Oleh pada 17 Apr 2018 kategori

Awal tahun 2000an penuh dengan memori bagi penulis. Zaman tersebut bukan macam zaman sekarang, internet belum digunakan dengan meluas, dan You Tube pun belum ada. Dengar lagu pun menggunakan kaset dan walkman.

Di sini penulis ingin berkongsi band-band terkenal yang menjadi kegilaan suatu masa dulu (ada yang digilai sehingga kini), dengan lagu-lagu yang sangat mantap dan menjadi nostalgia buat kebanyakan kita. 

1. Green Day

green day band nostalgia

Green Day adalah sebuah kumpulan muzik punk rock yang ditubuhkan pada tahun 1986 oleh penyanyi utama yang juga pemain gitar iaitu Billie Joe Amstrong, bersama pemain bassis iaitu Mike Dirnt. Mereka berdua kemudiannya disertai pemain drum TrĂ© Cool. Band yang pernah dikenali sebagai Sweet Children ini mula dikenali selepas kejayaan album ke-3 mereka pada tahun 1994 iaitu Dookie. Lebih daripada 10 juta unit album berkenaan telah terjual di Amerika Syarikat sahaja. 

Asal: California, AS.

Tahun Aktif: 1986-kini.

Lagu Terkenal: Basket Case, Good Riddance, Boulevard of Broken Dream, etc. 

2. Coldplay

coldplay band muzik kegilaan ramai

Coldplay adalah sebuah band rock British yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh penyanyi utama yang juga pemain piano iaitu Chris Martin bersama pemain gitar utama iaitu Jonny Buckland di University College London (UCL). Kemudian band berkenaan disertai oleh Guy Berryman sebagai pemain bass. Selepas penyertaan Guy, nama asal Coldplay iaitu Pectoralz (1996-1997) ditukarkan kepada Starfish (1997-1998). Tidak lama selepas itu, Will Champion menyertai Starfish sebagai pemain drum dan vokal sokongan. Pada tahun 1998, kumpulan berkenaan menamakan semula band mereka kepada Coldplay. Band ini menempah nama di mata dunia melalui lagu 'Yellow' pada tahun 2000. 

Asal: London, UK.

Tahun Aktif: 1996-kini.

Lagu Terkenal: VIva la Vida, The Scientist, Fix You, Clocks, etc. 

3. Linkin Park

linkin park band muzik nostalgia 2000an

Linkin Park adalah sebuah kumpulan muzik rock Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1996 oleh 3 orang sahabat sekolah menengah iaitu Mike Shinoda, Rob Bourdon dan Brad Delson. Selepas tamat sekolah, mereka mengambil ahli baru iaitu Joe Hahn, Dave 'Phoenix' Farrell dan Mark Wakefield ke dalam band mereka. Selepas kegagalan untuk mendapatkan sebarang record label, Farrell dan Wakefield meninggalkan kumpulan tersebut. Penyertaan Chester Bennington dan chemistry yang terjalin antara mendiang dan Mike menghidupkan semula semangat band berkenaan. Nama band ini pada asalnya adalah Xero kemudian ditukar kepada Hybrid Theory sebelum menjadi Linkin Park.

Asal: Los Angeles, AS.

Tahun Aktif: 1996-kini.

Lagu Terkenal: In The End, Numb, Crawling, Faint, One Step Closer, etc.

4. Blink-182

blink 182 band popular 2000an

Blink-182 adalah sebuah band rock Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Tom DeLonge, Mark Hoppus dan Scott Raynor. Band berkenaan mula mendapat nama melalui gigs di Southern California sekitar awal tahun 1990an. Nama kumpulan ini sebenarnya adalah Blink, namun disebabkan nama yang sama dengan sebuah lagi band Irish, mereka membuat keputusan untuk menukarkan nama band mereka. -182 tidak membawa apa-apa makna. Blink-182 menjadi terkenal melalui kejayaan 2 buah album mereka iaitu Enema of the State (1999) dan Take Off Your Pants and Jacket (2001).

Asal: California, AS.

Tahun Aktif: 1992-2005, 2009-kini.

Lagu Terkenal: The Rock Show, I Miss You, All the Small Things, Adam's Song, etc.

5. Muse

muse band muzik terkenal

Muse adalah sebuah kumpulan band rock English yang ditubuhkan oleh penyanyi Matt Bellamy, Chris Wolstenholme dan Dominic Howard pada tahun 1994. Pada awalnya, kumpulan ini dinamakan Carnage Mayhem, sebelum ditukar kepada Gothic Plague. Selepas penyertaan Chris, band itu dinamakan Rocket Baby Dolls dan mereka mengenakan imej goth-glam. Selepas memenangi sebuah 'battle of the band' tempatan, ahli kumpulan berkenaan berhenti kerja untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada band mereka. Band berkenaan sekali lagi menukar nama, kepada 'Muse' yang kekal hingga kini. 

