Oleh pada 04 Feb 2018 kategori

Jika terdapat satu keperluan bagi reka bentuk bangunan, strukturnya mestilah dalam kedudukan menegak. Lupakan apa-apa tujuan estetik, arkitek pasti dibuang kerja jika kriteria ini gagal dipenuhi.

Namun, beberapa arkitek telah mencuba perkara baru dan seolah-olah berani mencabar undang-undang graviti universal Newton.

Kesemua bangunan ini sukar dibayangkan, apatah lagi dibina. Meskipun begitu, semua struktur ini sah dari segi undang-undang yang ketat sebelum didirikan.

Jom lihat senarai reka bentuk bangunan yang bukan sekadar menentang ilmu logik semata-mata, tetapi juga sedap mata memandang.

1. Museum of Tomorrow

museum of tomorrow

Sumber foto: Getty Images / Eduardo Garcia

Lokasi: Rio de Janeiro, Brazil

Arkitek: Santiago Calatrava

Selesai dibina pada tahun 2015, sejumlah 1.4 juta orang telah melawat Museum of Tomorrow semasa tahun pertama ianya siap dibina, berbanding jangkaan 450,000 orang. Kini, ia menjadi muzium yang paling kerap dikunjungi di Brazil.

2. Takasugi-an (restoran teh di atas pokok)

takasugi an 463

Sumber foto: RandomlyNew

Lokasi: Chino, Nagano Prefecture, Jepun

Arkitek: Terunobu Fujimori

Takasugi-an bermaksud restoran teh yang dibina terlalu tinggi. Terletak di atas tiga pokok buah berangan, inspirasi rekaan ini diambil dari restoran teh tradisional di Jepun. Ia amat sesuai buat mereka yang suka bermeditasi.

3. Hypo Alpe-Adria Bank

hypo alpe adria bank

Sumber foto: Getty Images

Lokasi: Udine, Itali

Firma seni bina: Morphosis Architects

Keseluruhan bangunan ini sengaja dibina condong 14 darjah ke selatan. Ini membolehkan bangunan ini memelihara tenaga dan bahagian tingkat atas secara semula jadi melindungi bahagian tingkat bawah dari cahaya.

4. Cube Houses

cube houses

Sumber foto: Designing Buildings Wiki

Lokasi: Rotterdam, Belanda

Arkitek: Piet Blom

Reka bentuk 38 rumah kiub serba aneh ini mewakili sebuah perkampungan di dalam bandar. Secara praktikal, reka bentuk itu bertujuan untuk mengoptimumkan ruang dalaman rumah ini yang terletak di ruang bandar.

Bahagian atas rumah ini dicondongkan 45 darjah untuk menghasilkan kesan memeningkan. Di bahagian dalam, sinar matahari masuk dari tingkap yang banyak. Struktur ini kini menjadi tarikan pelancong yang ikonik.

5. Odeillo Solar Furnace

odeillo solar furnace

Sumber foto: Getty Images

Lokasi: Font-Romeu-Odeillo-Via, Perancis

Odeillo Solar Furnace merupakan relau suria terbesar di dunia. Lokasi ini dipilih kerana tempohnya lebih daripada 2,500 jam setahun dan kualiti cahaya matahari yang menyinari kawasan tersebut.

Relau suria merupakan struktur yang menggunakan haba suria untuk industri, dengan bantuan dari cermin parabola yang memfokuskan semua haba dalam satu titik fokus.

Suhu di titik fokus itu boleh mencapai 6,330 °F, mencukupi untuk mencairkan keluli, menjana elektrik dan membuat bahan nano atau bahan api hidrogen.

6. Balancing Barn

balancing barn 887

Sumber foto: Wikimedia Commons / William M. Connolley

Lokasi: Thorington, England

Firma seni bina: MVRDV

Di satu hujung rumah ini, para pelawat boleh menikmati alam semula jadi di aras bumi. Sementara itu, di hujung yang lain, mereka seolah-olah berada pada ketinggian di atas sebuah pokok. Fenomena ini berlaku tanpa pelawat perlu memanjat tangga.

