Korea Utara sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai pasukan ketenteraan yang kuat disamping memiliki program senjata nuklear yang sangat berbahaya. 

Rejim yang dipimpin oleh Supreme Leader Kim Jong-Un yang sangat berani dan "samseng" ini kelihatan lebih menakutkan bagi negara-negara luar disebabkan tak banyak maklumat yang diketahui mengenai mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walaupun begitu, iluminasi.com ingin berkongsi dengan para pembaca 10 fakta menakutkan dan menyeramkan mengenai pasukan tentera Korea Utara.

1. Tiada siapa tahu bajet ketenteraan Korea Utara

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 6

Di Korea Utara terdapat satu polisi yang diberi nama "songun" yang memberikan keutamaan kepada ketenteraan melebihi fungsi kerajaan yang lain. Fakta ini agak tragik kerana ketika mana rakyat negara ini sedang kelaparan, wang-wang kerajaan masih disalurkan untuk kegunaan ketenteraan.

Namun, tak ada siapa yang tahu berapa banyak dana yang digunakan untuk tujuan ini, melainkan Kim Jong-Un dan konco-konconya. Menurut Korea Utara, ia melibatkan kewangan negara sebanyak 15.8%, namun pihak lain menganggarkan di antara 25% hingga 38%. 

Walaupun Korea Utara sentiasa berada dalam kesempitan kewangan namun mereka tak akan mengurangkan dana ketenteraan.

 2. Kekuatan pasukan tentera yang sangat besar

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 5

Korea Utara mempunyai di antara 1.5 hingga 6 juta pasukan terlatih yang sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk berperang jika ia berlaku. Hampir semua golongan lelaki di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas dan latihan, kerana ia diwajibkan. 

Jadi, sesiapa sahaja mampu untuk menggalas tugas sebagai tentera bila-bila masa jika dipanggil oleh kerajaan Kim Jong-Un.

3. Memiliki program laser terlarang

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 4

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengharamkan penggunaan laser, namun Korea Utara masih mempunyai fasiliti laser ini. Sebelum menghentikan program laser mereka, China menghasilkan lebih daripada 20 laser ZM-87 tetapi Korea Utara masih memilikinya dan tidak diketahui berapa jumlahnya

4. Jumlah kapal selam setanding Amerika Syarikat

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 3

Ketika ini Amerika Syarikat mempunyai 72 buah kapal selam, manakala Korea Utara mempunyai di antara 72 hingga 75 unit yang sama. Namun Amerika Syarikat berkelebihan dari segi kapal selam kerana kapal mereka mampu membawa berpuluh-puluh peluru berpandu.

Armada kapal selam milik Korea Utara adalah sama ada dari era 1950-an model Soviet atau peronda pantai.

5. Memiliki beberapa unit peperangan siber

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara

Seperti negara-negara lain, Korea Utara juga mempunyai unit perang siber yang dikenali sebagai Biro 121. Dan ya, mereka juga mampu menggodam. Kemahiran dan kehebatan menggodam oleh Korea Utara menjadi popular di seluruh dunia ketika serangan Sony 2014.

Namun, sehingga kejadian ini, Biro 121 telah berjaya menggodam berpuluh-puluh ribu komputer, bank-bank, organisasi kerajaan dan juga pejabat presiden Korea Selatan. Mereka juga mempunyai unit siber berpangkalan di China.

6. Khidmat ketentaraan wajib bagi wanita

awek cun tentera askar korea utara

Di Korea Utara, wanita berusia 18 tahun dan ke atas diwajibkan untuk berkhidmat selama sepuluh tahun dalam angkatan tentera. Namun baru-baru ini dilaporkan bahawa umur sebenar diwajibkan berkhidmat adalah 13 tahun.

Mereka ini biasanya bermula sebagai askar di bahagian hadapan dan tidak mahir serta diberikan peralatan yang sedikit. Mereka dijadikan simpanan kepada unit elit.

Untuk mengatasi masalah kelahiran yang rendah dan kadar kematian yang tinggi, Kim Jong-Un memerintahkan supaya wanita juga diserapkan walaupun untuk jangka masa pendek, sehingga mereka berusia 23 tahun.

7. Memiliki senjata kimia misteri

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 8 56

Apa yang diketahui oleh dunia luar adalah Korea Utara memiliki program senjata kimia yang sangat kuat. Berkenaan jenis apa dan berapa banyak, tiada siapa yang tahu. Walaupun rejim Korea Utara tidak pernah berundur dari ancaman nuklear, Kim Jong-Un jarang menyebut tentang senjata kimi.

Namun menurut pembelot Korea Utara, rejim ini mempunyai kesemua senjata kimia bermula daripada senjata tradisional Perang Dunia Pertama seperti klorin, fosgen dan gas mustard sehinggalah agen saraf moden seperti sarin dan XV.

Terdapat tuduhan daripada pembelot-pembelot ini bahawa agen-agen saraf ini diuji ke atas banduan politik di kem tahanan.

8. Mempunyai "Hitler muda"

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 10

Bukan namanya diktator lah jika tidak mengeksploitasi kanak-kanak menjadi tentera. Dikenali sebagai Young Red Guards yang ditubuhkan pada 1970, kanak-kanak ini berkhidmat tentera muda kepada pasukan tentera Korea Utara.

Mereka berusia di antara 15 hingga 17 tahun, dan menjalani 10 hingga 15 hari latihan tentera bagi menyiapkan mereka untuk penyerapan apabila berusia 18 tahun.

9. Pengebom nuklear berani mati

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 9

Jika Jepun mempunyai tentera kamikaze, begitu juga dengan Korea Utara. Dunia dikejutkan pada tahun 2013 melihat barisan tentera Korea Utara membawa beg yang mempunyai simbol antarabangsa bagi kuasa nuklear.

Petunjuk awal dari mereka ini membuatkan dunia luar menjadi bimbang. Adakah rejim ini mempunyai senjata nuklear mudah alih? Mungkin tidak, mungkin ya. Namun ia mendedahkan pelan masa depan rejim pimpinan Supreme Leader ini.

10. Mempunyai jumlah tentera per kapita paling tinggi di dunia

10 fakta menyeramkan mengenai pasukan tentera korea utara 01

Ketika ini populasi Korea Utara adalah seramai 25.37 juta. Dalam jumlah ini, seramai 47.8 daripada 1,000 populasi mereka adalah anggota tentera yang aktif. Jumlah ini adalah yang paling tinggi di dunia, dan lebih daripada 10 kali ganda berbanding Amerika Syarikat.

Rujukan:

1. Express

2. Fox News

3. NY Times

4. Emgn

5. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)