Asal: Devon, UK. 

Tahun Aktif: 1994-kini.

Lagu Terkenal: Starlight, Time is Running Out, Plug in Baby, Supermassive Black Hole, etc. 

6. System of A Down 

system of a down soad band terkenal tahun 2000an

System of A Down (SOAD) yang turut dikenali sebagai System, adalah sebuah kumpulan band rock heavy metal Armenia-Amerika yang ditubuhkan di California pada tahun 1994 oleh Serj Tankian, Daron Malakian dan Alex Pilibos. Band berkenaan mencapai kejayaan melalui 5 album mereka, yang 3 daripadanya berjaya mendapat tempat teratas dalam senarai Billboard 200. SOAD sehingga kini telah berjaya menjual lebih daripada 40 juta unit album di seluruh dunia.

Asal: California, AS.

Tahun Aktif: 1994-2006, 2010-kini.

Lagu Terkenal: Chop Suey!, B.Y.O.B., Aerials, Cigaro, Aerials, Toxicity, etc. 

7. My Chemical Romance 

my chemical romance lagu best

My Chemical Romance (MCR) adalah sebuah band rock AS yang ditubuhkan oleh Gerard Way dan Matt Pelissier sejurus selepas serangan 11 September 2001. Menjadi saksi kepada kejadian berkenaan mempengaruhi kehidupan Way, membuatkan beliau menubuhkan sebuah band. Beliau menulis lagu 'Skylines and Turnstiles' bagi meluahkan perasaan berkenaan insiden tersebut. Band berkenaan mula mencapai kejayaan melalui album debut iaitu I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love pada tahun 2002.

Asal: New Jersey, AS.

Tahun Aktif: 2001-2013.

Lagu Terkenal: Welcome to the Black Parade, Helena, Famous Last Words, etc.

8. Avenged Sevenfold (A7X)

avenged sevenfold a7x aiman tino

Avenged Sevenfold atau turut dikenali sebagai A7X adalah sebuah kumpulan band dengan pembawakan heavy metal dari Huntington Beach, California. Ditubuhkan pada tahun 1999, band ini dimulakan oleh M. Shadows, Zacky Vengeance, The Rev dan Matt Wendt. Nama band ini sebenarnya dicadangkan oleh Shadows, sebagai rujukan kepada kisah Cain dan Abel (Habil dan Qabil) di dalam kitab Bible. Sehingga hari ini, A7X telah menghasilkan 7 album studio, 1 live album, 2 kompilasi album dan 18 singles dan telah berjaya menjual 8 juta album di seluruh dunia. 

Asal: California, AS.

Tahun Aktif: 1999-kini. 

Lagu Terkenal: Hail to the King, So Far Away, Dear God, Bat Country, Afterlife, etc. 

9. Maroon 5

maroon 5 band terkenal

Siapa tidak kenal Adam Levine yang menjadi kegilaan gadis-gadis di luar sana kerana rupa paras yang kacak serta badan yang tegap. Adam Levine bersama Jesse Carmichael (keyboardist), Mickey Madden (bassist), dan Ryan Dusick (Drummer) telah menubuhkan sebuah band iaitu Kara's Flowers ketika masih di sekolah menengah pada tahun 1994.

Band ini kemudiannya menjadi Maroon 5 pada tahun 1999, dengan penambahan seorang lagi pemain gitar iaitu James Valentine. Maroon 5 mula mendapat perhatian melalui lagu Harder to Breathe, yang kerap diulang main di radio-radio utama dan akhirnya mencapai kedudukan ke-6 dalam Billboard 200. 

Asal: Los Angeles, California, AS.

Tahun Aktif: 1994-kini.

Lagu Terkenal: This Love, Payphone, Sunday Morning, Won't Go Home Without You.

10. Bullet for My Valentine (BFMV)

bullet for my valentine band lagu nostalgia

Bullet for My Valentine adalah sebuah band heavy metal yang berasal dari Bridgend, Wales. BFMV ditubuhkan oleh Matthew Tuck, Michael 'Padge' Paget, Nick Crandle dan Michael 'Moose' Thomas ketika mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Bridgend College. Mereka bermula dengan bermain lagu-lagu Nirvana dan Metallica. 

Album pertama mereka, The Poison telah dikeluarkan pada 3 Oktober 2005 di UK, dan pada 14 Februari 2006 di AS iaitu pada hari Valentine, sebagai pengiktirafan kepada nama band berkenaan. Sehingga kini, BFMV telah menjual lebih 1 juta album di AS sahaja, dan lebih 5 juta di seluruh dunia.  

Asal: Wales, UK. 

Tahun Aktif: 1998-kini.

Lagu Terkenal: Tears Don't Fall, Hand of Blood, Suffocating Under Words of Sorrow.

Adakah anda setuju dengan senarai-senarai ini?


tags : , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)