Oleh pada 03 Jan 2018 kategori

Monterey Car Week merupakan antara pameran automobil paling ditunggu-tunggu ramai dan menjanjikan kepuasan maksimum. Para pengunjung terdiri daripada golongan berada yang mendambakan barisan kereta dengan reka bentuk unik dan berkuasa tinggi.

Bagaikan sebuah acara permaidani merah Oscars, ia dipenuhi dengan kereta edisi terhad  yang mewah dan klasik. Kebanyakan model yang dipersembahkan adalah satu seumpamanya. 

Berikut adalah 10 debut kereta serba baru atau kereta konsep yang paling hebat dari acara tahun lepas.

10. Lucid Air

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber foto: Topspeed.com

Inilah kenderaan prototaip baru yang ditawarkan oleh Lucid Motors kepada pembeli. Kereta mewah elektrik ini bersaing dengan Tesla Model S. Lucid Motors akhirnya mempunyai sebuah prototaip yang mampu mencapai kelajuan tertinggi, iaitu 235 batu sejam.

Pra-tempahan untuk sedan tersebut kini mula dibuka dan respon diberikan orang ramai adalah amat menggalakkan. Namun, pelanggan perlu menunggu sehingga tahun 2019 untuk mendapat kereta tersebut.

Harga yang ditawarkan adalah antara $60,000 seunit untuk model 400-hp dengan jarak 240 batu. Manakala, model 1,000-hp dengan jarak 400 batu menelan kos lebih daripada $100,000.

9. Ken Okuyama Code o-Zero

ken okuyama code o zero

Sumber foto: Drew Phillips / autoblog.com

Ken Okuyama adalah tulang belakang di sebalik reka bentuk epik enjin Ferrari Enzo. Beliau juga pernah terlibat dengan pameran kereta tersebut sebelum ini.

Tahun ini, beliau membawa model Code o-Zero yang kelihatan seperti Lamborghini. Bentuk rekaan ini menyembunyikan Lamborghini V12 yang mid-mounted. Aksen hijau yang ditambah menjadi penyeri.

Model satu seumpamanya ini digambarkan sebagai bertentangan dengan reka bentuk kereta sport moden. Pada masa sama, ia mengingatkan kepada supercar lama dari tahun 1970an dan 1980an.

8. Rimac Concept_One

rimac concept one

Sumber foto: newatlas.com

Tidak seperti Lucid Air, Rimac Concept_One kelihatan sungguh bergaya di atas jalan raya. Hypercar elektrik berharga jutaan dolar ini dikeluarkan secara terhad kepada 8 unit sahaja.

Rimac Concept_One didatangkan dengan lebih daripada 1,000 kuasa kuda dan mempunyai 4 motor elektrik. Ia juga didakwa boleh mencecah kelajuan lebuhraya di bawah 3 saat.

Richard Hammond dari siri televisyen "The Grand Tour" pernah terlibat dalam kemalangan yang teruk sewaktu memandu kereta ini, sehingga menjadi isu sensasi.

7. Jaguar XE SV Project 8

jaguar xe sv project 8

Sumber foto: newatlas.com

Jaguar XE SV edisi terhad ini memiliki hampir 600 kuasa kuda daripada V8 yang telah dicas lampau. Model ini didatangkan dengan keupayaan badan aerodinamiknya yang luar biasa.

Ia juga menguasai pacuan semua roda untuk pergerakan dan bukannya pergelinciran. Prestasi model ini turut dibantu oleh "adaptive suspension setup" dan brek seramik karbon.

Dengan kelebihan yang ditawarkan dan jualan terhad iaitu 300 unit, super sedan berharga $190,000 ini kemungkinan sudah habis dijual.

6. Pagani Huayra Roadster

pagani huayra roadster

Sumber foto: newatlas.com

Pameran ini turut buat julung kalinya menampilkan Huayra Roadster oleh Amerika Utara. Sememangnya, kereta bernilai $2.4 juta itu kelihatan sama cantik seperti ia mula ditunjukkan di Geneva Motor Show pada bulan Mac.

Sedikit ringan berbanding kereta coupĂ©, hypercar ini menggunakan motor AMG V12 7.0 liter. Ia juga cukup pantas untuk mencapai kelajuan lebuh raya dalam masa kurang dari 3 saat. Pagani juga mendedahkan projek peribadinya, Zonda HP Barchetta. 

5. Acura ARX-05 Race Car

acura arx 05 race car

Sumber foto: Nathan Leach-Proffer / Motor1.com

Acura ARX-05 Race Car dijadikan sebagai kereta perlumbaan prototaip terbaru untuk kejuaraan perlumbaan yang bakal menguji ketahanan model ini. Misi penting ini akan dijalankan oleh pasukan Penske. Dane Cameron dan Juan Pablo Montoya bertindak sebagai pemandu.

Kenderaan ini menggunakan enjin V6 3.5 liter turbocharged, tidak jauh berbeza dari model keluaran Acura yang lain. Nantikan penampilan kereta lumba dengan luaran serba ganas ini yang bakal bertanding buat pertama kali di Rolex 24, Daytona. 

4. BMW Z4 Concept

bmw z4 concept

Sumber foto: Youtube Carspotter Jeroen

Rekaan BMW Z4 Concept sememangnya menawan untuk menambat hati sesiapa sahaja. Tidak banyak maklumat yang dikeluarkan. Toyota juga berkemungkinan besar akan mengeluarkan Toyota Supra. Ia dilaporkan menggunakan platform yang sama dan amat serupa dengan model ini. 

3. Mercedes-Maybach Vision 6 Cabriolet

mercedes maybach vision 6 cabriolet

Sumber foto: Youtube AutoGuide.com

Memperkenalkan kereta berhud elektrik berkuasa tinggi dan ultra mewah, Mercedes-Maybach Vision 6 Cabriolet. Model ini mempunyai 750 kuasa kuda dan julat 200 batu.

Nombor 6 pada namanya mewakili kepanjangan 6 meter atau 20 kaki yang dimiliki. Kemasan cat biru yang dan roda yang memukau menjadikan kereta ini cukup menonjol. Hiasan dalamannya juga didakwa antara yang paling mewah pernah dilihat.

2. BMW 8 Series Concept

bmw 8 series concept

Sumber foto: automotiverhythms.com

Menakjubkan, itulah satu perkataan yang boleh menggambarkan BMW Concept 8 Series. Ia dikatakan mampu menandingi kereta coupe mewah, Lexus LC. Rekaannya juga cukup besar dan menawan.

Kereta konsep ini menjadi penanda aras keluaran utama kereta coupe oleh syarikat milik Jerman ini pada masa akan datang.

1. Infiniti Prototype 9

infiniti prototype 9

Sumber foto: Miles Branman / digitaltrends.com

Menduduki tangga teratas ialah kereta keluaran Jepun, Infiniti Prototype 9. Kereta konsep yang dilhamkan dari kereta lumba pra-peperangan ini sangat mencuri tumpuan ramai.

Terdapat banyak isyarat reka bentuk yang menarik pada model ini. Paling mengagumkan ialah powertrain elektrik di dalam badannya yang agak kecil itu. 

Kepingan logam yang terdedah adalah suatu ciri throwback yang begitu mengancam. Dengan berat kurang dari 2,000 paun, kereta ini sememangnya laju, jika ia adalah sebuah kereta sebenar.

Pendek kata, idea fantasi liar yang dihasilkan pada Infiniti Prototype 9 adalah di luar jangkaan.

Rujukan: AutoGuide.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)