Oleh pada 25 Sep 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Episod permulaan rancangan realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza 10 (GV10) mengekalkan perhatian penonton dengan membawa semula para juara dan bintang GV yang terpilih untuk duduk di posisi 'hot seat'.

Edisi istimewa dinamakan 'All Stars Gegar Vaganza' itu menghiburkan penonton dengan pertarungan vokal antara 10 bekas juara dari musim pertama hingga kesembilan, membabitkan Ayai Illusi, Siti Nordiana, Azharina Azhar, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Naqiu (Boboy), Hady Mirza, Cliff Umar, Aliff Aziz dan Jaclyn Victor.

Tidak ketinggalan kuota 'hot seat' menyaksikan kehadiran enam penyanyi handalan iaitu Zamani (Slam), Liza Hanim, Ezad Lazim (Exists), Tomok (New Boyz), Nikki Palikat dan Suki Low.

Prestasi para bintang dinilai oleh juri tetap, yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang, yang berperanan sebagai juri serta pengkritik.

Dengan markah sebanyak 80.75%, penyanyi Naqiu berjaya mencuri tumpuan dalam membawakan lagu Di Bawah Pohon Asmara nyanyian asal oleh Jaclyn Victor. Di sisi lain, Cliff Umar menerima markah terendah dalam kalangan mereka dengan hanya 50.50%, tetapi tetap memberikan persembahan yang memberangsangkan dengan lagu Sayang Sayang rakaman asal oleh Aliff Aziz.

Berikut adalah rekod markah yang diberikan oleh juri kepada peserta berdasarkan persembahan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

            

gegar vaganza 25657

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 10 (2023) Minggu Pertama

1. Naqiu (Di Bawah Pohon Asmara) - 80.75%

2. Liza Hanim (Jangan Kau Mimpi) - 79.00%

3. Jaclyn Victor (Janji Manismu) - 71.75%

4. Nikki Palikat (Bertakhta Di Hati) - 71.25%

5. Hady Mirza (Segalanya Ku Terima) - 70.00%

6. Noryn Aziz (Ikut Rentakku) - 68.75%

7. Ezad (Kembali Terjalin) - 65.50%

8. Aliff Aziz (Wanita Seluruh Dunia) - 64.00%

9. Tomok (Kata) - 63.25%

10. Zamani (Langkah Seiringan) - 61.25%

11. Azharina (Angkara) - 59.75%

12. Suki (Hanya Di Mercu) - 58.50%

13. Ayai (Cinta Beralih Arah) - 55.50%

14. Siti Nordiana (Beribu Sesalan) - 54.00%

15. Aishah (Gemilang) - 51.25%

16. Cliff Umar (Sayang Sayang) - 50.50%

         

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2023 All Stars (Musim 10)

Baca: Biodata Penyanyi Ayai Illusi, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

Baca: Biodata Penyanyi Azharina Azhar, Peserta Gegar Vaganza 2023 All Stars Musim 10 (GV10)

           

Minggu pengenalan ini tidak mengumumkan sebarang penyingkiran peserta.

Musim yang juga dikenali sebagai 'Gegar Vaganza X' itu dibawakan oleh hos terkenal negara, iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlein dan Jihan Muse. Rancangan ini disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap hari Ahad, bermula 24 September 2023, pukul 9 malam. Peminat juga boleh mengaksesnya di platform On Demand di Astro Box, aplikasi Astro Go dan Sooka untuk tontonan secara dalam talian (online).

Untuk keterangan mengenai format penjurian, hadiah yang ditawarkan dan info lengkap mengenai rancangan ini, rujuk artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 10 (2023)

          

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2023 Live + Minggu 1

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)