Kredit: Instagram @fashasandha@mamasandha, @alhaalfa & @ezal_ezlizan

Baru-baru ini, Fasha Sandha memuatnaik foto bersama adiknya, Ikmal Daniels sambil berpakaian ala Bollywood di majlis sambutan hari jadi Datuk Seri Aliff Syukri.

Foto itu menerima kecaman netizen yang menganggap gaya itu kurang sesuai meskipun mereka berdua adalah adik-beradik.

"Mereka anggap riak muka Fasha itu macam biasa. Tapi, kita nampak macam riak bernafsu. Kalau nak bergambar peluk sakan dan gelak tawa kita pun biasa buat dengan keluarga.

"Ini dah macam pose dengan suami pula. Riak wajah itu yang menjadi masalah. Aduhai, apalah susah sangat mereka ini nak faham.

"Dengan status Fasha ini, dia sepatutnya elakkan bergambar begini kerana boleh menimbulkan fitnah. Dia kena jagalah maruah seorang perempuan," tulis @tiatihani92.

foto mesra fasha sandha dengan adik dikecam 3

Kredit foto: Instagram @fashasandha

Namun, ada juga yang mempertahankan tujuan foto itu diambil berdasarkan profesionnya sebagai seorang pelakon.

"Masalahnya, Fasha adalah orang seni yang sudah biasa membuat (eskpresi) wajah seperti itu setiap kali bergambar.

"Anda sahaja yang mungkin berfikiran kolot. Memang begitu perangainya melayu kampung," tulis @takashimuro94 pula.

Malah, ada juga yang mengaitkan kes dimana video adik lelaki pelakon Ruhainies memeluk dan mencium pipinya tersebar di laman sosial tahun lalu.

"Nak jadi seperti Ruhainies dulu yang (dikecam) pose (sebegini) dengan adik sendiri?

"Tolonglah Kak Fasha, baju itu sudah cantik, solekan pun cantik. Tapi ekspresi muka itu memang 'sesuatu'. Mengundang (kecaman)," tulis @i3da.k4m4l.

Sumber:

1. Forum CARI

2. Media Hiburan

3. Instagram Fasha Sandha




Hakcipta iluminasi.com (2017)