Pada 14 April 1912, kapal Ticanic telah karam di kawasan utara Lautan Antantik. Hanya selepas 4 hari ianya beroperasi, kapal besar ini telah bertembung dengan ketulan ais besar yang mengakibatkan hilang ribuan nyawa para penumpang Titanic. Sehingga hari ini rangka kapal masih boleh ditemui di dasar laut di sana.

Kebanyakkan orang mengetahui kisah Titanic ini melalui filem lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet namun sebenarnya banyak fakta menarik yang tidak dimuatkan di dalam filem tersebut. Kami ingin kongsikan bersama anda beberapa fakta yang menarik mengenai Titanic yang terlibat dalam salah satu kemalangan terburuk dalam sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Latihan kecemasan dan keselamatan dibatalkan pada pagi hari kejadian

titanic drills 724

Keadaan bot keselamatan semasa kapal itu karam sangat kucar-kacir, ada bot yang lari terlebih dahulu tanpa menyelamatkan mangsa secukupnya dan pelbagai lagi. Akhbar The Star melaporkan pada pagi sebelum kejadian, satu latihan kecemasan telah dibatalkan. Jika tidak mungkin misi menyelamat akan menjadi lebih teratur. Mungkin anak kapal berasa selesa dan tidak menduga tragedi akan berlaku.

2. Semua penumpang kelas ke-3 berkongsi 2 kamar mandi

Penginapan kelas ke-3 di dalam kapal Titanic sangatlah teruk. Menurut The Telegraph, ia dipenuhi dengan katil 2 tingkat tanpa cadar. Lebih teruk lagi hanya 2 kamar mandi disediakan dan dikongsi oleh lebih 700 orang penumpang kelas ke-3.

3. Titanic mempunyai akhbar hariannya sendiri

titanic bot kecemasan

Kapal Titanic mempunyai surat khabarnya sendiri dengan mesin pencetak mini. Akhbar yang dinamakan Atlantic Daily Bulletin itu diterbitkan setiap hari. Di dalamnya memuatkan berita tentang kapal,aktiviti, gosip orang ternama yang menaiki kapal dan pelbagai lagi.

4. Hanya 340 mayat sahaja yang ditemui

Menurut sumber The New York Times, hanya 340 mayat mangsa yang ditemui setelah kapal besar itu karam. Selebihnya 1,160 masih hilang di laut.

5. Seorang tukang tilik telah meramalkan tragedi itu

titanic ramalan

2 bulan sebelum kapal itu dilancarkan, seorang penumpang bernama Alice Elizabeth Fortune telah berjumpa seorang tukang tilik di Mesir. Tukang tilik itu memberitahunya “Awak di dalam bahaya setiap kali awak berada di lautan. Awak akan kehilangan segalanya kecuali nyawa”. Alice yang berumur 24 tahun ketika tragedy Titanic telah terselamat namun bapa dan abangnya terkorban. Alice merupakan salah seorang mangsa yang terselamat paling popular selepas kejadian itu

6. Titanic ialah kapal yang mempunyai kolam air panas pertama di dunia

Titanic merupakan kapal mewah yang pertama mempunyai kolam air panas. Setahun sebelum itu, sebuah lagi kapal iaitu SS Olympic juga dibina dengan kolam mandi namun tidak mempunyai sistem pemanas air.

7. Kapten kapalnya hampir bersara

titanic kapten

Menurut sumber yang dikeluarkan BBC, pelayaran Titanic ini merupakan yang terakhir untuk kapten kapalnya iaitu Edward John Smith sebelum bersara. Ramai orang yang kecewa dengan Kepten Smith—sesetengah dari mereka beranggapan dia punca tragedi paling teruk dalam sejarah akibat kelalaiannya. Sebahagian yang lain mengganggapnya wira kerana cuba menyelamatkan kapal itu sehingga diriya sendiri terkorban, karam bersama kapal.

8. Hiasan dalaman Titanic dibuat menyerupai Hotel Ritz di London

titanic ritz hotel

Hiasan dalaman gaya kontemporari ini termasuk ruang makan dengan siling bercorak dan permaidani yang empuk. Ruangan kelas pertama ini dihias menyerupai Hotel Ritz di London. Ada satu restoran kelas pertama di dalam Dek B Titanic yang dipanggil penumpang sebagai “The Ritz Restaurant”.

9. Hanya 23 orang anak kapal wanita dari keseluruhan 885 orang

titanic staff wanita 626

Sangat sedikit anak kapal wanita yang bertugas di atas Titanic. 21 orang adalah pelayan, manakala 2 lagi ialah kashier di restoran. Ketika tragedi Titanic karam, seramai 20 orang anak kapal wanita terselamat. Salah seorangnya ialah Violet Jessop (dalam gambar di atas) dan dia juga adalah salah seorang mangsa yang terselamat ketika kapal HMHS Britannic karam.

10. Mangsa terakhir yang selamat dari tragedi Titanic meninggal pada tahun 2009

titanic last survivor

Pada 2009, Millvina Dean yang merupakan mangsa yang terselamat telah meninggal dunia pada usia 97 tahun. Ketika kejadian Titanic dia baru berusia 8 minggu sahaja. Yang anehnya dia mati pada tarikh yang sama kapal Titanic karam—selang 97 tahun kemudian. Pada tahun 1998, buat pertama kalinya selepas kejadian Titanic Millvina menjejakkan kakinya ke atas kapal yang juga melalui jalan yang sama dilalui kapal Titanic.

