Tahun 2020 akan menjelma tak lama lagi dan terdapat beberapa masalah besar yang melanda Bumi.
Antaranya termasuklah kemarau dan kelaparan, pemanasan global dan pencemaran yang teruk, penebangan hutan dan kehilangan habitan, krisis kepupusan spesism pengangguran yang meluas serta kemelut ekonomi dan kewangan.
Daripada masalah-masalah ini, terdapat satu penyebab utama dan ia sudah tentunya disebabkan oleh lonjakan populasi manusia.
BESARKAN TEKS A- A+
Banyak kajian telah menyimpulkan bahawa mengurangkan populasi global akan menyelesaikan banyak daripada isu ini.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan penduduk yang pesat adalah perkara biasa bagi mana-mana spesies di planet ini.
Mengapa pertumbuhan populasi manusia sangat luar biasa?
Di alam liar, semuanya berusaha untuk mencapai keseimbangan.
Akan terdapat mekanisme untuk membendung populasi yang berlebihan, sama ada dalam bentuk pemangsa atau sumber terhad yang mengimbangi nisbah kelahiran kepada nisbah kematian.
Jika ada lambakan, ia akhirnya akan kembali kepada keseimbangan relatif.
Walau bagaimanapun, kadar semasa bagi manusia adalah 2.5 kelahiran untuk setiap kematian.
Statistik menganggarkan bahawa setiap hari, terdapat sekitar 400,000 kelahiran dan 150,000 kematian. Ini diterjemahkan kepada peningkatan populasi di seluruh dunia sebanyak kira-kira 250,000 orang sehari, atau 90 juta orang setahun!
Akses kita terhadap penjagaan kesihatan adalah penentu yang unik (selain daripada seperti evolusi, kognisi dan etika) yang menentukan trend ini.
Penjagaan kesihatan membawa kepada umur yang lebih panjang, sihat dan lebih banyak anak-anak yang masih hidup, serta tempoh pembiakan yang lebih lama.
Oleh itu, lengkung pertumbuhan kita lebih pesat daripada lengkung yang terdapat di kebanyakan makhlum dalam sistem semula jadi yang lain.
Walau bagaimanapun, adakah lengkung ini akan kembali mendatar dalam masa yang terdekat? Adakah terdapat had untuk jumlah populasi manusia di Bumi?
Jawapannya adalah ya. Sepanjang sejarah, lonjakan populasi tidak akan pernah bertahan selama-lamanya, dan manusia juga tertakluk di bawah trend ini.
Rajah di bawah ini menunjukkan trend pertumbuhan penduduk global sejak pertengahan tahun 1700-an, dengan lengkung ramalan sehingga tahun 2100.
Pada tahun 1700-an, kadar pertumbuhan adalah stabil dan saiz penduduk adalah rendah.
Ketika itu, sebahagian besar bayi yang dilahirkan mati tidak lama selepas kelahiran atau di awal zaman kanak-kanak mereka, dan jangka hayat manusia pada zaman Victoria di England hanyalah 35 tahun.
Oleh kerana kesihatan dan kesihatan manusia secara keseluruhan bertambah baik, lebih ramai kanak-kanak bertahan hingga usia reproduktif, dan ledakan penduduk bermula pada awal tahun 1900-an, muncul pada tahun 1960-an.
Oleh kerana kesihatan manusia dan pertanian bertambah baik, bertambah banyak kanak-kanak yang boleh bertahan hidup membuatkan ledakan populasi bermula pada awal tahun 1900-an dan semakin melonjak pada tahun 1960-an.
Dengan kadar kesuburan yang menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, berita baiknya adalah pertumbuhan kita telah berkurangan daripada sekitar 2% pada tahun 1960-an kepada 1.14% pada tahun 2014, dan 1.08% pada 2019-20.
Sudah tentu ini satu kelegaan bagi kita, tetapi mengapa ini berlaku dan bagaimanakah pertumbuhan ini menjadi semakin perlahan?