50% dari bangunan rumah percutian ini tidak disokong, tetapi ia sangat seimbang dengan sebuah buaian yang telah dipasang pada hujungnya.

 

7. MARTa Herford

marta herford

Sumber foto: Getty Images / ullstein bild

Lokasi: Herford, Jerman

Arkitek: Frank Gehry, Hartwig Rullkötter

Muzium seni ini mempunyai sebuah patung seorang tukang rap, penyair dan pelakon terkenal di Amerika Syarikat, Tupac Shakur di bahagian pintu masuk.

8. Dancing House

dancing house

Sumber foto: Getty Images / anouchka

Lokasi: Prague, Republik Czech

Arkitek: Frank Gehry dan Vlado Milunić

Inspirasi untuk struktur unik ini berasal dari penari terkenal Fred Astaire dan Ginger Rogers. Ia seolah-olah memaparkan sebuah gerakan tarian yang dinamik.

Direka pada tahun 1992, ia kini menempatkan beberapa pejabat dan sebuah restoran Perancis di bahagian atas.

9. NORD/LB Bank

nord lb bank

Sumber foto: Getty Images / Martin Kirchner

Lokasi: Hanover, Jerman

Firma seni bina: Behnisch, Behnisch & Partner

NORD/LB Bank telah membuat pelaburan menerusi sebuah koleksi seni yang luas. Ini termasuk 3,000 karya oleh pelukis selepas zaman perang seperti Georg Baselitz, Gerhard Richter, Sol LeWitt, Jeff Koons, Jannis Kounellis dan lain-lain.

Hasil kerja tersebut dipaparkan di dalam beberapa bangunan syarikat ini.

10. Learning Hub, Nanyang Technological University

learning hub nanyang technological university

Sumber foto: Hufton + Crow

Lokasi: Singapura

Firma seni bina: Heatherwick Studio

Reka bentuk ini bertujuan untuk mempamerkan cara bagaimana bangunan akademik sepatutnya dibina. Ini membolehkan para pelajar dan profesor lebih mudah berinteraksi dalam persekitaran yang terbuka.

11. One Central Park

one central park

Sumber foto: Getty Images

Lokasi: Sydney, Australia

Arkitek: Jean Nouvel

Dengan campuran pelbagai tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan di bahagian luar binaan ini yang mencapai ketinggian hampir 165 kaki, taman tergantung secara menegak di One Central Park adalah yang tertinggi di dunia.

12. Ragnarock

ragnarock

Sumber foto: Rasmus Hjortshøj 

Lokasi: Roskilde, Denmark

Firma seni bina: MVRDV and COBE

Bandar Roskilde dipenuhi dengan kilang-kilang simen lama, yang menjadikan reka bentuk untuk Ragnarock. Muzium ini didedikasikan untuk penggemar muzik rock yang menambahkan lagi daya tarikannya.

13. Solo House

solo house

Sumber foto: Solo Houses

Lokasi: Matarraña, Sepanyol

Firma seni bina: Takei Nabeshima Architects

Walaupun belum selesai dibina, reka bentuk bangunan ini kelihatan seperti dua piramid konkrit yang terbalik di tengah-tengah sebuah hutan. Ia juga menanamkan seni bina moden terhadap alam semula jadi.

14. Heydar Aliyev Center

heydar aliyev center

Sumber foto: Getty Images

Lokasi: Baku, Azerbaijan

Arkitek: Zaha Hadid

Kepentingan reka bentuk menukik struktur ini begitu menonjol, kerana ia adalah sesuatu yang berbeza dari seni bina era Soviet yang tegar serta pernah jelas dilihat di rantau ini.

15. Cactus House

cactus house

Sumber foto: Ben Huygen

Lokasi: Amsterdam, Netherlands

Arkitek: Ben Huygen dan Jasper Jaegers

Cactus House direka tidak ubah seperti sebuah menara gergasi Jenga. Setiap peringkat projek perumahan ini memaksimumkan pendedahan cahaya matahari ke dalam balkoni, serta menggalakkan tumbuh-tumbuhan hijau.

Rujukan:

1.    Architectural Digest

2.    MSN

3.    CNN Style

4.    Cracked

5.    Web Urbanist


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)