Oleh pada 25 Oct 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Mona Syamimi

"Apa benda yang Mona mengarut, kami putus pun tidak sampai seminggu lagi, itu pun belum betul-betul putus, tidak mungkin (Mohd Ridzuan) sudah bercinta pula dengan Mona?" 

Demikian kata seorang wanita yang dikenali sebagai Nusaiba Bakar yang terkejut apabila bekas kekasihnya didakwa menjadi teman lelaki baru Mona Syamimi.

Terdahulu, Mona yang dikaitkan dengan penyanyi Shahir itu membuat kenyataan dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Terengganu, Ridzuan.

Bagaimanapun Nusaiba yang berusia 19 tahun menganggap tindakan Mona hanyalah kerana ingin menutup kesnya dengan Shahir yang sebelum ini menafikan punya hubungan mesra dengannya.

"Saya rasa Mona sengaja gunakan Ridzuan sebab nak tutup malu sahaja. Tapi dalam hal ni saya yang malu kerana orang sekeliling fikir saya masih bersama Ridzuan dan jadi mangsa Mona," katanya lagi yang dipetik daripada portal Mstar Online.

Dalam pada itu, Nusaiba berkata, hubungannya dengan Ridzuan berakhir selepas tiga tahun kerana sikap lelaki itu sendiri.

Dia melahirkan rasa lega kerana terlepas daripada cengkaman beliau walaupun tidak menafikan masih berasa terluka.

nusaiba pula tampil dedah helah sebenar mona syamimi 2

Kredit foto: Mstar

Sebelum ini, Mona mendedahkan kepada media bagaimana dirinya didekati Shahir meskipun bintang AF Megastar itu menyifatkan hubungan mereka hanyalah antara artis dan peminat.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)