Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

Kredit foto: financialexpress.com

Netizen digemparkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mempunyai raut wajah iras bintang Bollywood terkemuka, Shah Rukh Khan (SRK).

Semuanya bermula apabila sekeping foto menjadi tular di laman sosial yang memaparkan wajah SRK di sisi seorang jejaka yang mirip wajahnya.

kembar shah rukh khan di malaysia jadi tular 2

Kredit foto: Instagram Alha Alfa

Hasil siasatan mendapati foto tersebut berasal daripada Instagram jurusolek selebriti terkenal Malaysia, Alha Alfa.

Hasil kepakaran Alha, dia telah berjaya membuat transformasi kepada wajahnya sendiri hingga benar-benar menyerupai SRK.

Menerusi respon balas netizen pula, rata-ratanya mengagumi kesan solekan yang ditampilkan, malah ada yang berminat untuk mendapatkan ilmu daripada beliau.

kembar shah rukh khan di malaysia jadi tular 3

Kredit foto: Instagram Alha Alfa

Hahaha ni saja yang mampu. Naik juling mata. Belanjalah sikit. Kamu semua nak bagi berapa bintang? Muka jawa nak "dibollywoodkan."  

Ini video tutorialnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)