Rekod dunia adalah cara masyarakat menghargai perkara yang mengagumkan atau perkara hebat yang tidak mampu dilakukan oleh semua orang. Antara contoh rekod dunia yang biasa kita dengar ialah perenang atau pelari paling pantas, penembak paling handal dan banyak lagi. 

Namun, terdapat juga rekod dunia yang tidak akan anda temui dalam senarai Guinness. Berikut adalah 10 rekod jenayah yang tidak mahu dipegang oleh mana-mana orang waras sekalipun.

1. Pembakaran sengaja yang menyebabkan paling banyak kematian

Seorang penganggur pertengahan umur warganegara Korea Selatan, Kim Dae Han, adalah seorang lelaki biasa. Namun segalanya berubah pada tahun 2003 apabila dia membeli petrol bernilai RM24 dan membawanya menaiki kereta api bawah tanah. Pada penghujung perjalanannya, Han telah melakukan sesuatu yang tidak diduga.

Han telah mencurahkan petrol kepada penumpang berhampiran dan menyalakan api padanya. Perkara itu berlaku dengan pantas dan mengejutkan. Gerabak kereta api itu terbakar dengan begitu cepat dan kerusi yang terbakar melepaskan gas toksik ke dalam platform.

Sebuah lagi kereta api daripada landasan sebelah juga terkena sambaran api. Pemandu kereta api itu panik dan telah mengunci pintu keluar menyebabkan penumpang di dalamnya terperangkap. Dalam hanya setengah jam sahaja, 125 telah terbunuh. Pada masa Han disabit kesalahan, kematian mangsa meningkat sehingga 198 orang.

2. Masa paling lama dihabiskan dalam pengasingan

albert woodfox

Credit : amnesty

Bayangkan anda dikurung dalam sel kecil selama 23 jam sehari seorang diri tanpa teman. Berapa lamakah yang anda mampu bertahan? Mungkin anda mampu bertahan selama sebulan atau dua tetapi bagi Albert Woodfox, dia hidup sebegi lebih daripada 43 tahun.

Dia merupakan bekas ahli Black Panthers dan telah dimasukkan ke dalam sel berasingan setelah dituduh membunuh seorang pengawal penjara. Dua lagi banduan yang terlibat ialah Robert King dan Herman Wallace. King dibebaskan setelah 29 tahun dikurung bersendirian manakala Wallace pula dibebaskan selepas 40 tahun dan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Namun, Woodfox masih lagi kekal berada di dalamnya walaupun ada laporan yang mengatakan tiada bukti kukuh yang dapat menyabitkan Woodfox dengan jenayah itu. Menurut Woodfox, mereka bertiga dipersalahkan setelah cuba untuk mogok agar diberikan layanan yang lebih baik.

Malah, balu kepada pengawal yang terbunuh juga menganggap Woodfox tidak bersalah tetapi lelaki itu tetap dibiarkan meringkuk dalam pengasingan. Dia akhirnya dibebaskan setelah 45 tahun menjalani hukuman penjara di mana 43 tahun daripadanya berada dalam pengasingan.

3. Individu terakhir dihukum bunuh di England kerana meliwat

hukuman mati 136

John Smith dan James Pratt merupakan pasangan sesama jenis terakhir yang dihukum bunuh kerana kesalahan meliwat di England. Pada tahun 1835, Mereka berdua telah ditangkap di dalam sebuah rumah tumpangan ketika sedang melakukan hubungan seksual.

Dalam perbicaraan yang begitu singkat, hakim telah menjatuhkan hukuman mati ke atas John dan Prat. Kerana dianggap kesalahan yang besar, mahkamah malah menolak untuk menulis rekod kes itu. Pada 27 November, mereka digantung di luar Penjara Newgate.

Salah seorang pelawat terakhir mereka ialah novelis bernama Charles Dickens yang kemudian menulis kisah mereka dalam salah satu bukunya.

4. Pembunuh upahan paling muda disabit kesalahan

edgar jimenez lugo 182

Perang dadah yang berterusan di Mexico telah menyebabkan banyak kematian. Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah tentang lahirnya ramai pembunuh upahan remaja dan kanak-kanak bawah umur. Walaupun masih mentah, mereka terkenal kerana kekejaman dan keganasan yang dilakukan.

Salah seorang daripadanya ialah Edgar Jimenez Lugo. Dia yang mula menjadi pembunuh upahan sejak berumur 11 tahun. Dia ditangkap dan didakwa pada usia 14 tahun sebagai pembunuh upahan paling muda yang disabitkan.

