Sekiranya kita gemar membaca sebab-sebab terjadinya perceraian, pasti wujud alasan tidak masuk akal yang dijadikan penyebab sesuatu perceraian itu berlaku. Kejadian seperti itu pasti membuatkan kita menggelengkan kepala,.
Namun 5 sebab perceraian yang kami kumpulkan kali ini lebih tak munasabah berbanding kes-kes yang biasa kita dengar. Berikut adalah 5 penyebab perceraian paling mengarut yang benar-benar berlaku dan menyebabkan keruntuhan rumahtangga yang sudah bertahan lama, ataupun yang baru saja dibina.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Diceraikan kerana seekor unta
Seorang lelaki di Arab Saudi tidak dapat menerima gurauan isterinya berkenaan seekor unta milik ayah wanita tersebut, yang bernama Al Waleef.
Pasangan itu pergi melawat unta berkenaan dan selepas melawat unta tersebut, isterinya berkata kepada suaminya secara bergurau, dia menyayangi unta tersebut lebih daripada suaminya sendiri.
Ekoran tidak dapat menerima gurauan itu yang dilakukan di hadapan adik beradik suaminya, lelaki itu menceraikan isterinya dan menyamakan isterinya seperti seekor binatang. (rujukan)
2. Marah isteri cium mulut unta
Seorang isteri di Arab Saudi mencium seekor unta mulut ke mulut. Akibat tindakan itu, suaminya didesak oleh ibunya untuk menceraikan isterinya itu kerana telah melakukan sesuatu yang memalukan keluarga mereka.
Ibu mertua wanita itu mengatakan apa yang dilakukan oleh menantunya itu melampaui batas dan di luar daripada tabiat seorang Muslim.
Isteri lelaki itu mengatakan ciuman kepada unta itu hanyalah sesuatu yang biasa dan menyalahkan ibu mertuanya, yang dikatakan sengaja mencari sebab untuk anak lelakinya bercerai - kerana walau sudah lama berkahwin, mereka belum dapat memberikan cucu kepada ibu mertuanya. Wanita itu diceraikan pada akhirnya. (rujukan)
3. Suami bukan kaki Frozen
Seorang suami di Jepun mempunyai seorang isteri yang obses dengan filem animasi 'Frozen' terbita Disney.
Masalahnya, si suami tidak menggemari filem tersebut menjadi obsesi isterinya. Apabila disoal oleh isterinya berkenaan pandangannya terhadap filem itu, si suami yang jujur menjawab filem itu biasa-biasa saja.
Tidak dapat menerima pendapat suaminya, wanita itu menuduh suaminya tidak mempunyai sifat perikemanusiaan dan memohon perceraian kerana sudah tidak lagi sehaluan. Isterinya berpindah keluar ke rumah selepas pertengkaran mereka. (rujukan)
4. Terlupa update status Facebook
Status Facebook adalah sesuatu yang sangat penting bagi seorang isteri yang tinggal di Aurangabad, India.
Terlalu penting sehinggakan dia sanggup menuntut perceraian ekoran suaminya yang tidak menukar status perhubungan mereka yang sudah berkahwin dalam laman Facebook.
Berkahwin atas aturan keluarga, pasangan itu yang baru berkahwin dua bulan diminta untuk menjalani proses kaunseling oleh pihak mahkamah selepas isterinya membuat tuntutan cerai. Wanita itu tetap tidak dapat mempercayai niat suaminya dan menuduh suaminya sengaja tidak mahu orang lain tahu, dia sudah berpunya. (rujukan)
5. Dapat suami anak mak tahap melampau
Seorang wanita di Itali yang baru saja melangsungkan perkahwinannya, terkejut besar apabila tiba di lapangan terbang dan mendapati ibu mertuanya sedang menunggu ketibaan mereka berdua di sana.
Apabila ditanya, suaminya memberitahu yang ibunya akan mengikut mereka berdua berbulan madu di Paris, akibat kesihatan ibunya yang menurun.
Isterinya cuba membantah namun mereka bertiga tetap terbang ke Paris untuk berbulan madu.
Kejadian menjadi bertambah buruk selepas ibu mertuanya menghabiskan cuti musim sejuk bersama mereka, yang membuatkan wanita tersebut bertindak keluar daripada rumah dan pulang ke rumah ibu bapanya, sebelum memohon perceraian.
Wanita itu mengakui dia faham hubungan rapat ibu mertuanya dengan anaknya, tetapi tidak dapat menerima yang suaminya gagal membezakan hidup sebagai suami dan hidup sebagai seorang anak manja mak. (rujukan)