Selalunya ibu-ibu di Malaysia ni masak sarapan tinggi karbohidrat sebab nak beri anak tenaga. Nasi lemak, mi goreng, nasi goreng. Tapi cukupkah segala nutrisi yang diperlukan dalam masakan anda tu?

Kadang-kadang tu pulak kalau tak sempat masak, bagi anak makan semangkuk bijirin sarapan dengan susu ataupun sapu jem buat sandwic dua keping saja.

Kalau terlambat bangun terus kelam-kabut, langsung tak bagi anak sarapan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

pete evans dan anak anaknya

Walau bagaimanapun, seorang bapa telah berkongsi gambar menu sarapan yang diberikan kepada anaknya sebelum ke sekolah. Sungguh memeranjatkan kerana sarapan penuh khasiat itu mengandungi bahan-bahan organik selain mewah.

breakfast pete evans sarapan berkhasiat 2

"Telur organik dengan sos chimmichurri, broccolini, daging bakon, salad, avokado, telur ikan, salad kraut."

breakfast pete evans sarapan berkhasiat

"Daging steak, telur organik, salad kraut dan sayur-sayuran"

Pete Evans, hos terkenal bagi rancangan TV "My Kitchen Rules," merupakan seorang pengamal makanan paleo yang tidak menggunakan langsung makanan proses dalam masakan dan banyak makan sayur, daging dan bijirin. Beliau juga seorang chef bertaraf dunia yang suka mempromosikan makanan sihat.

Nampak macam renyah dan mahal sangat, tapi kalau dah dia mampu, apa salahnya kan? Anak-anaknya pun dah memang biasa dan suka makanan sihat seperti itu.

Apa pendapat anda? Boleh ke kalau cuba buat sarapan macam ni setiap pagi?

sarapan mewah dan penuh nutrisi




Hakcipta iluminasi.com (2017)