Kira-kira 50 tahu dahulu, tatu merupakan simbol kumpulan golongan tertentu seperti pelayar laut, kumpulan penunggang motorsikal, mafia dan banyak lagi. Namun kini tatu tidak lagi ekslusif pada golongan atau kumpulan tertentu sahaja, malah orang kebanyakan juga ramai yang sudah mempunyai tatu.

Mengikut sejarah, budaya mentatu badan ini dikatakan sudah wujud daripada zaman purba Greek dan Roman lagi sebelum tersebar ke seluruh dunia dan dapat ditemui dalam kalangan masyarakat Afrika dan golongan asli Amerika. Bagi orang Islam, amalan melukis tatu adalah dilarang sama sekali.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di bawah ini adalah beberapa fakta menarik dan mungkin tidak diketahui ramai mengenai tatu.

1. Pengharaman tatu dalam undang-undang Amerika Syarikat

tatu

Di Amerika Syarikat, sudah menjadi kebiasaan apabila poster atau iklan memaparkan model yang memiliki tatu di anggota badan. Walau bagaimanapun, perkara ini sebenarnya baru sahaja dibenarkan. Ketika tahun 1960-an, tatu diharamkan sama sekali kerana serangan hepatitis pada ketika itu yang meragut banyak nyawa.

Di bandar New York, tatu diharamkan antara 1961 hingga 1997 menyebabkan pelukis tatu terpaksa menjalankan bisnes mereka secara tertutup dan tersembunyi. Di Massachusetts pula, tatu diharamkan sehingga tahun 2000 dan mereka yang didapati mempunyai tatu sebelum tahun tersebut boleh dikenakan pelbagai hukuman antaranya dipenjarakan.

2. Henna

henna

Bagi yang mungkin belum bersedia untuk mempunyai tatu secara kekal, Henna biasanya menjadi pilihan. Bahan untuk tatu Henna ini biasanya diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan dan biasanya berwarna oren/jingga cerah. Selepas beberapa hari, warnanya akan semakin gelap sebelum lama-kelamaan akan hilang. Budaya Henna ini lebih sinonim dalam masyarkat Hindu terutamanya ketika majlis perkahwinan.

Selain itu, terdapat juga Henna sintetik yang biasanya ditambah bahan p-phenylenediamine (PPD). PPD merupakan antara bahan yang boleh ditemui dalam arang membuat jalan dan dalam sesetengah kes, boleh menyebabkan kes buruk kepada kulit. Bahan ini juga bersifat karsinogen, iaitu boleh menyebabkan kanser dan leukimia.

3. Pengharaman tatu dalam Islam

tatu dan islam

Tatu sememangnya haram buat orang Islam. Larangan ini telah dinyatakan secara jelas dalam Al-Quran. Bagi mereka yang sudah mempunyai tatu sebelum memeluk agama Islam, tidaklah menjadi kewajipan untuk membuang tatu kerana proses membuang tatu itu sendiri begitu menyakitkan. 

Berkaitan tatu tidak kekal seperti Henna, walaupun ianya sinonim dengan budaya agama Hindu, budaya ini sudah menjadi ikutan bagi orang Melayu. Sekiranya anda bercadang ingin memakai Henna ketika majlis berkahwinan, fahami dahulu fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM ini.

4. Simbol gangsterisma

tatu dan gangsterisma

Orang yang mempunyai banyak tatu di badan seringkali dianggap mempunyai kaitan dengan aktiviti gangsterisma. Hal ini kerana sejak sekian lamanya, banduan-banduan di penjara barat kebiasaannya memiliki tatu yang mempunyai simbol kumpulan gangster mereka. Sebagai contoh, nombor "13" merupakan simbol bagi kumpulan Mara Salvatrucha 13 yang sangat berpengaruh di benua Amerika Tengah.

Di Jepun, Yakuza merupakan kumpulan yang begitu sinonim dengan tatu. Ahli kumpulan ini kebiasaannya akan melukis tatu di keseluruhan anggota badan mereka. Tatu yang dipanggil "irezumi" ini tidak dilukis menggunakan laser, sebaliknya dilukis dengan cara tradisional yang menyakitkan dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. 

5. Kaitan tatu dan perasaan memberontak

psikologi tatu

Dr. Kirby Farrell daripada portal Psychology Today menyatakan bahawa tatu merupakan simbolik "pasif agresif" dimana kebanyakan orang yang melukis tatu dibadan mereka sebagai simbol kemarahan dan pemberontakan terhadap sesuatu perkara. 

Pada tahun 2015, sebuah kajian oleh Professor Viren Swami daripada Anglia Ruskin University mendapati bahawa mereka yang mempunyai tatu yang banyak secara umumnya lebih agresif, ganas dan memberontak. Di seluruh dunia, terdapat juga sesetengah syarikat yang memperkenalkan polisi mengharamkan tatu pada sebahagian besar anggota badan dan hal ini semestinya menyukarkan golongan yang mempunyai tatu pada sebahagian besar anggota badan untuk mencari pekerjaan.

Kredit:

  1. The Guardian
  2. Washington Post
  3. Psychology Today



Hakcipta iluminasi.com (2017)