Bagi anda yang pernah melahirkan anak pasti tahu tentang imbasan ultrasound, 3D scan dan 4D scan bayi bukan? Ibu bapa yang menantikan kelahiran anak kini boleh mendapatkan model anak dalam kandungan yang dicetak secara 3D. Malah, model versi yang bersalut emas juga boleh ditempah.

Proses percetakan itu dibuat oleh Embryo 3D menggunakan imbasan ultrabunyi untuk mencipta satu model plastik berbentuk janin. Kini bakal ibu dan bakal bapa boleh menyentuh, memegang, dan merasai struktur bayi yang masih berada di dalam perut ibu mengandung.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Satu video rakaman luar biasa menunjukkan pencetak 3D sedang mencipta model manusia kecil termasuk segala butiran tseperti kaki dan tangan yang halus dan juga raut wajah yang terperinci.

Ketua Pengarah Embryo 3D iaitu Ivan Gridin berkata, syarikatnya juga kini boleh membuat cetakan bersalut logam seperti emas dan perak.

Menurut seorang ibu mengandung, Yuliana Recu yang mengambil bahagian dalam proses percetakan yang dijalankan di bandar Ufa, ia merupakan satu perasaan yang amat pelik kerana anak itu masih belum dilahirkan namun anda sudah boleh memegang, menyentuh dan berasa seolah-olah ia berada di samping anda.

bakal ibu bapa boleh mengetahui rupa anak sebenar menggunakan percetakan 3d berbentuk fetus janin 2

Sebelum ini, pengimejan 3D dan 4D digunakan untuk mengenal pasti sebarang kecacatan dan membenarkan ibu bapa melihat sendiri perkembangan anak di dalam rahim. Kini, teknologi menjadi lebih maju melangkah setapak ke hadapan dengan percetakan 3D.

Pada tahun 2016, penyelidik di Brazil pernah memperkenalkan teknologi yang membolehkan bakal ibu bapa ini memerhatikan perkembangan anak dalam kandungan menggunakan pengimejan 3D yang realistik. Mereka menggunakan set realiti maya Oculus Rift untuk menukarkan data pengimejan resonans magnetik (MRI) dan ultrabunyi menjadi model janin yang sangat realistik.

bakal ibu bapa boleh mengetahui rupa anak sebenar menggunakan percetakan 3d berbentuk fetus janin

Salah seorang penyelidik, Heron Werner Jr dari Clinica de Diagnostico por Imagem, di Rio de Janeiro menjelaskan yang model janin 3D yang digabungkan dengan teknologi realiti maya dapat meningkatkan pemahaman tentang ciri-ciri anatomi janin dan boleh digunakan untuk tujuan pendidikan dan sebagai langkah baru supaya ibu bapa boleh mendapat gambaran tentang bayi mereka yang belum lahir.

Model bayi realiti maya ini kelihatan sangat 'real' dan mencipta keseluruhan struktur dalaman janin termasuklah perincian saluran pernafasan yang dapat membantu para doktor menilai dan mengenal pasti sebarang keabnormalan pada bayi.

3d print baby model embrio yang boleh disentuh

Teknologi Oculus Rift 2 kemudian boleh membawa pengguna ke satu persekitaran yang lebih mendalam, lengkap dengan bunyi jantung yang diambil ketika ujian ultrabunyi dibuat. Pengguna juga boleh mengkaji anatomi janin tersebut hanya dengan menggerakkan kepalanya.

Teknologi ini juga telah membantu doktor untuk menilai saluran udara janin yang merupakan salah satu isu terpenting dalam perkembangan bayi dalam kandungan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)