14 tahun berkahwin masih tidak dikurniakan anak ini kenyataan terkini mark adam 1

Kredit foto: penmerah.com 

Penyanyi Fikri Mark Adam atau dikenali sebagai Mark Adam mengakui tidak pernah berasa tertekan tentang isu cahaya mata meskipun telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun.

Mark menganggap perkara tersebut sebagai soal rezeki dan akur dengan ketentuan Tuhan.

14 tahun berkahwin masih tidak dikurniakan anak ini kenyataan terkini mark adam 2

Kredit foto: propastor.blogspot.my

Tidak dinafikan memang setiap kali raya orang akan bertanya mengenai soal anak namun saya anggap pertanyaan itu adalah normal untuk diajukan kepada pasangan yang sudah berkahwin. Waktu mula-mula dulu memang ada sedikit tertekan tapi lama-kelamaan saya dan isteri rasa biasa saja. Saya dan isteri sangat sukakan budak-budak dan saya percaya pada rezeki tuhan, kita tunggu sajalah.

Sumber: Astro Gempak

Mark membuat kenyataan tersebut di Majlis Sidang Media Pelancaran Filem The Secret Life of Pets Versi Bahasa Melayu yang berlangsung di Hotel St. Regis baru-baru ini.

Beberapa selebriti lain yang turut terlibat dalam projek pengalihan suara filem tersebut adalah Nora Danish, Sherry Alhadad, Che Puan Juliana Evans, Fahrin Ahmad dan Hisyam Hamid.

Mark Adam, 37, bernikah dengan isterinya, Norazah Redzuan, 36, pada tahun 2003. 

14 tahun berkahwin masih tidak dikurniakan anak ini kenyataan terkini mark adam 3

Kredit foto: penmerah.com


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)