Anda fikir anda tahu semuanya mengenai Charles dan Diana? Fikir semula. Dalam biografi baru oleh ahli sejarah Amerika Sally Bedell Smith, pendedahan yang meletakkan semua kesalahan di kaki Diana, bukannya Charles.
Bercakap di dalam dan di luar rekod itu kepada rakan-rakan dan kenalan yang tidak pernah bercakap sebelum ini, Bedell Smith mendedahkan tentang seorang puteri tidak stabil yang merbahaya dan paranoid, bertunang dengan seorang lelaki yang tahu sedikit tentang bagaimana untuk mencintai atau dicintai. "Perubahan mood secara tiba-tiba, letupan kemarahan dan merajuk berpanjangan" ciri-ciri tahun pertama perkahwinan mereka, beliau menulis di dalam buku bertajuk, Prince Charles: The Passions Dan Paradoks Of An Improbable Life.
BESARKAN TEKS A- A+
Menurut Bedell Smith, masalah itu bermula walaupun sebelum mereka berkahwin lagi. Untuk Charles, ia seolah-olah beliau terjerumus ke dalam perkahwinan yang diatur-spekulasi di akhbar tentang urusan mereka mencapai tahap yang agak teruk, sehingga bapanya, Prince Philip, menasihatinya untuk sama ada menamatkan hubungan atau mencadangkan Charles bertunang secara paksa. Tetapi ia masih tidak membahagiakan mereka. Diana menjadi paranoid dengan merasakan bahawa seluruh Istana telah cuba untuk mengawalnya dan Charles masih berharap dengan bekas kekasihnya, Camilla. Dalam perjalanan pulang dari latihan persalinan busana kedua perkahwinan mereka, Bedell Smith menyatakan Diana menangis teresak-esak di dalam kereta. Ketika berbulan madu, hubungan mereka menjadi lebih keruh - Diana menangis di bilik tidurnya, dan tidak hadir untuk makan malam dengan Ratu dan keluarga (pelanggaran protokol secara tiba-tiba). Mengalami insomnia, "dan gangguan pemakanan puteri itu yang "menurun dari hari ke hari" dan kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri menjadi semakin jelas.
"Apa pula sekarang,Diana?" Charles bertanya."Apa yang telah saya katakan sekarang yang membuat kamu menangis?" Bedell smith melaporkan."Berulang kali,beliau menjelaskan bahawa hubungannya dengan Camilla Parker Bowles adalah kisah silam. Beliu cuba menenangkan Diana, tetapi merasakan tidak mempunyai kekuatan untuk membendung kekusutan emosi puteri itu, yang mengejutkan beliau dalam keadaan yang tegang dan tiba-tiba.Hingga ke tahap kemuncaknya,beliau mula mencari perlindungan di kawasan desa Balmoral dengan kotak cat, buku-buku,galah pancing dan senapang tetapi semua itu hanya membuatkan isterinya yang masih muda itu lebih terkilan.
Seorang mentor yang lebih tua mencadangkan Charles untuk mendapatkan bantuan psikiatri, malah turut mencadangkan penggunaan Valium(sejenis dadah)-tetapi Diana menolak pengunaan dadah, menurut penulis,"yakin dalam paranoidnya bahawa Keluarga Diraja sedang mencuba untuk menenangkannya."
Akhirnya seorang ahli terapi telah dipanggil, Dr.Alan McGlashan, tetapi turut ditolak oleh Diana. Sebaliknya Charles pula yang mendapatkan bantuan McGlashan, dan menurut penulis, Charles terus menggunakan khidmatnya selama 14 tahun selepas itu."Rakan Charles, Laurence Van der Post berkata, McGlashan melihat Charles sebagai 'salah faham dan dahaga' kepada 'kasih sayang semulajadi dan spontan', dan menyediakan putera berkenaan dengan "penghormatan yang layak dimiliki oleh semangat semula jadinya"
Buku ini seterusnya menjelaskan tentang tahap cemburu Puteri itu dan kecenderungan untuk bertikam lidah dan bergaduh. Bedell Smith menyatakan, Putera itu memberitahu sepupunya Pamela Hicks, bahawa "Diana akan mengungkit secara berterusan walaupun ketika dia sedang bersembahyang. Dia 'akan memukulnya di kepala ketika Putera itu melutut.'
