aiman

Kredit foto: Astro Gempak

Khabar terkini menyatakan pihak pengurusan Aiman Tino sudah berani meletakkan harga tinggi dan tidak munasabah untuk setiap persembahan yang dijayakan penyanyi tersebut. 

Menghangatkan lagi kisah, kononnya harga yang diletakkan Aiman adalah RM10,000 untuk setiap lagu. Betul ke? 

Bagaimanapun, Aiman tampil menafikan dakwaan tersebut. 

Kata Aiman, ramai yang salah faham dengan angka RM10,000 tersebut. Bayaran tersebut adalah untuk tiga lagu dalam satu set persembahan. 

Memang saya ada mendengar keluhan sebegitu. Apa saya boleh katakan mereka tak faham dalam proses itu. Harga saya ialah RM10,000 untuk satu persembahan membabitkan tiga lagu, bukannya RM10,000 untuk satu lagu. Kalau nak tahu harga yang diberikan itu sekadar pembuka dan masih boleh dibawa berbincang. Jadi saya berharap perkara ini tak menimbulkan salah faham dan isu besar.

Aiman turut menjelaskan, soal jumlah bayaran telahpun diserahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan. Beliau tidak pernah terfikir untuk bersifat demand dengan sengaja meletakkan harga tinggi. 

Walaubagaimanapun, undangan persembahan bersama penyanyi Sufian Suhaimi adalah termasuk dalam harga pakej.

Memandangkan kami di bawah satu pengurusan, jadi mereka menawarkan harga pakej kami berdua. Saya okay saja dan tak ada masalah mengenai perkara itu.

Sumber berita: Harian Metro 


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)