Dia ditangkap kerana telah memenggal kepala empat lelaki di negeri Morelos di Mexico dan menggantung mayat mereka dari atas jambatan. Bukti jenayahnya itu diperoleh melalui gambar-gambar mangsa yang diambil melalui telefon pintarnya.

Oleh kerana masih dibawah umur, Lugo telah dipenjarakan dalam penjara juvana selama tiga tahun. Apa yang lebih menakutkan ialah perang dadah di Mexico mungkin akan menghasilkan lebih ramai pembunuh upahan muda seperti Lugo di luar sana.

5. Pembunuh paling tua

elizabeth barrow

Elizabeth Barrow. Credit : wcvb

Ketika menghampiri usia 100 tahun, kebanyakan daripada kita mungkin sedang berehat-rehat di rumah bersama anak-anak dan cucu-cucu tersayang. Namun tidak bagi Laura Lundquist. Pada tahun 2009 ketika berusia 98 tahun, dia menjadi pembunuh paling tua di Amerika setelah mencekik teman sebiliknya, Elizabeth Barrow, yang berusia 100 tahun sehingga mati.

Menurut siasatan yang dijalankan, Lundquist menderita penyakit demensia itu tinggal sebilik dengan mangsa di pusat jagaan orang tua. Dia menginginkan bilik itu untuk dirinya sendiri. Lundquist didakwa telah mengejek dan mengancam mangsa selama bertahun-tahun sebelum akhirnya mengikat beg plastik pada kepala mangsa pada suatu malam.

Walau bagaimanapun, pusat jagaan orang tua itu mendakwa Lundquist dan mangsa adalah sahabat baik dan sering mengatakan "saya sayang kamu" setiap malam sebelum tidur. Pembunuhan yang berlaku itu kemungkinan besar disebabkan oleh masalah mental yang dialami Lundquist.

6. Diktator paling berjaya di dunia

raja idris

Credit : face2faceafrica

Beberapa tahun yang lalu, penganalisis UCLA telah memulakan sebuah projek yang menjadi kontroversi. Melihat pada arah aliran ekonomi jangka pendek dan hubungannya dengan demokrasi, penganalisis itu telah mencipta satu senarai yang mengandungi 13 diktator yang berjaya meningkatkan kekayaan negara dalam tempoh yang singkat.

Walaupun diktator terkenal seperti António de Oliveira Salazar (Portugal) dan General Franco (Sepanyol) tersenarai dalam 13 diktator itu, tetapi seorang diktator ini begitu berjaya dan berada dalam kedudukan paling atas dalam senarai itu.

Dia ialah Raja Idris yang merupakan raja pertama dan terakhir yang memerintah dalam sejarah Libya. Dia memerintah antara tahun 1951 hingga 1969, sehingga rakyat berasa letih caranya memerintah dan menaikkan pula Muammar Gadhafi sebagai pemimpin yang baharu.

Semasa pemerintahan Raja Idris, rasuah dan kebencian terhadap negara telah melonjak naik dan berleluasa. Namun, pada ketika itu jugalah GDP per kapita negara itu meningkat naik sebanyak 9.78 kali ganda, mengalahkan keajaiban ekonomi yang dibawa oleh diktator Korea Selatan, Park Chung Hee, dan diktator Chile, Augusto Pinochet.

7. Mangsa Holocaust yang pertama

arthur kahn

Credit : huffpost

Kejadian Holocaust telah menyaksikan kematian enam juta orang Yahudi dan berjuta-juta lagi keturunan lain yang diistiharkan sebagai musuh negara oleh Nazi. Dengan jumlah kematian yang sangat besar, mustahil untuk menentukan mangsa "pertama" kejadian itu. 

Namun, menurut ahli sejarah Timothy W. Ryback, ia adalah seorang lelaki Yahudi yang dikenali dengan nama Arthur Kahn. Pada jam 5 petang, 12 April 1933, Kahn adalah mangsa pertama daripada empat orang yahudi yang dihukum mati di kem Nazi.

Tiga orang mangsa lagi iaitu Ernst Goldmann, Rudolf Benario dan Erwin Kahn juga menerima nasib yang sama beberapa saat kemudian. Mereka dibunuh di luar kampung kecil bernama Prittlbach atau lebih dikenali dengan nama Dachau.

Walaupun mungkin tentera Nazi telah membunuh orang Yahudi Jerman sebelum ini, Ryback berhujah bahawa perlaksanaan hukuman bunuh terhadap Kahn telah memulakan proses pembunuhan secara formal dan dilakukan "dengan sengaja, menurut arahan, dipilih dan dilaksanakan".

