Jangkitan kanser kolorektal atau kanser usus besar adalah kanser yang berlaku di bahagian kolon (usus) atau rektum (bahagian hujung usus berhampiran dubur).

Sejak tahun 1990-an, kanser kolorektal awal (penghidap bawah 50 tahun) didapati semakin meningkat secara global. Kadar ini dijangka akan meningkat lagi sebanyak 90% (kanser kolon) dan 124% (rektum) menjelang tahun 2030.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Salah satu sebab yang disyaki di sebalik trend ini ialah peningkatan penggunaan diet yang terdiri daripada daging yang diproses, gula tambahan dan bijirin halus. Diet yang sering terkandung dalam makanan ultra-proses seperti ini sering dikaitkan dengan kanser kolorektal.

Warna yang menarik minat

Salah satu aspek makanan ultra-proses yang membimbangkan adalah tentang warnanya yang terang. Warna terang ini digunakan dalam banyak makanan atau hidangan untuk membuatkannya kelihatan menarik dan sedap.

makanan ultra proses

Walau bagaimanapun, kebanyakan warna yang sering digunakan untuk membuat biskut, gula-gula, yogurt, sos salad, ais krim, bijirin segera dan air soda ini adalah sintetik atau tiruan.

Lebih mengejutkan lagi, terdapat beberapa bukti yang mendedahkan bahawa pewarna makanan tiruan ini boleh menjadi penyebab kepada kanser di dalam tubuh anda.

Pengarah Pusat Penyelidikan Kanser Kolon di Univerisi Carolina Selatan iaitu Dr. Lorne J. Hofseth telah membuat kajian mengenai kesan penggunaan pewarna makanan tiruan ke atas perkembangan kanser kolorektal.

Apa itu pewarna makanan sintetik@tiruan?

Industri makanan menggunakan pewarna tiruan untuk membuatkan makanan kelihatan lebih menarik. Pewarna makanan pertama telah dicipta daripada tar arang batu pada akhir tahun 1800-an.

pewarna tiruan 342

Hari ini, pewarna ini sering dihasilkan daripada bahan kimia yang berasaskan petroleum yang dikenali sebagai naftalena untuk membuat produk akhir makanan yang dipanggil "pewarna azo" atau azo dye.

Pengeluar makanan lebih suka menggunakan pewarna tiruan berbanding pewarna semula jadi kerana ia lebih murah, lebih berwarna terang dan tahan lebih lama.

Ratusan pewarna tiruan telah dihasilkan sejak seabad yang lalu dan kebanyakannya adalah toksik. Hanya 9 sahaja yang diluluskan untuk digunakan dalam makanan di bawah dasar Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat.

Malah, ia lebih sedikit berbanding pewarna yang diluluskan oleh peraturan Kesatuan Eropah dan negara-negara lain.

Apa penyebab kanser kolorektal?

Kerosakan DNA adalah pemacu utama kanser kolorektal. Apabila kerosakan DNA berlaku, ia boleh mengakibatkan mutasi yang memberitahu sel untuk membahagi secara tidak terkawal dan bertukar menjadi kanser.

kanser kolorektal

Satu lagi penyebab kanser kolorektal adalah keradangan. Keradangan berlaku apabila sistem imun menghantar sel radang untuk mula menyembuhkan atau menangkap patogen yang menyebabkan penyakit.

Apabila keradangan ini berterusan dari masa ke masa, ia boleh membahayakan sel yang sihat dengan melepaskan molekul yang dipanggil radikal bebas di mana ia boleh merosakkan DNA.

Satu lagi jenis molekul yang dikenali sebagai sitokin pula boleh memanjangkan keradangan dan mendorong peningkatan pembahagian sel serta perkembangan kanser dalam usus apabila tiada kecederaan untuk dirawat.

Tabiat pemakanan yang buruk pada jangka panjang juga boleh menyebabkan keradangan gred rendah yang tidak menghasilkan simptom ketara walaupun molekul keradangan terus merosakkan sel yang sihiat.

Pewarna makanan tiruan dan kanser

Walaupun semua pewarna makanan yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika diklasifikasikan tidak mengandungi bahan yang mampu menyebabkan kanser dalam tisu hidup tetapi penyelidik seperti Dr. Lorne mendapati masih terdapat risiko kesihatan lain. 

dr lorne j hofseth

Dr. Lorne J. Hofseth

Sebagai contoh, bakteria dalam usus anda boleh mencernakan pewarna sintetik kepada molekul yang diketahui boleh menyebabkan kanser. Lebih banyak kajian diperlukan tentang bagaimana cara mikrobiom berinteraksi dengan pewarna makanan sintetik ini dan risiko yang dibawanya.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pewarna makanan tiruan ini boleh mengikat DNA dan protein di dalam sel. Ada juga beberapa bukti bahawa pewarna sintetik boleh merangsang jentera keradangan badan. Kedua-dua mekanisme ini mungkin boleh menimbulkan masalah untuk kesihatan kolon dan rektum.

Penggunaan pewarna tiruan dalam makanan kanak-kanak juga sudah menjadi kelaziman dan ia agak membimbangkan. Kanak-kanak yang sedang membesar lebih mudah terdedah kepada toksin. Kajian kesan pewarna tiruan terhadap kanak-kanak perlu dilakukan dengan lebih mendalam.

Mengurangkan risiko kanser kolorektal

Memakan manakan yang mengandungi pewarna tiruan tidak akan membuatkan anda terus mendapat kanser kolorektal. Namun, diet makanan diproses buat jangka masa yang lama mungkin menjadi penyebabnya.

makanan sihat 443

Walaupun banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menghubungkan kesan pewarna tiruan dan kanser, terdapat beberapa cara untuk anda kurangkan risiko kanser kolorektal.

Kurangkan makanan berwarna yang tidak semula jadi, amalkan diet sihat, tingkatkan aktiviti fizikal dan lakukan pemeriksaan adalah langkah-langkah yang mampu mencegah daripada kanser bahaya ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)