Oleh pada 29 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Youtube DivaGojes 17

Pelakon Fasha Sandha memang dikenali dengan keterbukaannya berkongsi tentang apa jua yang berlaku menerusi akaun Instagramnya namun ada yang memandang serong terhadap sikapnya itu.

Tetapi, Fasha tidak terjejas dengan sebarang kecaman yang dilemparkan kerana baginya dia mempunyai hak untuk meluahkan perasaan tentang kehidupannya dalam laman sosial itu yang merupakan ruang peribadi individu yang perlu dihormati.

Itu Instagram saya, jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa sahaja yang saya rasa dan kalau ada tidak boleh terima boleh unfollow!


Pada saya ia tidak menjadi kesalahan untuk meluahkan perasaan kita di laman sosial dan bukannya hanya menunjukkan perkara yang baik sahaja kerana saya juga manusia biasa.


Ada harinya kehidupan saya penuh dengan kegembiraan dan kebahagian dan sebaliknya .

Sementara itu, pelakon yang berusia 33 tahun itu juga tidak ambil pusing akan segala komen negatif yang ditinggalkan pengikutnya kerana menganggap golongan sebegitu merupakan peminatnya yang 'berdiri atas pagar'.

Saya jenis orang yang tahu akan baik dan buruk dalam sesuatu tindakan yang diambil dan saya ok sahaja dengan apa sahaja orang hendak kata kerana sudah lali.


Saya tak baca komen negatif tetapi kalau ada orang maklumkan kepada saya mengenai komen yang melampau barulah saya akan sekat mereka.


Ingat dahulu ada orang wujudkan Facebook We Hate Fasha Sandha? Mana akaun itu sekarang? Pada saya haters yang banyak masa menulis panjang-panjang mengenai kita mereka minat tetapi keliru .

Bercakap mengenai perkembangan kerjaya seninya, Fasha kini bernaung di bawah syarikat pengurusan yang baru iaitu Mind Order Management (MOM) sejak Februari yang lepas.

Faktor saya seorang ibu kepada dua cahaya mata memang sukar untuk menyusun jadual namun Alhamdulillah bersama MOM ia melancarkan perjalanan karier saya.


Saya juga sudah mengenali mereka sejak dahulu lagi dan lebih mudah bekerja dengan rakan baik sendiri kerana mereka sudah tahu stail saya bekerja.


Walaupun berkawan baik namun kami profesional apabila bekerja dan percayakan kredibiliti Mind Order .

Selain itu, Fasha juga bakal menjayakan penggambaran sebuah drama bersiri 70 episod berjudul 'Syurga Kedua' yang turut dilakonkan oleh Zarul Husin dan Siti Elizad.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)