Kami sudah menerbitkan beberapa siri artikel yang cuba memperbetulkan persepsi masyarakat kita yang kerap memburukkan negara sendiri dalam isu perkahwinan bawah umur.

Seperti yang sudah kami jelaskan, kita sepatutnya tidak terlalu terikut-ikut dengan gesaan barat yang kerap kali dilihat cuba menetapkan kaedah yang kena dengan tekak mereka pada kita, tetapi mereka sendiri gagal mengikut apa yang mereka cadangkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kami sudah membincangkan panjang lebar berkenaan isu perkahwinan bawah umur di Amerika Syarikat serta di Eropah dan kami cadangkan kepada anda untuk turut sama memahami kebenaran sebenar tentang persepsi yang kita ada terhadap negara mereka, sebelum kita berbincang tentang negara kita.

Jadi persoalannya - adakah negara kita seteruk yang kita sangkakan? Jelas sekali tidak!

Menurut laporan yang dinyatakan dalam Parlimen, hasil penyelidikan Kementerian Dalam Negeri tidak menyatakan jumlah perkahwinan mengikut etnik dan agama secara terperinci, tetapi dipecahkan mengikut negeri yang terdapat dalam negara kita.

Berdasarkan rekod KDN, data yang diperolehi datang daripada empat sumber dengan Jabatan Agama Islam negeri merekodkan jumlah pasangan yang berkahwin bawah umur bagi pasangan beragama Islam, sementara Jabatan Pendaftaran Negara menyediakan rekod bagi pasangan bukan beragama Islam.

Bagi perkahwinan bawah umur melibatkan perkahwinan adat di kalangan masyarakat kaum peribumi di Sarawak dan Sabah, rekod datang daripada undang-undang adat serta enakmen mahkamah Anak Negeri Sabah.

Perkahwinan bawah umur dengan pasangan bawah umur bukan Islam

pernikahan bawah umur 1

Pada tahun 2017, sebanyak 147 perkahwinan melibatkan individu bawah umur bukan Islam direkodkan di seluruh negara, dengan lima negeri yang mencatatkan jumlah paling tinggi adalah Sarawak iaitu 32 orang, Johor dengan 12 orang, 10 orang di Perak dan 5 orang di Pulau Pinang dan WP Kuala Lumpur. 62 kes dianggap lain-lain tempat.

Daripada jumlah 147 orang itu, seorang berumur 13 tahun, 6 orang berumur 14 tahun, 15 orang berumur 15 tahun, 43 orang berumur 16 tahun dan 82 orang berumur 17 tahun.

Perkahwinan bawah umur bukan Islam dengan pasangan dewasa

perkahwinan bawah umur di malaysia

Seramai 212 orang kanak-kanak bukan Islam telah dikahwinkan dengan lelaki berstatus dewasa, dengan usia paling muda adalah 13 tahun melibatkan dua kes, 14 tahun 6 kes, 15 tahun sembilan kes, 16 tahun 58 kes dan majoritinya mengahwini remaja berusia 17 tahun melibatkan 137 kes. Ini merujuk kepada data KDN.

Walau demikian, sekiranya dirujuk mengikut rekod negeri-negeri pula, jumlahnya jauh berbeza dengan keseluruhan kes yang direkodkan adalah 968 kes bagi tahun 2017. Lima negeri yang mencatatkan jumlah tertinggi perkahwinan dewasa dengan kanak-kanak adalah Johor dengan 128 kes, Kedah 33 kes, Negeri Sembilan 27 kes serta Melaka dan Pahang, masing-masing mencatatkan 19 kes.

Daripada jumlah tersebut, masyarakat Cina didapati paling ramai mengahwinkan anak mereka yang bawah umur dengan pasangan dewasa, iaitu seramai 384 kes. Kumpulan etnik Sarawak mencatatkan jumlah kes kedua terbesar iaitu 268 kes, orang asli semenanjung 145 kes, kaum India 122 kes, etnik Sabah 145 kes dan lain-lain mencatatkan 18 kes.

Persepsi buruk terhadap masyarakat Muslim

perkahwinan bawah umur malaysia

Salah satu tanggapan paling buruk yang kerap diperkatakan secara tiada fakta, adalah berkenaan pendapat sesetengah pihak yang gemar mengatakan perkahwinan bawah umur lebih banyak berlaku di kalangan keluarga masyarakat Islam di Malaysia. Menerusi statistik yang dibentangkan di Parlimen, ternyata dakwaan ini tidak berasas.

Ini kerana jika dibandingkan dengan individu bukan Islam, menurut data Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah, individu Islam bawah umur yang dikahwinkan di seluruh negara berjumlah 877 orang. Tidak diketahui berapakah pecahan individu bawah umur yang dikahwinkan dengan pasangan bawah umur dan pasangan dewasa.

Menurut statistik, dalam tempoh 5 tahun daripada Januari 2013 sehingga Disember 2017, terdapat 5,362 kes permohonan pernikahan bawah umur dilakukan di seluruh negara. Majoritinya datang daripada Sarawak dengan 918 kes, Kelantan 793 kes, Johor 440 kes, Terengganu 407 kes dan Kedah 389 kes.

Sebagai bacaan tambahan, kami kongsikan kepada anda dua artikel kami yang membincangkan berkenaan isu kadar perceraian serta kadar kehamilan anak luar nikah yang kerap berlaku di negara kita. Moga artikel-artikel ini dapat memberikan gambaran sebenar serta membantu anda memahami realiti sebenar masyarakat kita.

Rujukan

Berita Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)