11. Sebanyak 13 pasangan sedang berbulan madu ketika Titanic karam

titanic honeymoon 600

Semasa kejadian malang kapal Titanic itu berlaku, sebanyak 13 pasangan yang baru berkahwin dan berbulan madu di atas kapal itu. Salah satu pasangan itu ialah Mr. & Mrs. George Harder dari New York (gambar di atas). Mereka berdua terselamat namum pasangan lainnya tidak begitu bernasib baik.

12. Tukang pembuat roti Titanic terselamat kerana terlalu mabuk

titanic baker

Menurut the New York Daily news, selepas membantu menyelamatkan seberapa ramai penumpang yang boleh, tukang roti Charles Joughin minum minuman keras selama sejam sebelum terjun ke laut kerana menyangka ini adalah pengakhiran hidupnya. Ramai yang mati di dalam air kerana keadaan suhu yang sangat sejuk namun begitu Joughin terselamat walaupun berjam-jam di dalam air. Rupanya oleh kerana terlalu mabuk disebabkan alkohol yang banyak, kandungan darah di dalam badan Joughin menjadi terlalu cair untuk dia terkena hypothermia.

13. Anda sebenarnya boleh melawat rangka kapal Titanic

titanic karat

Dengan yuran sebanyak USD 60,000, anda boleh menyelam ke dasar laut Atlantik untuk melihat sendiri kapal Titanic yang telah karam itu. Syarikat menyelam Bluefish menawarkan anda khidmat jurupandu untuk anda melihat sendiri tangga, bilik dan ruangan lain di dalam Titanic. Trip itu biasanya memakan masa 11-12 jam di kedalaman 12,500 kaki. Ramai orang yang menyertai lawatan ke angkasa lepas telah datang melawat bangkai kapal Titanic ini.

14. Ketulan Iceberg itu berusia 3000 tahun

titanic iceberg

Walaupun ketulan Iceberg mengambil masa 3000 tahun untuk terbentuk, ia telah terpisah daripada glacier kemungkinan pada tahun 1910 atau 1911, hanya 2,3 tahun sebelum tragedi malang Titanic melanggarnya. Setelah ketulan Iceberg yang terkenal ini berlanggar dengan Titanic, ia menjadi cari dengan cepat kerana suhu air laut yang sedikit panas.

15. Makan malam terakhir di Titanic mempunyai 11 hidangan

titanic menu

Apabila penumpang Titanic duduk di dewan makan kelas pertama pada 14 April 1912, mereka dihidangkan dengan makanan mewah sebanyak 11 hidangan yang diilhamkan oleh tukang masak Perancis kelas atasan iaitu Auguste Escoffier. Antara hidangan yang disajikan termasuk sup krim bali, salmon rebus, Pate de foie gras, dan juga pudding Waldorf.

16. Salah satu serombong kapal Titanic tidak berfungsi

titanic corong

Titanic selalunya digambarkan dengan 4 serombong kapalnya yang megah. Akan tetapi hanya 3 sahaja yang berfungsi sebagai serombong asap manakala satu di tengah tidak berhubung pada bahagian enjin hanya sebagai saluran udara. Dalam filem Titanic, asap kelihatan keluar dari keempat-empat corong asap. Mungkin pengarah filem terlepas pandang perkara ini.

17. Tiada kenyataan bahawa kapal ini tidak akan tenggelam

titanic enjin

Berlawanan dengan mitos Titanic kononnya ia adalah kapal yang tidak mungkin akan tenggelam. Bahkan Harland dan Wolff—pereka kapal ini juga menafikannya. Hanya setelah tragedi malang Titanic karam barulah dada akhbar dipenuhi dengan kenyataan bahawa kapal ini tidak mungkin akan tenggelam.

18. Tempat pemerhatian tidak mempunyai teropong

titanic kunci

Jika pasukan pemantau mempunyai teropong pasti mereka akan menyedari iceberg yang besar di laluan kapal dengan lebih cepat. Bagaimanapun teropong yang ada dikunci di dalam kotak dan anak kapal tidak dapat mencari kuncinya. Ini kerana pemegang kunci iaitu Pegawai Kedua David Blair telah dikecualikan daripada bertugas pada saat-saat akhir dan terlupa menyerahkan kunci kepada penggantinya. 

19. Akhbar Daily Mail pada mulanya melaporkan “Tiada Nyawa Yang Terkorban”

titanik akhbar

Sehari selepas kejadian malang itu akhbar The Daily Mail melaporkan “Tiada Nyawa yang Terkorban” sebagai tajuk utama akhbarnya. Ini kerana kekurangan teknologi untuk berhubung dan mendapatkan maklumat terkini jadi mereka hanya meneka. Pada keesokkan harinya tajuk utama akhbar itu kelihatan lebih suram iaitu “Bot penyelamat dipenuhi wanita, sedikit lelaki. 868 selamat. 1,490 masih hilang”.

20. Bintang filem adalah salah seorang mangsa

titanic movie star

Bintang filem tanpa suara Amerika, Dorothy Gibson merupakan salah seorang mangsa yang terselamat dari tragedi Titanic itu. Seminggu selepas itu sahaja dia memulakan penggambaran filem popular Saved from the Titanic. Gibson memakai gaun, baju sejuk dan sarung tangan yang sama ketika malam dia diselamatkan dari kapal karam itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)