Terletak atas bukit kecil semulajadi di tengah-tengah kawasan San Agustin, Venezuela terdapat sebuah bangunan dengan rekabentuk yang sangat unik. Ianya berbentuk gegelung dimana bahagian atasnya semakin mengecil. Bangunan ikonik ini direkabentuk oleh seorang arkitek ternama, Richard Buckminster Fuller.

Dikenali sebagai El Helicoide atau singkatannya Helix, pembinannya dilihat sebagai salah satu usaha kearah pemodenan negara tersebut. Di atas kerja, apabila siap ianya akan menjadi sebuah pasar raya moden dengan konsep pandu lalu yang pertama seumpamanya di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jalan sepanjang 4 kilometer dibina mengelilingi bangunan ini yang bermula daripada bawah dan naik ke atas bagi membolehkan konsep pasar raya pandu lalu dilaksanakan. Bangunan ini juga mepunyai kapasiti untuk menempatkan 300 buah kedai dan mengikut perancangan, akan mempunyai hotel bertaraf 5 bintang, panggung wayang, kolam renang, gimnasium dan banyak lagi kemudahan.

Idea pembinaan El Helicoide

pembinaan el helicoide 913

Idea dan ilham untuk membina bangunan ikonik ini dicetuskan pada penghujung tahun 1950-an oleh 3 orang arkitek, Pedro Neuberger, Dirk Bornhorst dan Jorge Romero Gutiérrez. Presiden Venezuela pada ketika itu yang juga merupakan seorang diktator, Marcos Perez Jimenez telah bersetuju dengan idea pembinaan ini. Presiden Marcos Perez Jimenez bersetuju dengan projek ini yang dilihat bakal mengangkatkan kembali status negara Venezuela dan namanya pada mata negara-negara lain.

Apabila konsep projek ini dipersembahkan di Museum of Modern Art, New York orang ramai sangat tertarik dengan rekabentuk dan konsep yang dianggap sangat moden. Seorang penerima Anugerah Nobel dari Chile, Poet Pablo Neruda turut menganggapnya sebagai ciptaan terbaik yang terhasil daripada minda seorang arkitek. 

Perubahan kuasa politik di Venezuela

bangunan unik venezuela

Bangunan ini sebenarnya hampir disiapkan sebelum pemerintahan diktator Marcos Perez Jimenez dijatuhkan. Akibat daripada perubahan politik ini, kontraktor projek ini tidak lagi mendapat sebarang dana bagi menyiapkannya. Maka, pada tahun 1961 terpaksalah pembinaannya dihentikan.

Kerajaan baru yang mengambil tampuk pimpinan tidak menunjukkan minat untuk meneruskan projek pembinaan ini kerana mereka tidak mahu dikaitkan langsung dengan pihak pemerintah lama. Pada tahun 1975 setelah proses bankrupsi yang panjang, bangunan ini akhirnya menjadi milik kerajaan.

Walaupun begitu, bangunan ini kekal kosong tanpa penghuni kerana dianggap belum siap sepenuhnya. Pada tahun 1979, terdapat beberapa kumpulan rakyat Venezuela yang berpindah masuk ke bangunan ini secara haram dan menjadikannya rumah mereka. Kebanyakan mereka ini adalah mangsa tragedi tanah runtuh yang kehilangan tempat tinggal.

Dalam tempoh 3 tahun sahaja, jumlah manusia yang berpindah secara haram ke sini naik secara mendadak sehingga dikatakan mencecah 10 ribu orang. Kerana tiadanya penguatkuasaan, lama-kelamaan tempat ini menjadi sarang pelacuran dan tempat pengedaran dadah.

Menjadi penjara dan pusat penyiksaan tahanan politik

bangunan terbengkalai

Pada tahun 1982, kerajaan telah bertindak menghapuskan penempatan haram ini dan mengosongkan bangunan ini. Pada awalnya, bangunan ini dicadangnya untuk ditukar menjadi sebuah muzium namun ianya tidak pernah menjadi kenyataan.

Pada tahun 1984, pasukan unit rahsia polis Venezuela telah mengambil alih bangunan ini dan menjadikannya sebagai ibu pejabat mereka. Kewujudan lot-lot kedai yang banyak di bangunan ini akhirnya ditukar menjadi sel penjara dan tempat untuk soal-selidik, menyiksa penjenayah dan pelbagai tujuan lain.

Bangunan yang nampak megah daripada luar ini akhirnya menjadi kawasan hitam dimana banyak penjenayah dan tahanan politik telah ditahan dan diseksa disini. Mengikut laporan daripada sebuah organisasi bukan kerajaan, terdapat 145 kes penyiksaan dan penderaan yang telah dilakukan oleh kerajaan Venezuela di pusat tahanan ini antara Januari 2014 hingga Jun 2016 sahaja.

Percanggahan dengan tujuan asal pembinaannya

penjara venezuela

Pada tahun 2016, sebuah mahkamah Amerika Syarikat berkaitan hak asasi manusia yang telah melakukan pemerhatian di kawasan ini mendapati bangunan ini tidak sesuai untuk dijadikan sebuah pusat tahanan. Walau bagaimanapun, kerajaan terus menjadikannya pusat tahanan dan penyiksaan banduan.

Kebiasaannya, kisah-kisah yang diceritakan oleh banduan yang berjaya melarikan diri daripada sini hanyalah kisah-kisah hitam bagaimana teruknya mereka dilayan. Vicente Lecuna, seorang professor di Central Venezuela University menganggap pembinaan bangunan ini penuh dengan percanggahan dengan tujuan asalnya dibina.

Bangunan ini yang dahulunya dibina untuk menggambarkan kebebasan dan kemajuan di Venezuela pada tahun 50-an dan 60-an kini dilihat sebagai sebuah kawasan penuh hitam yang mengabaikan hak-hak asasi manusia. Lebih malang lagi, ianya dijadikan alat politik untuk menakut-nakutkan musuh politik parti pemerintah.

Kredit:

  1. Business Insider
  2. Atlas Obscura
  3. BBC News



Hakcipta iluminasi.com (2017)