Kredit foto: Instagram Atilia Haron

Kerana masalah kesihatan yang dihadapi ayahnya, penyanyi Atilia terpaksa mengambil masa yang panjang bagi melengkapkan rakaman album terbaru, Atilia No 3.  

Dedah Atilia, ayahnya menghidap penyakit serangan jantung hingga memaksanya untuk menghentikan seketika proses rakaman album tersebut.

Bagaimanapun ayahnya kini beransur pulih dan dia berpeluang menghabiskan proses pembikinan album ketiga itu sebelum dilancarkan kepada peminat.

album atilia tertangguh kerana penyakit bapa 2

Kredit foto: Instagram Atilia Haron

Saya terpaksa untuk ketepikan pembikinan album dan fokus kepada ayah selepas mengetahui dia terkena serangan jantung pada tahun lalu. Perkara itu membantutkan proses rakaman sekaligus memberi kesan kepada keseluruhan proses rakaman dan adunan album yang memuatkan 9 trek ini. Waktu itu proses sudah hampir separuh disiapkan. Selama 3 hingga 4 bulan juga saya meluangkan masa dengan ayah. Alhamdulillah sekarang keadaan ayah semakin sihat dan album saya pun berjaya disiapkan walaupun mengambil masa yang agak lama untuk dilancarkan.
Sumber: Astro Gempak

Atilia membuat kenyataan tersebut di Majlis Pelancaran Album Atilia No 3 yang berlangsung di Alexis, Great Eastern Mall baru-baru ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)