Kehidupan lampau Diana telah mempengaruhi ketidakstabilan mentalnya. Di dalam biografi Andrew Morton yang terkenal, (di mana Diana mengaku turut terlibat), Morton melaporkan beliau beberapa kali cuba untuk membunuh diri, menderita Bulimia (sejenis penyakit berkaitan diet pemakanan,kemurungan) berulangkali,mencederakan diri sendiri, dan kebimbangan.
Bedell Smith meletakkan kesalahan kepada kekurangan emosi di kedua-dua pihak dalam cara asuhan mereka. "Diana terseksa oleh rasa kekosongan dan ditinggalkan,beliau takut diabaikan; beliau mempunyai kesukaran untuk mengekalkan hubungan; dan beliau membuatkan orang-orang yang rapat dengannya seperti 'dicangkuk'. Akhirnya,kerana kecewa,merekameninggalkan beliau." tulis Bedell Smith.
Penjelasan lanjut tentang kemarahan Diana-yang membawa kepada beliau menjatuhkan diri sendiri ke tingkat bawah ketika mengandung, dan melukakan diri sendiri dengan pisau, serpihan kaca dan pisau cukur-menggambarkan seorang wanita yang sangat terganggu, jauh dari tanggapan 'Ratu di hati' dan "Puteri kepada rakyat' yang patut menjadi legasi selepas kematiannya.
Salah seorang bekas penasihat putera memberitahu Bedell Smith bahawa selepas bertemu Diana, beliau pernah berfikir: 'Seolah-olah terdapat rod keluli di atas belakang wanita ini. Bapa Diana, Earl Spencer, kemudian mengesahkan apabila beliau berkata: 'Diana sangat yakin dengan keputusannya dan sentiasa mengikut caranya sendiri. Saya rasa Prince Charles sedang memahaminya sekarang.'
Permusuhan Diana terhadap Charles tidak terkecuali dijelaskan oleh Bedell Smith. Dia membenci semua hobi beliau, polo beliau, lukisan beliau, berkebun, bahkan minatnya kepada Shakespeare, menurut penulis. "Diana mengejek kepadanya dengan berkata, 'Anda tidak akan menjadi Raja', dan dibuang ramai kawan-kawan lama beliau - termasuk Romseys, Palmer-Tomkinsons dan Ahli Parlimen Tory Nicholas Soames. Membenci apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan silam Charles, dia juga mendesak untuk menyingkirkan Harvey, seekor labrador(anjing) kuning, yang telah dihantar untuk tinggal dengan salah satu penasihat putera itu."
Akhirnya, pasangan itu mengambil keputusan untuk tidak tinggal sebumbung,-"Di Highgrove, yang melibatkan Charles berpindah ke bilik persalinan untuk tidur di atas katil perseorangan, bersama-sama dengan patung beruang yang dipakai pakaian yang cantik," kata Bedell Smith dalam tulisannya.
Sebagai percubaan terakhir untuk berdamai, Ketua Biskop Canterbury telah dihantar, tetapi, menurut penulis, beliau "melihat hanya 'sedikit bukti' bahawa Diana 'bersedia untuk membuatkan perkahwinan itu menjadi kenyataan' dan membuat kesimpulan 'dengan sedikit kesedihan, Charles adalah lebih berdosa daripada orang yang berdosa'."
Apabila akhirnya dinasihatkan berpisah, Bedell Smith berkata "Semua orang dalam keluarga Charles menyebelahinya, termasuk Princess Margaret, yang sebelum ini telah menunjukkan kebaikan, malahan kelembutan, kepada Diana. Prince Philip menghantar surat yang panjang kepada anaknya, memuji ketabahan beliau. "
Setelah berpisah,hubungan mereka nampaknya lebih tenang, dengan Charles sekali-sekala singgah untuk melawat dan berunding dengan beliau tentang anak-anak mereka. Tetapi seperti yang ditulis Bedell Smith: "Apabila Charles mendengar berita tentang kematian Diana semasa melalui terowong Paris dengan Dodi Al-Fayed, dia menjadi tertekan. Pada 7.15 pagi, apabila anak-anaknya terjaga, dia memberitahu mereka apa yang telah berlaku."
Kemudian, membidas dengan kesedihan, kasihan diri sendiri dan penyesalan, putera itu berpaling kepada istana beliau. 'Mereka semua akan menyalahkan saya, bukan?' Katanya sayu."
Rujukan: explosive new book details paranoia and instability that rocked a royalmarriage