Oleh pada 23 Jun 2018 kategori

Seorang wanita berusia 31 tahun dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Temerloh di Pahang pagi semalam atas tuduhan membunuh dengan mengelar leher anak lelakinya berusia 19 bulan di Maran.

Asmani Mat, 31 tahun dikatakan melakukan perbuatan kejam itu dalam sebuah bilik di rumah keluarga tersebut di Felda Jengka 13 antara pukul 8.30 dan 9 malam.

Suri rumah berkenaan tiba di mahkamah dalam keadaan tenang tetapi kelihatan bingung.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si.

Pertuduhan dilakukan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh menerima hukuman gantung sampai mati.  

   

Menerusi insiden 17 Jun lepas, Asmani Mat didakwa mengelar sehingga mati anak bongsunya itu, Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 20 Julai ini di Mahkamah Majistret Maran, Pahang. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustafa.  

Manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam dilihat mempunyai masalah mental seperti tidak fokus. 

Sumber:

1. Facebook Buletin TV3

2. Facebook Berita TV9

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)