Apa yang dimaksudkan dengan "pengurangan kesuburan"?
Kadar kesuburan merujuk kepada purata bilangan anak yang dimiliki oleh seorang wanita dalam seumur hidupnya, berbeza dengan kadar kelahiran yang merujuk kepada bilangan bayi yang dilahirkan bagi setiap 1000 individu setiap tahun.
Pengurangan kadar kesuburan bermakna di seluruh dunia, wanita pada umumnya mempunyai jumlah anak yang lebih sedikit.
Tiga faktor utama menyumbang kepada trend ini dan tiada satu pun melibatkan batasan fizikal.
Yang pertama, pengurangan kematian bayi dan kanak-kanak membawa kepada wanita mempunyai jumlah bayi yang lebih sedikit sepanjang hayat mereka.
Kedua, terdapat kesedaran yang lebih besar dan akses kepada pencegahan kehamilan, yang mengurangkan kehamilan tidak sengaja.
Akhir sekali, kini semakin ramai wanita berpendidikan tinggi dan bekerja berbanding sebelum ini, yang menyebabkan kelahiran anak yang lambat dan keluarga yang kecil.
Namun, kelemahan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang bermaksud dunia kita menjadi semakin tua.
Hari ini, kumpulan umur yang paling cepat berkembang adalah kategori 65 tahun dan ke atas.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, buat pertama kalinya dalam sejarah iaitu pada tahun 2018, jumlah orang berumur 65 tahun ke atas melebihi jumlah kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia!
Mereka juga menjangkakan bahawa kumpulan 80 dan ke atas akan menjadi tiga kali ganda menjelang tahun 2050. Dengan populasi yang lebih tua, perkadaran pembiakan orang dewasa juga akan jatuh.
Bumi mempunyai sumber yang terhad dan ia tidak boleh menampung jumlah manusia yang melebihi hadnya, namun para saintis keliru berkenaan had ini.
Ini adalah kerana perbezaan dalam penggunaan sumber oleh penduduk yang berlainan, dan banyak senario yang mungkin berlaku melibatkan perubahan dalam kehidupan dan teknologi yang mampan dari masa ke masa.
Pada tahun 2012, PBB melaporkan terdapat 65 kemungkinan had populasi maksimum manusia yang berkisar dari 2 bilion hingga 1,024 bilion orang.
Apa yang patut kita lakukan?
Pengagihan semua faktor-faktor ini adalah sangat tidak sekata yang mana sangat berbeza di antara pusat-pusat bandar di negara berpendapatan rendah, pusat-pusat bandar di negara-negara kaya dan kawasan luar bandar.
Secara asasnya, mengubah kadar pertumbuhan penduduk adalah satu proses yang beransur-ansur.
Disebabkan trend pertumbuhan ini sangat kuat pada masa ini, jumlah manusia menjelang tahun 2100 masih akan sama seperti sekarang atau lebih ramai walaupun seluruh dunia menggunakan dasar seorang anak atau jika 2 bilion orang mati esok.
Oleh itu, perubahan secara beransur-ansur dalam gaya hidup di seluruh dunia dapat memastikan manusia dapat bertahan dengan lebih lama.
Walaupun dengan kadar pertumbuhan yang semakin rendah, populasi manusia global dijangka menjangkau 11 bilion orang pada tahun 2050.
Apa-apa pun, kita mesti berhati-hati terhadap bagaimana kita menjalani kehidupan dan jika kita semua berusaha untuk menjalani gaya hidup yang mampan serta menggunakan sumber alam yang lebih sedikit, lebih ramai orang di Bumi dapat hidup dengan kualiti kehidupan yang lebih tinggi.
Kita bukanlah satu-satunya spesies di Bumi dan biodiversiti Bumi bergantung kepada keseimbangan antara sumber dan interaksi.
1. Worldometers
3. Science
4. PNAS