kamal adli dan emma maembong

Kredit foto: Sinar Online

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong membuat seuatu kenyataan mengenai hubungannya dengan Kamal Adli.

Menurutnya, dia masih belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin dengan Kamal Adli.

Malah, Kamal juga tidak pernah berbincang soal itu dengannya.

Sebenarnya susah untuk saya berkongsi tentang perkahwinan. Dia mahu saya fokus kepada kerjaya dahulu.Sejak saya masuk dalam industri setiap tahun akan cerita saya hendak kahwin tapi sampai sekarang tidak kahwin-kahwin juga.Orang pun mungkin muak untuk dengar, saya sedar mungkin kerana saya terlalu terbuka untuk berkongsi kisah cinta sehingga membuatkan orang mahu kami berkahwin.Tapi jodoh bukan di tangan kita entah-entah saya berkawan sahaja dengan Kamal tapi kahwin dengan orang lain pula nanti.Ibu bapa saya sendiri sudah ada 11 orang anak pun berpisah kerana sudah tiada jodoh, kami sebagai anak terima ketentuan itu dan tidak mencari salah siapa.Kamal bukan lelaki istimewa dalam hidup saya kerana lelaki istimewa adalah bapa saya. Jika dia menjadi suami saya barulah boleh dipanggil lelaki istimewa.Buat masa ini dia adalah kawan lelaki yang paling rapat dengan saya.

Sumber: mStar Online

Hubungan Emma dan Kamal mula erat sejak beberapa tahun sebelum ini dan selalu mendapat perhatian peminat.

Sumber berita: beritamemey.blogspot.com


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)