surah seperti dalam surah Ali 'Imran ayat 135, surah An-Nisa ayat 15 dan Al A'raf ayat 28. Perkataan 'fahsha' pula digunakan 7 kali di dalam beberapa surah seperti surah Al-Baqarah ayat 169, surah Yusuf ayat 24 dan surah An-Nur ayat 21.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perkataan' fahisyah' membawa maksud 'tindakan jelik' atau 'keji' yang dilaknat kerana telah melampaui batas.

Dalam bahasa Inggeris, perkataan paling sesuai digunakan pula adalah 'immoral' atau 'immorality.' Ada lima perbuatan yang diletakkan oleh agama Islam sebagai perbuatan 'fahisyah' yang tak sepatutnya dilakukan oleh manusia. Tahukah anda perbuatan-perbuatan itu?

1. Sumbang mahram

ditangkap melakukan sumbang mahram

Salah satu ayat yang menyebut tentang sumbang mahram yang melabelkannya sebagai perbuatan keji adalah ayat dalam surah An-Nisa ayat 22 yang melarang mana-mana lelaki untuk mengahwini perempuan yang telah dinikahi oleh bapanya, baik wanita itu ibu kandungnya atau ibu tirinya.

2. Zina

zina berleluasa malaysia jenayah syariah

Perkahwinan adalah jalan untuk menghalalkan persetubuhan di antara dua orang lelaki dan perempuan, sementara zina adalah hubungan yang berlaku di antara pasangan yang belum berkahwin. Zina diletakkan di dalam perbuatan fahisya berdasarkan ayat dalam surah Al-Isra ayat 32 yang menyifatkan zina sebagai sesuatu perbuatan yang tidak bermoral.

3. Berkhalwat semasa masih berkahwin

khalwat perbuatan fahisyah

Seorang suami atau isteri yang sudah sah bernikah melakukan perbuatan yang terkutuk sekiranya mereka masih menjalinkan hubungan dengan orang lain, sehinggakan berlakunya perzinaan di antara mereka. Perkara ini dijelaskan dalam surah An-Nisa ayat 15 yang jelas menyifatkan tindakan berzina ini sebagai sesuatu yang patut diberikan hukuman yang sangat berat.

4. Homoseksualiti

homoseks perbuatan keji luar tabii

Perbuatan homoseksual merupakan satu perbuatan keji yang bukan sahaja buruk dari segi perilakunya, malahan layak dikatakan berlawanan dengan sifat manusia normal. Kisah homoseksualiti menjadi salah satu kisah penting dalam al-Quran dengan kisah Nabi Luth as. serta kaumnya di negeri Sadum menjadi fokus. Homoseksual ditakrifkan sebagai 'fahisya' beberapa kali dalam surah Al-A'raf ayat 80 dan Al-Ankabut ayat 28.

Siapa yang menganjurkan perbuatan keji ini?

syaitan menguasai manusia melalui pengaruh dan bisikan

Amat jelas sekali, tidak lain dan tidak bukan syaitan memainkan peranan yang sangat besar dalam melalaikan manusia agar melakukan perbuatan-perbuatan keji ini.

Hujahnya boleh ditemui dalam surah Al-Baqarah ayat 169 yang secara terang menyebut perbuatan 'fahisyah' dilakukan bukan atas arahan Allah swt. tetapi disebabkan oleh bisikan syaitan.

"Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." - Al-Baqarah ayat 169.

Selain itu perkataan 'fahisyah' juga boleh dijumpai dalam surah Al-Baqarah ayat 268 yang menegaskan godaan syaitan kepada manusia, adalah dengan membuatkan kita takut dengan kemiskinan akibat daripada tabiat bersedekah atau berzakat.

"Syaitan menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat keji ; sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui. - Al-Baqarah ayat 268.

Amat jelas sekali panduan ini sepatutnya bukan sahaja terpakai kepada umat Islam, malahan orang bukan Islam sekali kerana mudarat yang datang daripada empat perbuatan fahisyah ini amat besar sekali kesannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)