img 20210615 120304

Kebanyakan daripada kita menganggap bahawa kehidupan golongan manusia yang bijak pandai sudah tentulah lebih mudah kerana mereka mempunyai kelebihan berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan masalah yang mungkin sukar diselesaikan kebanyakan daripada kita.

Walau bagaimanapun, seperti semua perkara yang baik di dunia ini, golongan yang bijak pandai kecerdasan tinggi ini turut mempunyai "cabaran dalaman" tersendiri. Ya, mereka juga manusia biasa yang tidak lari daripada sebarang masalah.

Berikut merupakan sebahagian masalah yang biasanya dihadapi sebahagian besar golongan yang bijak pandai ini. Masalah yang dihadapi ini bukanlah berdasarkan pendapat atau teori semata-mata tetapi penemuan berdasarkan kajian saintifik yang dilakukan di seluruh dunia. 

1. Lebih berisiko hadapi gangguan mental

kesihatan mental

Sekiranya kita membincangkan masalah kesihatan mental seperti gangguan mood dan kegelisahan, kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa golongan ini lebih berisiko hadapi gangguan mental.

Dalam kajian yang dilakukan terhadap anggota Mensa (satu kumpulan yang dianggotai oleh dua peratus populasi umum teratas dari segi IQ), para penyelidik mendapati bahawa gangguan psikologi seperti kegelisahan lebih banyak berlaku terhadap mereka ini.

Antara teori untuk menjelaskan keadaan ini adalah bahawa kebijaksanaan yang lebih tinggi yang dimiliki mereka mempengaruhi bertindak balas terhadap cabaran luaran dengan cara yang lebih reaktif daripada biasanya. Sebagai contoh, orang yang sangat bijak mungkin lebih rentan terhadap kegelisahan di tempat kerja kerana mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai situasi yang berlaku.

2. Kesukaran bersosial apabila dewasa

masalah sosial orang berumur 640

Apabila menjejak usia dewasa, adalah normal untuk kebanyakan daripada kita akan kehilangan ramai kawan kerana masing-masing membawa haluan sendiri. Ianya merupakan satu proses biasa yang dihadapi sebahagian manusia terutamanya apabila masing-masing sudah bekerja dan berkeluarga.

Namun, apa yang mengejutkan ialah orang yang bijak pandai cenderung mempunyai hubungan yang bermasalah dengan kumpulan sosial pada usia dewasa. Penemuan ini dibuat dalam kajian yang dilakukan di Stockholm University dimana mereka melihat bagaimana IQ mempengaruhi penyesuaian bagi remaja dengan keadaan sekelilling mereka dengan skor IQ yang berbeza-beza.

Kajian ini mendapati bahawa orang yang sangat bijak agak bermasalah dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan yang semakin tua terutamanya hubungan dengan rakan dan kenalan. Mereka juga cenderung merasa kurang puas dengan kehidupan secara umumnya ketika mereka semakin tua.

3. Lebih sukar bekerja bawah tekanan tinggi

kerja bawah tekanan 124

Kemampuan bekerja dibawah tekanan terutamanya di tempat kerja merupakan satu kemahiran yang mungkin tidak dimiliki oleh orang ramai. Dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar, kemahiran ini merupakan satu kelebihan bagi seseorang individu untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Kebanyakan orang secara semula jadinya boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tekanan tinggi dan seperti yang telah dijumpai dalam kajian dilakukan, mereka kebanyakannya adalah orang yang mempunyai tahap kecerdasan yang lebih rendah daripada rakan mereka yang mempunyai IQ tinggi.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang sangat bijak cenderung tewas dalam tekanan, terutamanya apabila objektifnya berkaitan dengan prestasi dan penghargaan. Salah satu sebabnya mungkin kerana mereka cenderung lebih risau terhadap hasil kerja tersebut berbanding yang lain, kerana mereka terbiasa menghadapi cabaran dalam tahap awal kehidupan mereka yang kurang kompetitif.

4. Sukar terima pendapat orang lain

tidak terima pendapat

Apabila membicarakan tentang kepercayaan seperti kepercayaan teori Bumi adalah rata, rata-rata daripada kita mungkin menyangka golongan yang lemah IQ sahaja yang mungkin terjerumus dengan perkara-perkara mengarut sebegitu.

Perkara ini ada benarnya, namun tidak bermakna orang tinggi IQ tidak boleh terkejerumus dengan perkara-perkara sebegini. Malah, sekiranya mereka terpedaya dengan fahaman-fahaman begini, ianya sebenarnya lebih sukar untuk membetulkan fahaman mereka kerana mereka sentiasa merasa selalu benar.

Kajian menunjukkan bahawa orang yang mempunyai kemampuan kognitif yang lebih tinggi cenderung untuk tidak berganjak dari kedudukan mereka apabila sudut pandangan alternatif disajikan dengan fakta, tidak kira seberapa munasabah atau tidak masuk akal pendirian mereka sekarang.

5. Sukar capai kepuasan dalam hidup

masalah golongan bijak pandai genius ujian dugaan

Orang yang sangat bijak membesar dengan berfikir bahawa mereka dapat mencapai apa sahaja dalam dunia ini. Namun, realiti kehidupan dunia nyata tidaklah diukur bergantung pada tahap kepandaian masing-masing.

Oleh itu, kerana jangkaan diri mereka yang tidak realistik, mereka yang sangat bijak ini cenderung kurang berpuas hati dengan pencapaian mereka, walaupun kejayaan yang dicapai itu sudah cukup baik buat diri mereka sendiri. Golongan ini sentiasa merasakan mereka mampu capai lebih baik dan tidak mudah puas.

Kenyataan ini bukanlah pendapat semata-mata, tetapi turut disokong oleh kajian ke atas individu yang mempunyai IQ tinggi selama beberapa dekad yang menunjukkan bahawa kebijaksanaan tinggi secara langsung berkait dengan perasaan tidak puas pada masa-masa tua dalam hidup kerana beranggapan tidak pernah memenuhi potensi diri ketika zaman muda.

Kredit:

  1. National Library of Medicine
  2. Big Think
  3. Science Direct


Hakcipta iluminasi.com (2017)