Berapa pantas manusia boleh berlari? Itu antara persoalan yang masih belum mempunyai jawapan yang jelas.

Manusia yang terpantas di planet kita hari ini adalah atlet Jamaica, Usain Bolt, yang mencatatkan rekod dunia dalam 100 meter pecut pada Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing dengan catatan dunia 9.58 saat.

Berdasarkan rekod ini, kelajuan tersebut bersamaan dengan 37.6 kilometer sejam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan untuk tempoh yang singkat dalam pecut itu, Bolt mencapai kelajuan menakjubkan iaitu 12.3 meter sesaat, bersamaan 44.3 kilometer sejam!

Sebagai aktiviti fizikal, berlari secara kualitatifnya berbeza dari berjalan. Dalam larian, kaki seseorang lentur dan otot diregangkan secara paksa dan kemudian dikuncupkan ketika memecut.

Tenaga graviti yang berpotensi dan tenaga kinetik yang terdapat dalam tubuh seseorang berubah apabila pusat jisim dalam tubuh berubah. Ini disebabkan kerana pelepasan dan penyerapan tenaga dalam otot.

Pelari pecut

usain bolt

Para cendekiawan percaya bahawa pelari pecut dan pelari elit, adalah mereka yang berlari secara ekonomi, yang bermakna mereka menggunakan tenaga yang rendah dalam jarak satu unit jarak jauh.

Keupayaan untuk melakukannya dipengaruhi oleh pengagihan serat otot, umur, jantina, dan faktor antropometrik yang lain. Yang paling laju antara pelari elit ialah lelaki yang muda.

Halaju yang mungkin dicapai oleh pelari juga dipengaruhi oleh pembolehubah biomekanik, agak kontroversi dikaitkan dengan kitaran gaya berlari seseorang.

Faktor-faktor yang didakwa mempengaruhi halaju seseorang adalah sentuhan dengan tanah yang lebih pendek, kekerapan lonjakan yang lebih rendah, masa hayunan yang lebih lama, sudut lonjakan yang lebih luas dan juga langkah yang panjang.

Pelari jarak jauh

pelari jarak jauh maraon

Apabila mengambil kira tentang halaju, para penyelidik sukan juga melihat kepada pelari jarak jauh, iaitu mereka yang berlumba dengan jarak antara 5km hingga 42 km.

Pelari yang paling laju di antara pelari-pelari jarak jauh ini adalah mereka yang menggunakan tekanan plantar yang cukup besar, iaitu jumlah tekanan yang ditekan oleh kaki ke atas tanah serta perubahan dalam parameter biomekanik iaitu pergerakan kaki.

Kumpulan terpantas dalam kalangan pelari maraton adalah lelaki berumur antara 25 hingga 29 tahun.

Mereka ini mempunyai kelajuan purata antara 170 hingga 176 meter seminit, berdasarkan maraton yang dijalankan di Chicago dan New York antara tahun 2012 hingga 2016.

Kelajuan maksimum didedahkan

perbandingan kelajuan manusia dan haiwan

Jadi berbalik kepada persoalan asal, seberapa pantas manusia mampu berlari? Jika dibandingkan dengan haiwan lain, manusia dianggap sebagai sangat perlahan, yang mana rekod haiwan paling laju di dunia adalah 112 kilometer sejam.

Usain Bolt sendiri hanya mampu mencapai sebahagian kecil sahaja daripada kelajuan ini. Walaupun beliau merupakan manusia terpantas di dunia, namun kelajuan tersebut adalah lebih rendah berbanding seekor kucing.

Penyelidikan terkini mengenai pelari paling elit telah membuatkan pakar perubatan sukan Peter Weyand dan rakan-rakannya untuk mencadangkan dalam laporan akhbar bahawa had maksimum kepantasan larian oleh manusia mungkin mampu mencapai 56.3 hingga 64.4 kilometer sejam.

Namun, sehingga kini tiada seorang pun pakar yang bersedia untuk meletakkan angka-angka ini dalam penerbitan yang disemak.

Statistik

100m

Menurut Rankings.com, pelari lelaki dan wanita terpantas di dunia pada hari ini adalah:

  • Usain Bolt (Jamaica), 9.58 saat dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2008 = 10.44 meter per saat
  • Tyson Gay (Amerika Syarikat) 9.69 saat ketika Percubaan Olimpik 2008 = 10.32 meter per saat
  • Asafa Powell (Jamaica) 9.72 saat dalam saringan di IAAF Rieti Grand Prix 2007 = 10.29 meter saat
  • Florence Joyner Griffith (US) 10.49 saat di Sukan Olimpik 1988 Seoul = 9.53 meter saat
  • Carmelita Jeter (Amerika Syarikat) 10.64 saat di Shanghai Golden Grand Prix 2009 = 9.40 meter saat
  • Marion Jones (Amerika Syarikat), 10.65 saat di Piala Dunia 1998 = 9.39 meter saat

3 pelari maraton lelaki dan wanita terpantas di dunia:

  • Dennis Kimetto (Kenya), 2:02:57, Berlin Marathon 2014
  • Kenenisa Bekele (Ethiopia), 2:03:03, Berlin 2016
  • Elud Kipchoge (Kenya), 2:03:05, London 2016
  • Paula Radcliffe (Great Britain), 2:15:25, London, 2003
  • Mary Keitany (Kenya) 2:17:01, London, 2017
  • Tirunesh Dibaba (Ethiopia) 2:17:56, London, 2017

Manusia terpantas di dunia

PelariKilometer per jam
Usain Bolt 37.578
Tyson Gay37.152
Asafa Powell37.037
Florence Joyner Griffith34.318
Carmelita Jeter33.835
Marion Jones33.803
Dennis Kimetto20.591
Kenenisa Bekele20.575
Elud Kipchoge 20.569

Rujukan:

1. Elsevier

2. Science Direct

3. Ovid




Hakcipta iluminasi.com (2017)