8. Individu pertama disabitkan dengan kesalahan penghapusan etnik

jean paul akayesu

Credit : irmct

Sebelum tahun 1994, Jean-Paul Akayesu adalah seorang lelaki biasa yang tidak dikenali. Sebagai datuk bandar kepada sebuah bandar sunyi bernama Taba di Rwanda, pencapaian paling penting yang sepatutnya dilakukan ialah membuka pusat membeli belah tempatan atau beberapa pusat kemudahan awam.

Namun, pada tahun 90-an Rwanda bukanlah suatu tempat yang biasa. Ketegangan etnik yang berlangsung selama bertahun-tahun sedang menghampiri ambang keganasan. Apabila ia tercetus, pekan kecil ini merupakan tempat yang penuh dengan kekejaman paling teruk dalam sejarah manusia.

Pada minggu-minggu pertama penghapusan etnik di Rwanda, Akayesu cuba menjadi wira dengan mengisytiharkan bandarnya adalah zon selamat dan bebas daripada keganasan. Malang bagi mereka yang percaya padanya, ia berakhir dengan buruk.

Pada 18 April 1994, Akayesu memakai jaket ketenteraan dan mengisytiharkan perang terhadap kaum Tutsi. Atas arahannya, anggota tentera tempatan pergi dari rumah ke rumah untuk menyeksa, membunuh dan merogol.

Selepas peristiwa hitam itu, dia didakwa oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Pada 5 September 1998, dia merupakan orang pertama dalam sejarah untuk disabitkan dengan kesalahan penghapusan etnik.

9. Diktator paling muda

jean claude baby doc

Credit : ccij

Walaupun mempunyai kecenderungan yang sama untuk mewarisi kepada kaum keluarga sahaja, pemerintahan diktator yang tulen berbeza daripada monarki mutlak kerana mereka jarang melantik seorang kanak-kanak memegang "takhta".

Malah, Kim Jong-Un yang merupakan diktator terkenal pada hari ini juga mewarisi takhta bapanya ketika berusia lewat dua puluhan. Akan tetapi, apabila diktator Haiti, Francois "Papa Doc" Duvalier meninggal dunia pada tahun 1971, anak iaitu Jean-Claude "Bebe Doc" yang masih remaja telah mengambil alih kawalan negara.

Bebe Doc yang hanya berusia 19 tahun ketika itu tidak mempunyai pengalaman dan tidak secekap pemerintahan kuku besi bapanya. Dia malah lebih kejam daripada bapanya untuk terus kekal berkuasa. Amnesty International kini menuduh dia melakukan beribu-ribu penyeksaan, penculikan, menjatuhkan hukuman mati secara tidak adil dan banyak lagi kesalahan semasa pemerintahannya.

Jean-Claude "Bebe Doc" akhirnya diguling oleh rakyat Haiti dan berjaya menjatuhkannya pada tahun 1986. Sementara menunggu perbicaraan, Bebe Doc telah melarikan diri ke Perancis dengan membawa bersama harta negara yang dicurinya. Dia akhirnya kembali ke Haiti dan dibicarakan atas salah lakunya.

10. Kes bunuh dari paling banyak mengorbankan nyawa

gamit el batouty

Credit : murderpedia

Dalam era serangan bunuh diri dan tembakan rambang di sekolah yang berakhir dengan pembunuh membunuh diri mereka sendiri, adalah amat jarang bagi kita untuk mendengar kes seperti ini mengorbankan banyak nyawa.

Malah, pengebom berani mati juga amat jarang sekali mencapai jumlah mangsa seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Gamil el-Batouty ini. Dia yang merupakan juruterbang EgyptAir telah melakukan sesuatu pada tahun 1999 sehingga menjadi rekod dalam sejarah sebagai kes bunuh diri yang paling banyak mengorbankan nyawa.

Walaupun Gamil berumur hampir 60 tahun, dia mempunyai selera seks yang keterlaluan apabila sering mengganggu pekerja wanita, mendedahkan kemaluannya kepada remaja dan mengintai wanita sebarangan.

Syarikat penerbangan EgyptAir sudah muak dengan perangainya itu akhirnya bertindak untuk memecatnya. Malangnya, mereka memberitahu Gamil ketika dia sedang menerbangkan sebuah pesawat.

Gamil akhirnya bertindak balas terhadap berita pemecatan itu dengan menghempaskan pesawat yang dipandunya itu ke atas lautan. Kesemua 217 orang yang berada di atas kapal terbang itu terkorban. Jumlah kematian ini adalah jauh lebih tinggi daripada mana-mana kes pengeboman dalam sejarah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)