Tak perlu diberitahu lagi yang merokok membahayakan kesihatan. Kanak-kanak kecil pun tahu. Kita sering membincangkan keburukan merokok kepada tubuh badan perokok dan juga mereka di sekeliling.

Namun, merokok juga mempunyai keburukan yang boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar. Tahukah anda rokok menghasilkan 2 bahan kimia utama yang mencemarkan alam sekitar iaitu karbon dioksida dan metana?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kesan kepada udara

kesan rokok kepada bumi

Ya, jika anda menghisap sebatang rokok, ia tidaklah terlalu mencemarkan alam sekitar, tetapi jika ramai yang menghisap? Setiap tahun, sebanyak 2.6 bilion kilogram karbon dioksida dan 5.2 bilion kilogram metana dilepaskan ke udara akibat merokok.

Sebanyak 7,000 bahan kimia terhasil apabila rokok dinyalakan dan tak mengejutkan jika statistik menunjukkan 600,000 nyawa orang sekeliling perokok terkorban disebabkan rokok.

kesan rokok kepada bumi 2

Malah, sebelum sebatang rokok itu dinyalakan lagi, pencemaran disebabkannya sudah berlaku. Penghasilan rokok telah menyebabkan pencemaran yang amat buruk bermula daripada tembakau ditanam sehinggalah sebatang rokok dihasilkan. 

Kesan kepada tanah

kesan rokok kepada bumi 4

Menurut Organisasi Kesihatan Dunia, penanaman tembakau menyumbang kepada 2 hingga 4 peratus kesan pembalakan global serta meningkatkan suhu dunia.

Penanaman tembakau yang berleluasa membuatkan nutrien dalam tanah seperti potasium, nitrogen dan fosforus dalam tanah semakin merosot.

kesan rokok kepada bumi 6

Dalam jangka masa panjang, jika tiada pertukaran tanaman, gangguan nutrien tanah akan berlaku dan akan menyebabkan berlakunya tanah rosak bertukar menjadi seperti padang pasir.

Selain itu, dianggarkan sebanyak 17,000 nyawa terkorban setiap tahun di seluruh dunia akibat api yang berpunca daripada puntung rokok yang dibuang merata-rata atau pemetik api. 

kesan rokok kepada bumi 3

Dalam sebuah survey oleh Ocean Corservancy, puntung rokok merupakaan sampah individu yang paling banyak di jumpai di dunia. Di Amerika Syarikat sahaja, sebanyak 79.8 juta kilogram puntung rokok dipungut setiap tahun dan sebanyak 4.5 trilion sampaah dari rokok telah mengotori bumi di serata dunia. 

Kesan kepada air

kesan rokok kepada bumi 8

Pada tahun 2009, dianggarkan sebanyak 3,216,991 rokok atau puntung rokok dipungut di tepi pantai dan kawasan pedalaman di seluruh dunia, menurut Ocean Conservancy. Jumlah ini tak termasuk 18,555 pemetik api, 74,399 penapis rokok dan 36,397 kotak rokok.

Kandungan kimia yang terdapat dalam penapis rokok yang telah dihisap menyebabkan bahan kimia berbahaya seperti arsenik, aseton, ammonia, benzene, kadmium, formaldehid, toluene dan plumbum jika ia masuk ke dalam air. 

kesan rokok kepada bumi 7

Malah, ikan-ikan juga menjadi mangsa kerana termakan puntung rokok. Satu puntung rokok mampu membunuh seekor ikan yang hidup dalam sebuah bekas berisi 1 liter air.




Hakcipta iluminasi.com (2017)