Kredit foto: Instagram.com/natashaelyzza
Aktres baru, Natasha Elyzza mendedahkan sudah menganggur lebih 6 bulan, berikutan video kontroversi di aplikasi Bigo Live bersama Fathia Latiff.
Natasha memberitahu, pihak produksi kerap menggugurkan namanya setelah enggan diterima oleh beberapa stesen televisyen.
Bintang filem 'Kimchi Untuk Awak' itu berserta pelakon popular, Fathia Latiff menjadi bualan ramai selepas video Bigo Live mereka menjadi tular di internet pada September tahun lepas.
Fathia mengaku wanita yang berpakaian seksi dan menari bersama Natasha menerusi video Bigo Live itu merupakan dirinya.
Fathia juga meminta maaf kerana mempamerkan contoh yang tidak bagus secara sedar.
Dalam pada itu, Natasha memberitahu, dia telah insaf dan mengambil iktibar atas apa yang terjadi.
Dia juga mahu diberi kepercayaan untuk beraksi semula di set penggambaran kerana minatnya yang begitu mendalam terhadap bidang lakonan.
Menurutnya lagi, dia cukup merindui kerjayanya itu meskipun boleh menceburi bidang pekerjaan yang lain.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Fathia, Natasha memberitahu, mereka sudah tidak berhubung setelah kontroversi terbabit.
Namun, Natasha menegaskan yang mereka tidak bermusuhan, tetapi mengambil haluan masing-masing kerana terpaksa melalui detik yang sukar.
Sumber berita:
1. myartis.com
2. mStar Online