Semua orang pastinya pernah melalui hari-hari yang sangat tertekan di tempat kerja.

Namun, tidak menyukai kerja anda atau lebih tepat iaitu membenci pekerjaan anda bukan sahaja boleh membuatkan anda berasa tidak gembira di tempat kerja, tetapi lebih daripada itu.  

Ia boleh menyebabkan gejala-gejala fizikal dan mental tambahan yang akan memberikan kesan buruk kepada hidup anda. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tubuh badan anda mungkin dapat menyedarinya terlebih dahulu sebelum anda bahawa pekerjaan anda adalah penyebab gejalan-gejala tekanan, dan akan menghantar isyarat bahawa anda tidak okay.

iluminasi.com kongsikan 8 perkara yang akan berlaku terhadap tubuh badan jika anda bencikan pekerjaan anda.

1. Sakit kepala

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan

Rasa tidak gembira dari tempat kerja boleh menyebabkan kesan yang paling ketara dan paling biasa dialami oleh semua orang, iaitu sakit kepala dan migrain yang teruk.

Otot pada badan kita menegang untuk menjaga tubuh anda daripada kecederaan.

Menurut Persatuan Psikologi Amerika, apabila anda melihat tempat kerja sebagai zon bahaya, ia akan menjejaskan otot anda sekaligus membuatkan badan anda tertekan dan aliran darah ke otak terjejas.

Ketegangan kronik di bahagian leher, bahu dan kepala diakitkan dengan migrain dan sakit kepala tegang.

2. Peningkatan berat badan

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan 2

Adalah menjadi satu perkara yang sangat biasa untuk melihat pertambahan berat badan jika anda tidak gembira di tempat kerja. Ini boleh disebabkan pelbagai faktor.

Makan kerana tertekan adalah cara paling biasa untuk mengatasi masalah ini dan seseorang itu akan berasa kurang bermotivasi untuk bersenam selepas hari-hari yang tertekan di pejabat.

Selain itu, tekanan menyebabkan hormon kortisol dirembeskan badan yang membuatkan berat badan mudah meningkat.

3. Letih atau sakit otot 

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan 3

Apabila anda tidak gembira dan mudah marah, otot-otot anda akan menegang tanpa disedari.

Otot-otot yang menegang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian badan yang lain seperti sakit belakang, sakit bahu dan sakit-sakit otot serta sendi yang lain.

Ini berlaku apabila seseorang itu mendapati dirinya berada dalam persekitaran yang tertekan di mana sangat sukar untuk dirinya bertenang.

4. Insomnia

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan 4

Tekanan keterlaluan dan rasa tidak gembira boleh membawa kepada kekurangan tidur.  Anda mungkin mendapati bahawa amat sukar untuk tubuh dan minda anda untuk relaks, apatah lagi untuk mendapatkan tidur yang nyenyak.

Mungkin tidak menjadi masalah yang besar jika anda tidak mendapatkan tidur yang cukup untuk beberapa malam, tetapi jika ia kerap berlaku, ini mungkin tanda bahawa tekanan kerja anda telah menjadi toksik.

Seseorang juga boleh terjaga di tengah malam memikirkan tentang perkara yang harus diselesaikan di tempat kerja.

Kekurangan tidur boleh memperkuatkan gejala-gejala berkaitan tekanan yang lain, seperti sakit kepala dan keletihan mental.

5. Keletihan mental

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan 5

Kurang tidur dan tekanan tambahan boleh membuatkan minda anda berasa seperti ia bekerja terlalu banyak. Dengan cara yang sama yang anda mengalami keletihan fizikal, anda juga boleh mengalami keletihan mental.

Keletihan mental adalah sangat berbahaya dan menyebabkan anda merasakan gejala yang serupa dengan keruntuhan mental.

Keletihan mental boleh membuakan anda sukar untuk memberi tumpuan dan melakukan yang terbaik, kerana anda tidak pernah berasa bertenaga sepenuhnya. 

6. Sistem imun lemah 

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan 6

Sistem imun yang lemah boleh mengakibatkan seseorang dijangkiti virus dan penyakit.

Seseorang yang tidak gembira di tempat kerja mungkin berasa bahawa mereka lebih kerap sakit berbanding orang lain, atau lebih kerap daripada yang sepatutnya.

Bukan sahaja anda lebih cenderung untuk diserang virus seperti selesema, sakit tekak, selesema dan lain-lain, tetapi tekanan dan rasa tidak gembira juga boleh menyebabkan tubuh seseorang mengambil masa lebih lama daripada biasa untuk pulih daripada virus-virus ini.

7. Perubahan nafsu sex

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan 7

Perubahan dalam nafsu seks juga adalah satu perkara biasa yang berlaku apabila seseorang mengalami tekanan dan tidak gembira.

Anda mungkin akan berasakan seperti nafsu seks anda menurun daripada biasa, membuatkan anda berasa tidak terangsang seperti biasa atau sekerap yang sepatutnya.

Ini boleh menjejaskan hubungan anda dengan isteri sekaligus membahayakan rumah tangga.

8. Kitaran haid tidak teratur dan gejala-gejala menopaus 

kesan tekanan tempat kerja terhadap tubuh badan 8

Bagi wanita, mereka mempunyai kesan yang lebih daripada lelaki kerana mempunyai kitaran haid.

Jika tertekan, seorang wanita itu boleh mengalami kitaran haid yang tidak teratur.

Darah haid mereka juga boleh keluar lebih banyak daripada biasa dan mungkin menyebabkan kekejangan yang lebih sakit. Bagi wanita yang sedang mengalami menopaus, gejala-gejala menopaus akan menjadi bertambah teruk.

Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan aktiviti harian seseorang wanita itu terganggu dan membuatkan kualiti hidup merudum.

Rujukan:

1. FairyGodBoss

2. HuffPost

3. Glamour Magazine




Hakcipta iluminasi.com (2017)